1. First Time

162 6 0
                                        

"TERMENUNG JAUH. TENGAH FIKIRKAN APA?"

Tersentak aku dari lamunan bila terdengar suara garau seorang lelaki di sebelah kananku. Hanya sekilas saja aku memandang ke arahnya sebelum pandangan ku alihkan semula melihat keindahan Pantai Muara ini. Deru angin terasa lembut menyapa ke pipi, bagaikan mengerti apa yang terbuku di dalam hati. Bunyi ombak terasa menenangkan fikiran.

"Kau ada masalah eh?"

'Laa.. masih ada lagi rupanya mamat ni,' bisikku dalam hati. Mata kupejam rapat, sebagai isyarat aku tak ingin diganggu.

"Mesti tak okay, kan?"

Aku menarik nafas panjang, cuba menenangkan hati yang membara lantas menoleh ke arahnya. "Encik nak apa?"

"Aku nak tahu kau okay ke tak? Tapi aku dapat rasa kau mesti tak okay.."

Ewah! Lagak macam dia kenal aku je mamat ni. Besar kecik, besar kecik je mamat ni aku tengok.

"Sebab?"

"Sebab.. aku ahli nujum." Dia tersengih.

"Zaman moden macam ni dah tak wujud dah istilah ahli nujum. Yang ada cuma bomoh atau dukun. Takkan encik ni bomoh?"

Timbul rasa takut dengan perkataan bomoh dan dukun. Teringat pula kisah mama dikenakan orang menggunakan khidmat bomoh. Uish, aku tak nak kena nasib yang sama.

Dari duduk bersila, aku terus bersedia untuk bangkit dan melarikan diri sebelum terdengar dia tergelak memanjang. Lawak ke soalan aku tu?

"Adui, sakit perut aku. Selama ni aku ingatkan muka ketat macam kau ni tak tahu berloyar, rupanya ada sense of humour jugak." Dia mengesat airmata yang bertakung di birai mata.

Aku menjuihkan bibir. "Tak baik gelak sangat, nanti hati mati."

Dia tersenyum walau masih ada sisa ketawa yang berbaki.

Aku mula mengatur langkah berjalan menelusuri persisiran pantai. Si dia mengekoriku. Cuma kali ini tiada perbualan di antara kami membuatkan aku rasa seolah-olah dia tidak wujud. Suasana sepi itu aku ambil dengan menatap air laut yang setia menghempas pantai. Tidak jemu hatiku mengucap kata pujian atas nikmatNya.

Selang lima belas minit berjalan, aku menghentikan langkah sedang dia terus melangkah beberapa langkah jauh dari aku. Kami membisu seribu bahasa.

"Kau selalu.."

Belum sempat dia menghabiskan ayat, muncul dua orang lelaki berbadan sasa dan tegap di belakangku. Terpana sekejap aku dibuatnya. Bukan sebab mereka berbadan besar, tapi kerana kemunculan mereka yang secara tiba-tiba.

"Tu.."

Lelaki yang menegur aku tadi memandang mereka lantas mengangguk sekali. Kedua lelaki itu turut menganggukkan kepala mereka dan mula berjalan menuju ke arah sebuah kereta Veloster berwarna kelabu di tempat letak kereta. Hmm, bila masa pulak kereta tu ada di sana? Tak perasan pulak tadi.

Dia tersenyum. "Got to go. So, I'll see you when I see you. Bye."

"InsyaAllah." Kalau Allah berkehendak.. tapi aku pasti kita takkan jumpa lagi. Ye lah, mana ada orang yang pasti akan bertemu lagi kecuali Allah dah tentukan. Confident semacam je cara dia cakap tu.

Dia tersenyum lagi lantas berpusing menghala ke arah Veloster dimana dua lelaki berbadan sasa tadi masih menanti dirinya.

"Macam orang barat, tak reti bagi salam.." aku menggumam perlahan.

Tanpa aku sedari, dia menguntum senyuman pahit sambil berlalu pergi.

A/N :

Ni my first cerpen.. atau kemungkinan akan menjadi cerpan. First try so memang banyak lubangnya.. Don't be harsh on me, okay?

Introducing Me [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now