Bab 1: Condition Macam Nora Danish

118 0 0
                                    

Mata Ramli melilau melihat setiap spesifikasi ringkas yang dipaparkan di sebelah kiri website. Setelah berpuas hati, dia membelek pula sampel gambar yang diambil oleh kamera tersebut. Agak banyak juga dan pelbagai. Ada gambar panorama, makro, potret dan low light. Kualiti foto yang dihasilkan oleh kamera tersebut memang menepati jangkaannya. Akhir sekali dia akan membaca review yang diberikan oleh pengguna kamera tersebut. Ternyata kebanyakannya positif dan rating yang diberikan agak tinggi.

Anak panah tetikus kemudian dialihkan ke tab satu lagi di mana sudah siap tertera calon kamera yang kedua. Dari segi spesifikasi ianya agak kurang sikit berbanding kamera pertama tadi dari segi sensor, shutter speed, ISO dan kualiti video. Cuma kelebihannya ialah ringan dan murah sikit. Prosedur sama diulangi oleh Ramli. Seperti jangkaanya, factor harga banyak mempengaruhi spesifikasi. Bak kata pepatah, kita dapat apa yang kita bayar.

Setelah berfikir seketika, akhirnya keputusan dibuat. Untuk setakat job bidang terjun begini, Canon EOS 7D dah lebih dari cukup. Apatah lagi job yang bersifat amal jariah sebegini. Dah la bidan tejun, amal jariah pula. Tu yang susah bila baik sangat ni. Orang ambil kesempatan.

Masa bujang dulu, Ramli memang ada buat kerja part time sebagai wedding photographer. Lepas kahwin dia dah tak buat. Memang keluarga dia semua tahu, termasuk pakcik makcik dan sepupu sepapat. Terima kasih kepada kakaknya yang kepochi. Ramli kalau boleh ingin merahsiakan kebolehannya dengan kamera sebab susah nak berniaga dengan keluarga ni.

"Ala Li, takkan la dengan suadara sendiri pun nak berkira"

Ayatnya ringkas je, tapi berkesan di hati. Lagi tambah bengkek bila dengar bela pengantin cakap macam rasa tak bersalah:

"Li, aku bayar RM300 je cukup ea. Duit aku banyak nak guna untuk benda lain"

"Sekarang ni ak takde duit, dah banyak habis kat kenduri, nanti aku bayar bulan-bulan boleh?"

"Nanti minggu depan aku belanja ko makan. Ala dengan sepupu pun nak berkira. Bukan susah pun. Klik-klik je"

Panas je dengar ayat-ayat ni. Bila bab nak bayar photographer ni semua takde duit, tapi bila berbulan madu sana sini ada duit pula. Dalam mood bulan madu makan mesti kat restoran-restoran romantic. Bersepah gambar-gambar sweet ala-ala orang kaya macam dalam drama kat Insta dan FB. Mujurlah maknya selalu menjadi penyejuk. Kalau bukan sebab mak, memang pergi mam je la kerja-kerja amal jariah ni. Nothing personal, it's just business.

Kalau ikutkan memang Ramli nak buat cincai je kerja-kerja amal jariah ni. Korang dapat apa yang korang bayar. Itu peraturannya. Tapi secara personal,  dia sendiri tak suka dengan hasil kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Kesempurnaan itu penting. Biarlah apa pun, yang penting, hasil akhir tu memuaskan hati. Lagipun kredibiliti perlu dijaga. Dengan harapan, bila hasil tu berkualiti, ada job lain masuk.

Tab mudah.my diketik. "Canon DSLR 7D good condition" tajuknya. Tak banyak model 7D diiklankan. Cuma ada 4 iklan sahaja. Daripada 4 tu, 2 daripadanya Cuma jual body, 1 iklan yang jual full package termasuk tripod, 2 lens, beg dan speedlight. Sementara 1 lagi iklan ialah yang jual body, lens, memory 4GB dan beg. Daripada 4 ni, inilah yang menepati kehendaknya. Kamera basic. Cukuplah untuk kerja bidan terjun. Ada sesetengah photographer berbayar pun setakat guna 500D. Tapi setimpal la dengan bayaran. Dapat pengantin yang tak tahu apa-apa pasal kamera ok je.

Ramli meneliti segala butiran yang tertera pada iklan tersebut. Ayat-ayat klise untuk pengiklan macam spesifikasi asas, dah guna berapa lama, sebab nak jual dan barang apa yang dapat sekali. Paling best, ada ayat:

"Condition tip-top macam Nora Danish"

Ayat yang mudah untuk difahami untuk sesiapa yang mengenali Nora Danish. Siapa tak kenal Nora Danish. Kan?

