Part 2

12 1 0
                                    

Author POV

Seorang lelaki sedang duduk di bangku sambil melihat album. Dia menyelak dan terus menyelak sehinggakan dia terpandang satu gambar yang sangat dia kenali. Dia tersenyum melihat gambar itu.

"Cute. Masa kecil dah cute lagi dah besar ni." Semakin lebar senyumannya. Namun apabila teringat akan misinya, dia kembali sedar. Terus ditutupnya album itu.

Dia bingkas bangun lalu melihat persekitaran rumah itu. Cantik. Sangat cantik. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu.

'Appa. Kenapa dia simpan gambar appa? Sedangkan dia dah bunuh appa. Wae? Dia nak sorokkan dari orang yang dia tu pembunuh ke?' bisik lelaki itu.

"Jongmin. Apa yang kamu buat kat situ? Mari sini kita duduk." Kata salah seorang lelaki separuh baya.

Lelaki yang dikenali dengan Jongmin menurut arahan lelaki separuh baya tersebut. Kemudian dia duduk bersama lelaki itu.

"Mian sebab buat kamu lama tunggu."

"Gwanchanae. ,,,, ada apa sebenarnya Tuan Donghon panggil saya? Masalah kerja ke?" tanya Jongmin.

Tuan Donghon mengangguk. "Nde. Tentang projek pembinaan rumah di Bungsan itu, saya nak kamu uruskan semuanya seratus peratus. Saya serahkan projek itu pada kamu."

Terbeliak biji mata Jongmin mendengarnya. Tapi itulah yang dia nak sebenarnya. Semakin berjayalah rancangan dia.

"Chincha? Baiklah kalau itu yang Tuan katakan saya akan menurut dan saya akan lakukan yang terbaik. Don't worry." Balas Jongmin sambil tersenyum namun terselit senyuman yang dipenuhi kebencian di bibirnya.

Tuan Donghon mengusap bahu Jongmin dan dia juga tersenyum.

"Hyemi mana? Saya tak nampak pun."

"Oh dia ada dekat atas dalam library. Kenapa kamu cari dia? Ada apa-apa ke?" kata Tuan Donghon dengan nada tenang.

Jongmin kebingungan harus mengatakan apa. Dia tak tahu pun macam mana ayat tu boleh terkeluar dari mulutnya. Entah kenapa dia menyebut nama Hyemi.

"Tak payahlah kamu nak garu-garu kepala. Pergilah cari dia di atas. Arasseo?" sekali lagi Tuan Donghon membalas lalu berlalu pergi dari situ.

Jongmin mula naik ke atas dan mencari Hyemi.

* * *

Manakala seorang wanita pula sibuk mengemas buku yang dibaca olehnya tadi. Dia menyusun semula mengikut nama-nama penulis tersebut. Untuk menghilangkan rasa boring sambil menyusun buku dia menyanyi. Tiba-tiba tangga bergerak seolah-olah mahu terjatuh. Akhirnya tangga itu terjatuh dan wanita itu turut terjatuh. Tetapi wanita itu merasa aneh kerana dia merasa seperti dia ada di atas badan seseorang.

Apabila di membuka mata, alangkah terkejutnya dia melihat memang benar dia ada di atas seseorang. Matanya dengan lelaki itu bertembung. Pintu bilik itu dibuka oleh seseorang menyebabkan dia terus bangun. Merah padan mukanya masa tu.

"Ops maaf . Ahjuma tak sengaja masuk Hyemi. Ahjuma keluar dulu." Kata wanita yang separuh baya itu.

"Alamak. Mesti Seungyeon Ahjumma salah faham. Aduh. Awaklah ni." Marah wanita itu.

Lelaki itu mengaduh kesakitan akibat dipukul oleh wanita itu. Lalu dia bersuara. "Eh orang dah tolong dia, itu balasannya. Takpelah. Siapalah saya ni kan, Hyemi."

"Ok arasseo saya tahu salah saya. sorry ok. And gomawo sebab awak tolong saya. Tapi saya takut ahjumma salah faham dengan perkara tadi. Tak pasal-pasal dia bagi tahu appa." Kata wanita yang bernama Hyemi itu.

