Bab1

74 2 0
                                    

kring..kring..kring..

Jam loceng berdering menandakan hari akan cerah.Namun Im masih belum menunjukkan ciri-ciri untuk bangun dari tidur.Malah Ika,sahabat satu asramanya yang tersedar akibat bunyi deringan jam loceng Im.

Ika mengecilkan mata untuk melihat waktu pada jam tersebut.Jarum pendek jam menunjukkan pada angka 7,manakala jarum panjang jam menunjukkan pada angka 6.

"Ouh..7.30.."Ika mengangguk-angguk sambil menggaru-garu punggungnya.

"Hah?7.30.Kau memang gila Im."Ika yang bagaikan tersentak lalu melompat naik ke atas katil Im.

"Im bangun Im.Dah lambat ni nak pergi sekolah.Bangun Im."Ika mengejutkan Im sambil menggoyang-goyangkan badan sahabatnya yang tidur mati itu.

"Kau ni Im,dah tak ada cara lain dah ni.Aku cium kau kang."Ika membebel dengan suara yang agak kuat.'ouh..tak nak bangun ye.'bisik Ika sendirian.

Ika memuncungkan bibir dengan gigi yang masih belum digosok,lalu di dekatkan ke bibir Im.Baru sahaja bibir mereka hendak bertemu,Im tersedar dari tidurnya disebabkan terasa nafas manusia.

Im membuka matanya dengan mamai,tersembul muka Ika dengan bibir yang dimuncungkan ke arahnya..Secara drastik Im menendang Ika sehingga jatuh ke bawah.

"Woi!!Ika ko gila ke?Kau nak buat ape kat aku hah?Kau ingat aku songsang ke?Walaupun aku macam jantan,aku kenal la halal haram."

"Kepala hotak kau halal haram!Aku kejut kau dah macam perempuan meroyan mati laki.Kau tidur dah macam tak nak bangun dah."Ika bangun sambil menggosok punggungnya.

Im tersengih."Haha..ye ke?Maafla beb."

"Banyak la kau punya maaf.Sekarang kita dah lambat.Macam mana ni?"

"Kita tak payah pegi la."

"Gila kau,nanti kita nak jawab ape dekat minah gedik tu."Minah gedik yang dimaksudkan Ika adalah ketua asrama blok mereka berdua.

"Nanti pandai-pandai la aku kelentong dia."balas Im yang malas mendengar sahabatnya membebel.

"Kau punya pasal la,kita lewat.Sebab idea bodoh kau semalam."

Im tersenyum dek kerana teringat akan kejadian semalam..

GilaWhere stories live. Discover now