Part 5

5 1 0
                                    

* * *

Hyemi melihat jam tangan masih ada berbaki 20 minit lagi dia akan lunch bersama Jongmin. Dia kembali menyambung kerjanya. Baru dia teringat fail yang harus dia siapkan ada dalam almari di belakangnya. Segera dia bangun untuk mengambil fail tersebut. Tiba-tiba pandangan Hyemi menjadi gelap. Hyemi merasakan ada yang menutup matanya. Dia menyangka itu Jongmin lantas dia memanggil nama Jongmin.

"Hyemi yah! Ini Kimbum oppalah. Sampai hati tak ingat oppa." Kata lelaki yang bernama Kimbum itu.

Sangkaanya meleset apabila dia mendapati bahwa orang yang menutup matanya tadi bukan Jongmin tetapi abang sedara yang baru pulang dari Australia.

"Oppa. Maaf saya ingat kawan saya tadi." Balas Hyemi.

"Nuguya Jongmin? boyfriend baru kamu ke?" tanya Kimbum.

Hyemi menggelengkan kepala. "Anniyo. Kawan sayalah. Oppa ni, pandai-pandai je."

"Apa-apalah Hyemi. Wah kamu dah semakin membesar Hyemi. Seingat oppa terakhir kali oppa jumpa dengan kamu 9 tahun yang lepas, saat umur kamu 12 tahun. Sekarang ni umur kamu sudah 21 tahun."

Hyemi tersenyum mendengar kata-kata Kimbum.

"Aah. Umur oppa masa umur Hyemi 12 tahun, 18 tahun kan. So sekarang ni 27 tahunlah. Dah tua. Sebab tu muka oppa dah berkedut." ujar Hyemi sambil menekan dahi Kimbum.

"Amboi sedapnya cakap orang dah tua. Jarak umur kita ni bukannya jauh sangat, 6 tahun je ok. Jadi jangan nak perasan muda sangat, ok." Giliran Kimbum pula mencubit pipi Hyemi.

Hyemi mengaduh kesakitan lalu mengusap pipinya. Kemudian dia bersuara lagi. "Ish oppa ni dari dulu sampai sekarang sama je. Tetap tak berubah. Tak nak kawan. Wek."

Kimbum tersenyum mendengar kata-kata Hyemi itu. Dia tahu kalu dia bergaduh dengan Hyemi, pasti wanita ingin menang dah akhirnya dia yang akan mengalah.

"Ara. Ara. Mian. Oppa tahu salah oppa tapi betulkan apa oppa cakap."

"Tengok tu, tadi dah minta maaf tapi buat lagi." Balas Hyemi sambil memuncungkan mulutnya.

"Mian. Hyemi, Hyemi. Ah kebetulan oppa ada kat sini, jom kita pergi lunch." Kata lelaki itu lalu terus menarik tangan Hyemi.

Kimbum memulas tombol pintu untuk keluar, saat itu juga Jongmin ada di depan pintu. Terperanjat Hyemi melihat Jongmin.

"Jongmin ah,,," tergagap-gagap Hyemi bersuara.

Kimbum yang melihat menegur. "Owh jadi inilah dia Jongmin tu. Perkenalkan saya Kimbum merangkap tunang Hyemi."

Membesar mata Hyemi bila Kimbum mengatakan hal itu. Jongmin menyambut huluran tangan Kimbum dan terlihat sedikit kekecewaan di wajahnya.

"Oppa! Ish saja je tau. Anniyo. Jangan percaya Jongmin, Kimbum oppa ni main-main je. Sebenarnya dia ni abang sedara saya." segera Hyemi membidas kata-kata Kimbum dan melepaskan tangan Kimbum

"Haha! Alah oppa gurau jelah Hyemi. Tu pun nak marah. Ah Jongmin nilah perangai Hyemi, suka marah orang." Kata-kata Kimbum membuatkan Jongmin tersenyum.

Kimbum menyambung lagi. "Kami nak lunch ni, apa kata awak join? Jomlah. Teringin pula nak kenal dengan awak." Jawab Kimbum pula.

Tiba-tiba Jongmin menepuk dahinya. "Alamak saya lupalah saya ada hal sebenarnya hari ni. Tak apalah mungkin lain kali saja. Saya pergi dulu."

Kimbum hanya mengangguk saja. Manakala Hyemi ingin mengatakan sesuatu pada Jongmin namun Jongmin sudah pergi dari pandangannya dan Kimbum. Dia rasa bersalah kerana sepatutnya tengah hari ni dia lunch bersama Jongmin tapi,,,wae?

FROM REVENGE TO LOVEWhere stories live. Discover now