SERAM 1: APARTMENT (part i)

461 6 0
                                    

Selesai solat isyak di surau, Azlan menyarung selipar jepun yang sudah separuh abad dan menapak perlahan menuju ke lif. "Lan, tunggu!" Suara Najmi lantang dan kelihatan Najmi sedang melambai ke arahnya sambil tergopoh-gopoh menyarung selipar. "Cepatlah. Lif nak sampai dah," Azlan menyahut kembali dengan suara rocknya yang seperti Awie. "Aku takutlah nak balik sorang-sorang," Najmi bersuara ketika mereka masuk ke dalam lif. Azlan dan Najmi duduk serumah dan mereka berdua memang kerap juga ke surau. Cuma Azlan yang boleh dikatakan setiap hari akan solat di surau kecuali bila datang penyakit sibuk yang mengalahkan menteri kerana dia presiden kelab forensik dan jugak setiausaha kelab kembara. Jadi, ada masa-masa tertentu dia akan sibuk menguruskan aktiviti kelab di kampus. "Amende lah kau ni. Penakut sangat. Baru pukul 9.45 malam. Hantu pun takut nak keluar," Azlan tertawa kecil. "Woi, janganlah sebut-sebut nama dia. Dia datang jap lagi mampus kita," Najmi menepuk kasar bahu Azlan. Entah kenapa lampu lif ketika itu juga terpadam. Suasana menjadi gelap gelita. Mereka berdua terus terdiam. Najmi sudah memaki hamun dalam hati menyalahkan Azlan kerana menyebut nama 'hantu' tadi.

Ting!
Lif berbunyi menandakan mereka sudah sampai ditingkat 20. Tingkat mereka duduk. Mereka berdua terus berlari keluar tanpa menoleh kebelakang.

"Lan, aku dengar cerita daripada budak-budak junior yang apartment kita ni berhantu," Najmi memulakan perbualan sesampainya mereka di rumah. Azlan yang baru sahaja mahu masuk ke bilik terus menghampiri Najmi yang sudah melabuhkan punggung di sofa ruang tamu. 3 orang housemate mereka yang terdengar kata-kata Najmi berhenti melakukan aktivit mereka iaitu bermain dota. Mereka duduk berkerumun dihadapan Najmi. "Budak Aini sem 2 ada cerita kat aku yang abang dia dulu duduk apartment ni juga. Setiap malam kena kacau dengan cik ponti, cik poc, banyak lagi la," Najmi membuka cerita. "Apsal abang dia kena kacau setiap hari?" Imran, berkaca mata bertanya. "Aini cakap sebab abang dia memang dari kecil hijab dah terbuka. Jadi, hantu-hantu ni dia boleh nampak, dan benda tu pun tau yang dia boleh nampak," Najmi menjelaskan. Mereka yang lain mengangguk. "Pernah sekali tu abang dia baru balik main bola sepak dalam pukul 7 malam macam tu. Tiba-tiba ada perempuan ni panggil dia dari jauh. Abang dia tak fikir apa-apa terus datang kat perempuan tu," Najmi bercerita. "Lepas tu apa jadi?" Imran bertanya. "Cun tak perempuan tu?" Kamil pula bertanya. "Ish, orang tua-tua cerita jangan menyampuk. Sabar. Kasi orang habis cerita," Azlan bersuara. Dia bersungguh-sungguh mendengar cerita Najmi. "Bila abang dia datang je kat perempuan tu, perempuan tu senyum lepas tu ketawa mengilai. Dia cakap kat abang Aini yang kat situ lah tempat perempuan tu mati. Perempuan tu minta abang Aini carikan jari dia yang putus sebab sampai dia mati jari tu hilang tak jumpa-jumpa. Abang Aini tu apa lagi, terus pengsan. Nasib baik budak-budak nak ke surau terjumpa dia tak sedarkan diri kat tepi bilik sampah," Najmi bercerita sampai habis. Mereka yang lain tergamam. "Aku tak percaya la cerita ni. Budak junior ni saja reka cerita nak ngurat kau lah tu. Nak kau kasi perhatian kat dia," Joe keluar dari bilik sambil bersuara. "Ish, takkanlah Aini tu nak reka cerita pulak. Si Najmi pun bukan hensem, jongang pulak tu," Kamil berkata. "Kurang asam punya budak!" Najmi menendang kaki Kamil. "Kalau kau kena, jangan menyesal. Jangan cakap aku tak bagitau yang tempat kita ni memang keras," Najmi mengugut. Joe mencapai helmet dan keluar. Dating lah tu.

To be continued...

Minah SengetWhere stories live. Discover now