Bab4

46 2 2
                                    

"Ada..Ada.."

"Kau ni dah kenape?"Tanya ku dengan suara yang separa berbisik.

"Tadi aku nampak kawan sebilik si jantan tu dekat bawah.Aku rasa kejap-kejap lagi dia nak naik lah kot."Terang Uni sambil memuncungkan mulut kearah Amir.

"Betul ke wei?Jom arh blahhh."kami bertiga cepat-cepat mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Sesampai sahaja mereka bertiga dipintu Gerbang Arjuna,Im menyentuh bahu Lily yang sedang asyik menghendap akan sepasang makhluk yang enak bermadu asmara dibawah pokok ciku.

"Wehh.. Lily."

"Opoc...... "Aku cepat-cepat menutup mulut Lily dengan tapak tanganku bagi mengelakkan Lily melatah akibat terkejut.

"Kau ni pe hal? Melatah pulak. Nanti kalau dua ekor setan bawah pokok ciku tu dengar cam mana? "Aku mengetuk kepala Lily dengan perlahan.

Lily yang menggosok-gosok kepalanya itu bangun daripada duduk."Korang, cam mana kita nak keluar dari sini hah?"Tanya Lily dengan memuncungkan mulut kearah pasangan haram tersebut.

Mereka berempat terperangkap di belakang semak berdekatan pintu gerbang Blok Arjuna. Oleh kerana pasangan yang berada di bawah pokok ciku itu berada di luar pintu gerbang arjuna.

"Ada satu jalan je." Kataku.Dari awal lagi aku fikirkan jalan keluar kecemasan sekiranya perkara sebegini berlaku.

Mereka bertiga memandangku."Apa Im?"Soal Uni Gazaibo.

Aku sengih. Lalu berjalan ke arah parit yang tidak ada lagi air didalamnya. Mungkin kerana sudah beberapa minggu langit tidak memuntahkan isi perutnya.

"What?? Kau nak suruh kitorang merangkak dalam parit ni sampai ke Blok Beta dengan semak samun ni bagai? "Lily memandangku dengan pelik.

"Yupp! Tak de cara lain dah wei. Kau nak ke malaun dekat luar pagar tu tahu yang kita masuk blok diorang? "Terangku.

"Aku ikut kau je Im."Balas Ika yang sedang memukul-mukul lengannya.Digigit nyamuk mungkin. Uni di sebelah Ika sekadar mengangguk.Kami bertiga memandang Lily.

"Yelah-yelah, aku ikut korang."Dengan terpaksa Lily menyetujui.

Aku turun ke dalam parit tersebut, lalu menghulurkan tangan untuk membantu tiga orang lagi minah voks.Mujurlah dua hari yang lepas Pakcik G-mey iaitu tukang kebun di sekolah ini tidak sia-sia mengeluarkan peluhnya untuk tebas segala semak samun yang bermaharajalela di dalam parit, luar parit, tepi parit, atas parit. Eh atas parit? Cam pelik je.

Aku dan minah-mainah voks yang dekat belakang ni mula merangkak di dalam parit untuk sampai di Pintu Gerbang Beta.Mujurlah parit Blok Arjuna dan Blok Beta bersambung,dapatlah pelajar-pelajar melakukan kegiatan macam kami ni menceroboh masuk.

Setelah lima minit merangkak,sampailah kami di Pintu Gerbang Beta.Aku yang pertama bangun untuk memastikan keaadaan semua okey.Baru sahaja kaki kami bertiga ingin melangkah masuk ke dalam blok beta,tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang.

"Korang dari Blok Arjuna eh?"Suara yang serak-serak basah itu menyapa gegendang telinga kami berempat.

Aku menoleh ke belakang, tiga lagi sahabatku memandang ke arah ku dengan muka yang gelabah. Mungkin dalam fikiran mereka 'Macam mana ni? Matila kita' dan 'Buat ape mamat ni dekat sini'.

"Huh!"Aku melepaskan keluhan."Korang masuk la dulu.Biar aku cakap dengan mamat ni kejap."Sambungku lagi.

Aku menghantar kawan-kawanku dengan ekor mata.

"Korang buat ape dekat blok arjuna?"Soal Harraz.Harraz atau nama panjangnya Harraz Hakim seorang budak lelaki yang top di sekolah ni. Semua pelajar perempuan akan menjadi zombi Train to Busan bila nampak akan seorang makhluk depan aku ni.Semua akan menjadi gila secara drastik.Kecuali aku la.Kerana itu la aku digelar lesbian.

"Bukan urusan kau."

"Huhh!Perempuan sama je.Nak cari jantan la tu. "Harraz mengeluarkan kata-kata yang sinis.

"Suka hati aku la nak buat ape pun. Aku tak kacau periuk nasi kau pun kan kalau aku buat masalah."Aku membalas acuh tak acuh.

"Esok kalau ada ape-ape berita dekat Blok Arjuna tu. Kau orang pertama aku cari."
Al-maklumlah para pelajar di sekolah ini memang cepat sahaja mendapat berita jika ada apa-apa yang berlaku.Dah macam melodi dah pulak.Tapi ni melodi yang versi cepat punya.Tak perlu tunggu hari Ahad.

  "Ok.No hal."Aku berlalu pergi meninggalkan si mamat poyo itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GilaWhere stories live. Discover now