Prolog

13.9K 179 7
                                    

DIA hanya mampu melihat sang wira berjalan gagah sambil dipayungi awan. Bunyi kompang yang kian melantun langsung tidak mengganggunya. Dia tahu, sepatutnya dialah lelaki itu. Lelaki yang sedang tersenyum, lelaki yang bakal mengahwini wanita idamannya. Cinta hatinya. Blackberrynya tiba-tiba berbunyi. Perlahan dia menekan punat.

"What are you doing here?"

Dia menghela nafas.

"Kenapa? Salahkah? I datang mahu memberi restu,"jawabnya. Hati kian sarat dengan luka.

"Bullshit! Iqa tell me yang you ada kat luar rumah. I'm gonna get married, Ir. And I'm tired of waiting. Waiting for you. Can you understand that?"

Ya, selama ini kita berkasih, menyemai cinta dari bangku sekolah, kau sanggup menunggu aku, detik hati sang pria yang kian berdarah.

"Nad, Ir cuma mahu Nad sabar. I only need three more years to estabelish. Dan semuanya untuk Nad."

Suara itu ketawa.

"No. Nad entah nombor berapa di hati Ir. First, your family, then your job, after that your cat...I'm sick to compete with all those,Ir. I need to be your number one,Ir. And, unfortunately, I'm not."

Nafas dihela. Panjang dan perlahan.

"Selamat tinggal,Ir. Good luck in whatever."

Telefon itu dimatikan.

Dia meraup muka. Sungguh, dia memang lelaki sejati. Tapi sebak yang tiba-tiba berkumpul di dada menyesakkan mata. Dia tersedu di stereng kereta. Bunyi hilai tawa dari banglo dihadapannya kian hilang ditelinga.

Sial.

Memang semua perempuan dilahirkan untuk menjadi sial. Dia tidak pernah menyanjungi yang lain. Dia tidak pernah menyintai yang lain. Hanya Nadya. Hanya gadis itu dihatinya.

Nadya.

Ini semua kerana Nadya.

Nadya yang manis.

Nadya cinta hatinya.

Nadya yang bakal disunting menjadi suri hidupnya.

Bertahun-tahun menyulam cinta, adilkah pengakhirannya? Terngiang-ngiang suara Nadya yang menuduhnya mementingkan keluarga. Dia sangkakan gadis itu hanya merajuk sementara, namun bulat hati Nadya membuang cinta mereka. Irfad terpempan.

Dia berteleku. Membiarkan saja air matanya gugur.

Biar.

Kali ini dia menangis, tapi ini kali terakhir. Sumpah, biar ini kali terakhir dia menangisi cinta.

Sumpah, akan dia ajar perempuan-perempuan seluruh dunia agar mengerti bahawa cinta seorang lelaki bukan satu permainan.

Dia akan pastikan seramai mungkin perempuan akan menyembah kakinya, memujanya lalu ditinggalkan tanpa madu. Dibiarkan layu, bagaikan bunga hilang seri. Biar. Biar mereka rasa, tiada lagi cinta. Ditutup hatinya untuk cinta, dibuang rasa kasih. Dia rela sendirian daripada jatuh cinta lagi, daripada dilukakan oleh wanita-wanita. Serik dia menghempas diri ke alam derita. Tekad dia membenci wanita, memenjara cinta agar tidak dekat padanya.

Sumpah, takkan dia jatuh cinta lagi. Takkan sekali-kali.!

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now