Jongmin membalas. "Taklah awak jangan fikir macam tu. Takkan berlakulah. Tapikan boleh tahan juga berat awak ni eh."

"Ish awak ni,,,malas saya nak layan awak." Balas Hyemi sambil mencebikkan bibirnya. Kemudian Jongmin menarik bibirnya.

"Ouch sakitlah awak.ei... By the way kenapa awak datang rumah saya?" tanya Hyemi sambil membetulkan rambutnya yang kusut akibat terjatuh tadi.

"Wae? Tak boleh ke saya nak datang rumah chingu saya yang comel ni?" jawab Jongmin sambil mencubit pipi Hyemi.

Hyemi menolak tangan Jongmin dan mendengus. "Main-mainlah awak ni."

"Alah janganlah marah. Saya gurau je tadi. Appa awak yang suruh saya datang sini tadi."

Dia menyambung kata-katanya lagi. "Dia bincang tentang projek pembinaan rumah di Bungsan tu."

Hyemi cuma menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tiada sebarang komen untuk itu. Dalam fikirannya dia tahu appanya telah buat suatu keputusan yang bijak. Melihat kepakaran yang dimiliki oleh Jongmin membuatkan Hyemi bertambah yakin dengan keputusan appanya.

Pada masa yang sama dalam fikiran Jongmin juga adalah tentang projek itu. Tidak sangka appa Hyemi percaya akan dia. Seratus peratus pula tu dia serahkan pada Jongmin. Itu semakin memudahkan misi yang dirancang oleh Jongmin. 'Aku akan musnahkan keluarga kau Donghon! Hahaha!' kata Jongmin di dalam hatinya. Ternyata dendamnya semakin membara.

Hyemi melihat Jongmin tersengih-sengih. Kemudian dia cuba menyakat Jongmin. Dia mencubit pipi Jongmin demi membalas dendam yang tadi. Hehe. Jongmin mengerang kesakitan. Hyemi disisinya pula tertawa melihat gelagat Jongmin.

"Hahaha. Lawaknya muka awak tadi. Macam budak kecil." Hyemi kembali menyambung ketawa.Jongmin pula membuat mulut kerana malas melayan Hyemi.

'Ai asal dia buat macam tu? Merajuk ke? Macam perempuanlah dia ni, merajuk, merajuk. Tadi aku yang merajuk dengan dia, ni dia pula. Tak faham betullah dengan dia ni.' Bisik Hyemi dalam hatinya.

"Besar-besar pun nak merajuk ke? Dahlah lelaki. Kalau perempuan tu tak apalah. Malu je." Sekali lagi Hyemi tertawa.

"Biarlah. Walaupun saya lelaki, saya tetap ada perasaan ok." Jawab Jongmin dengan serius.

Terpana Hyemi mendengar jawapan Jongmin. "I'm sorry. Maafkan ye?" Akhirnya Hyemi mengalah.

Senyuman terukir dibibir Jogmin. Kemudian dia menggelengkan kepala dan mendekatkan mukanya ke arah Hyemi.

"Maafkan lah awak. Saya tak sukalah orang merajuk-merajuk ni. Boleh eh?" Balas Hyemi lagi.

"Araseo. Tapi dengan satu syarat awak kena belanja saya makan. Tapi bukan hari nilah sebab saya takda mood. Erm,,esok-esoklah eh." Jawab Jongmin membuatkan mata Hyemi membulat.

Jongmin menyambung semula. "Kalau macam tu saya balik dulu. Ingat tau belanja saya makan. Anyeong."

Dia berlalu pergi meninggalkan Hyemi yang masih terkebil-kebil dengan permintaannya itu. Tidak sangka wanita itu yang Jongmin akan meminta seperti itu. Nampaknya terpaksalah dia belanja agar lelaki itu dapat memaafkannya.

'0J{?*macam mana ok x sambungan?bibit cinta dah mula.nak tahu kesudahan baca sambungannya tau.

FROM REVENGE TO LOVEWhere stories live. Discover now