Melihat harga yang ditawarkan, rasanya berbaloi. Lagipun dah takde alternatif lain. Satu SMS ringkas dihantar kepada penjual menerusi nombor yang disertakan bersama iklan. Sementara tunggu SMS dibalas, dia memeriksa semula gambar jemputan kahwin yang dihantar di dalam whatsapp group 'Keluarga Haji Rahman'.

Zaman sekarang ni ada orang dah tak kisah pasal kad kahwin ni. Hantar guna whatsapp pun dah cukup. Buat apa nak membazir kertas. Setem pun dah mahal. Design cantik-cantik, print guna kertas mahal, sembur pewangi pun, akhirnya akan ke tong sampah juga. Yang penting jemputan tu sampai. Rasanya golongan muda seperti Ramli tiada masalah dengan jemputan melalui whatsapp ni. Tapi demi menjaga adat, terutamanya golongan berumur, kad jemputan tetap diposkan atau lagi nampak beradabn, pengantin sendiri akan datang menyerahkan kad by hand.

"Ok, betul kenduri sabtu ni" getusnya bila melihat tarikh walimatulurus pada kad tersebut.

Iphone Ramli bergetar. Tertera sms dari penjual kamera yang hanya meletakkan namanya Kai pada iklannya.

Harga yang ditawarkan ialah RM2300. Ini bukan kali pertama Ramli berurus niaga melalui mudah. Malah dia sendiri menjadikan jual beli di mudah sebagai sumber pendapatan masa student dulu. Biasanya harga yang orang letak boleh ditawar lagi. Cuma tak banyak. Antara RM50-RM100. Selalunya penjual yang dah biasa memang dah jangka orang akan mintak kurang. Diskaun tu memang sudah dirancang.

Tiba-tiba satu pesanan Whatsapp masuk, dari nombor yang tidak bernama. Namun hanya Ramli sahaja yang tahu pemilik nombor tersebut. Sengaja dia tak nak save nombor tersebut.

"Hai dear. So weekend ni jadi tak?"

Dengan pantas Ramli membalasnya.

" Jadi sayang.  Confirm kenduri tu sabtu ni."

Selepas membalas pesanan nombor tidak bernama, Ramli kembali menyambung urusannya dengan Kai. Seperti dijangka, harga paling rendah yang Kai boleh bagi ialah RM2200. Diskaun RM100. Nampaknya dia takde pilihan lain melainkan bersetuju. Hari ni Selasa, at least ada 3 hari untuk test kamera tu nanti.

"Ok kita nak gerak kul berapa nanti?" Mesej dari nombor misteri masuk.

"Nanti hari Jumaat lepas balik  kerja I amik kt apartment u" balas Ramli.

"Ok, wife you macam mana?"

"Setel. Lagipun weekend ni dia nak hangout dengan kawan dia"

"Ok dear. See you later. Miss u so much. Muah" balas nombor misteri mengakhiri perbualan.

"Miss u too syg. Muah" Ramli membalasnya.

Ada satu lagi mesej masuk dari Kai.

"Ok bro, kita jumpa kat Subway tepi stesen KLCC dalam kul 1 ni ok?"

"Ok. Nanti dah sampai sana roger" pendek saja balas Ramli.

Jam pun dah 12.30. Memang perfect timing. Dia pun dah lama tak makan Subway. Makanan untuk kesihatan bukan sedap sangat. Tekak Ramli tekak orang malaysia. Kene pedas baru ada ummph.

Sewaktu melangkah ke pintu pejabat, dia ternampak Farid. Kalau ajak lunch skali pun ok jugak. Ada juga membe untuk bersembang.

"Farid, jom makan" ajak Ramli.

"Aku da makan megi tadi. Lagipun aku ngantuk. Tengok bola pagi tadi"

"Eh ada game ea pagi tadi? Sapa lawan?" Tanya Ramli.

"Arsenal lawan PSG. Arsenal kalah 4-1. Sia-sia je aku bangun pagi-pagi buta"

"Kalau macam tu takpelah. Aku pun sbenarnya lepas makan nak jumpa orang" Ramli membalas.

"Ok la bro. Next time. Aku pn mmg da ngantuk sangat ni"

"Ok" jawab Ramli pendek.

Kemudiannya dia menuju ke arah lif yang sudah terbuka dan segera masuk ke dalamnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JujukanWhere stories live. Discover now