ASD 2

3K 54 0
                                    

Lama aku memandang seorang wanita separuh umur itu, macam pernah dilihat, cepat saja mata mengecam.

"Mamaaaa!!" terjerit kecil. Mulut ditutup dengan sebelah tangan, malu.

Terus aku memeluk mama dengan penuh rasa rindu, kalau boleh macam nak saja duduk bawah ketiak ibunda tersayang itu.

"Hish kamu ni perangai takberubah, dari dulu sampai sekarang sama je." sengihan ditonjolkan tanda meminta maaf hehe.

"Bukan apa, rindu lama takjumpa. Klau boleh hari-hari nak berkepit je dengan mama. Hm ni mama dtg pasaraya ni buat apa sorang-sorang" tanyaku hairan. Pelik. Barang tiada ditangan walhal kebiasaannya penuh barang-barang dapur ditangan bak kata orang macam nak makan setahun aja.

"Ni ha ada orang tolong mama tadi, mama suruh dia hantar dekat kereta dulu. Lepastu mama rasa macam ada barang yang tertinggal, nak pergi tengok tup tup terjumpa Intan dekat sini" satu persatu diterangkannya, aku mengiyakan sajalah.

"Jomlah Intan teman mama" mama peluk bahuku. 'Ada ada sajalah anak aku ni haih' bisik hati mama sambil mencucuk pinggangku. Aku tertawa kecil.

Kereta Nissan Almera berwarna kelabu dituju, terlihat seorang lelaki berbadan tegap, tiba-tiba terdetik didalam hati 'segak'.

Aku mengalih pandangan. Tidak mahu dikata gedik jika terlihat mengintip anak teruna orang, oppps.

"Aunty, barang saya dah masukkan dalam kereta. Ada apa-apa lagi ke?" peramah pemuda ini. Tapi kenapa suaranya macam aku kenal. Aku segera memandang mukanya. Oh mak kau. Ya Allah. D...d..dia.

Terlihat sedikit kesan lebam di mata kirinya. Rasa bersalah menyerbu diri. Rasa malu pun ada. Rasa geram? Lagi lah ada. Haih.

Si dia memandangku. Aku buat muka selamba, rasa macam nak aja muka lelaki itu ditumbuk pada sebelah kanan pula. Geram.

Kereta Nissan Almera perlahan-lahan meninggalkan kawasan pasaraya itu.
Hanya tinggal aku dan si berlagak itu sahaja.

Aku mempercepatkan langkah meninggalkan kawasan tersebut. Semakin kedepan aku terdengar suara memanggil.

"Weh, penumbuk bersiri" seriau darah. Langkah terhenti. Muka bertambah merah. Rasa marah membuak-buak. Nak aja disumbat stoking dalam mulut lelaki itu.

"Kenapa diam, haritu bukan main lagi petah berbicara kalah pemidato antarabangsa" perlinya. Senyuman sinis ditunjukkan. Tangan berpeluk tubuh. Hati berkata 'kau belum kenal lagi siapa aku'.

Rasa marah semakin meluap. Kau kena kekalkan kelakuan sebagai seorang perempuan Intan, abaikan dia. Dia gila. Hati cepat saja menenangkan rasa marah.

Kemarahan terbantut apabila terlihat Atifah datang kepadaku. Teringat kata-katanya suatu ketika dulu "weh, klau marah istighfar. Biar reda sikit amarah dalam diri tu" tenang saja hati apabila melihat muka gadis ini. Hitam manis. Klaulah aku lelaki dahlama aku masuk meminang. Hihi.

Wajah tersengih ku pamerkan kepadanya. Atifah memandang pelik, 'kenapa pula dia ni' bisik hati kecilnya.

"Weh jomlah dorang dh tunggu" segera dia menarik aku pergi dari kawasan tersebut. Sempat juga memalingkan muka kearah si dia. Si dia hanya memandang aku dengan jelingan yang tajam dan berbisa seakan-akan berkata 'watch out ya!' Uisssh seram.

Kedai buku dituju. Memang itu tempat yang memang ditujuku apabila berada di mall. Kelihatan seorang pemuda sedang mencari buku novel. 'Macam kenal' bisik hatiku. Pemuda itu memusing. Wajah yang sangat dikenali, Izzat.

Dia melihatku dengan riak yang agak terkejut. Tak sangka mungkin.

Aku mempercepatkan langkah keluar dari kedai tersebut. Hasrat untuk membeli buku terbantut.

Terasa seperti seseorang menarik tanganku sambil berkata "Intan tunggu, aku ada benda nak tanya." tampak serius.

"Kau nak cakap apa? cakap cepat! Aku takda masa!" Malas nak dilayan.

"Pasal Izzati" suaranya kedengaran sayu.

Lama aku lihat wajahnya sebelum bersetuju.



Muka dia tertunduk. Lama dia begitu. Aku pula naik rimas. Buat apa ajak jumpa kalau tunduk je dari tadi.

Meja ku tepuk. Terangkat badannya sedikit. "Kalau taknak cakap apa-apa aku balik, buang masa!" badan berpeluk tubuh. Wajahnya ku lihat lagi.

"A....ak...aku sebenarnya" tergagap. Segan barangkali?

"Aku aku apa?!!"

"Aku sebenarnya suka dekat Izzati!"

"What?!"

TBC!

Enjoy! :)

Aku Suka Dia?On viuen les histories. Descobreix ara