Part 3

4 1 0
                                    

Jongmin POV

Malam ni seperti yang dijanjikan Hyemi akan belanja aku. Tadi waktu di pejabat aku telah memberitahunya bahawa malam ini dia harus belanja aku. Apabila aku mengatakan dia hanya tersengih. Aku mengenakan t-shirt berwarna biru dan seluar jean berserta cermin mata hitamku. Pantas aku meluncur ke rumah Hyemi untuk mengambilnya.

Saat aku sampai dia masih belum turun dari biliknya. Hampir setengah jam barulah terlihat wajahnya. Terbeliak biji mataku melihat dia. Mulutku juga ternganga. Tak sangka dia turut juga memakai baju blouse berwarna biru sama seperti aku. Dan yang pasti dia sangat berbeda malam ni. Cantik. Aku,,,, Cop! Cop! Apa yang aku fikir ni? Jongmin ingat misi kau. Jangan tergoda dengan dia.

"Jongmin. Jongmin. Hoi!" terkejut Jongmin mendengar suara itu.

"Mwo?"

Hyemi mencebikkan bibirnya. "Berangan ke? Patutlah panggil nama awak, tak sahut-sahut. Penat je panggil."

Dia ni memang suka cari pasal dengan aku. Cekik baru tahu.

"Mana ada saya berangan? Merepek je awak ni. Dah jom masuk kereta. Jangan nak membebel pula." Kata aku untuk mengelakkan Hyemi tanya lebih banyak soalan.

Nasib baik dia menurut kata-kata aku. Tapi aku dapat lihat dia jelirkan lidah kepadaku. Ingat comellah buat macam tu. Gunting lidah dia tu baru tahu. Menyampahnya aku.

Dalam perjalanan menuju ke restaurant aku dan dia hanya diam saja. Tak ada apa yang dibualkan. Cuma kedengaran bunyi radio saja.

"Ah,,,Jongmin malam ni awak nampak lainlah. Smart." Hyemi tiba-tiba bersuara.

Kata-katanya itu membuatkan jantungku berdebar. Asal aku rasa lain ni? Aduh,,janganlah.

Tiada sebarang jawapan aku berikan pada Hyemi. Aku cuma memberikan reaksi senyuman saja. Aku tak tahu apa yang hendak aku katakan. Dia ni buat aku tak selesalah. Tapi,,,aku rasa macam tak ok pula buat dia macam ni. Yelah sebab plan yang aku rancang adalah membuatkan Hyemi jatuh cinta pada aku. Bukan buat dia macam ni. Baik aku bagi respon.

"Gomawo Hyemi. Awak pun nampak cantik malam ni." Kata aku sambil memegang bahunya. Dan dia hanya tersenyum sahaja.

* * *

Makanan yang di order sudah sampai. Perut aku ni dahlah tengah lapar. Yelah tadi aku tak sempat makan sebab busy dengan projek baru tu. Memang laparlah. Tambah lagi bau kimchi yang enak ini. Terliur aku dibuatnya. Setelah waiter itu pergi, aku langsung mengambil kimchi.

Begitu gelojoh sekali aku makan kimchi. Hyemi yang duduk di hadapanku hanya tertawa saja. Barangkali lucu kot melihat aku makan seperti anak kecil. Atau dia malu. Peduli apa aku. Perut ni dah lapar nak buat cam mana.

Kemudian aku lihat dia menunjukkan sesuatu ke arah bibirku. Aku mengelapnya namun dia menujukkan lagi. Sekali lagi aku mengelapnya. Dan perkara yang sama dia menunjukkan lagi. Perlahan-lahan tangan dia mengesat kesan makanan di tepi bibirku. Dub!dub! degupan jantungku terasa begitu pantas bergerak.

Perasaan apakah ini? Kenapa dari tadi aku merasakan seperti ini? Tapi kenapa kali ni degupannya rasa lain, semakin pantas berbanding tadi. Tak! Tak! Perasaan aku je ni. Ei apalah aku ni.

"Awak ni Jongmin macam budak kecil. Dah besar-besar pun masih makan comot-comot lagi. Mehlah sini saya suapkan." Ujar Hyemi lalu menyuapkan kimchi ke dalam mulut aku.

Pelik. Aku membiarkan saja dia menyuapkan kimchi ke dalam mulut aku. Kenapa aku tak menghalangnya? Seriously degupan ni tak berhenti-henti dari tadi. Makin laju adalah. Jebal jangan buat aku macam ni. Dendam aku tetap dendam.

Aku bangun dengan tiba-tiba dan bersuara. "Saya nak pergi tandas kejap eh. Awak tunggu tau."

Kakiku pantas menuju ke tandas. Sampai di tandas aku menumbuk dinding. Aku tak nak perasaan itu muncul. Pergilah. Aku pergi ke singki lalu membasuh mukaku sambil melihat cermin. Aku takkan pernah ada apa-apa perasaan pada dia. Aku takkan suka pada anak pembunuh yang sudah membunuh appa aku!

Pintu tandas aku buka lalu aku keluar. Tiba-tiba aku mendapat idea untuk mengenakan dia. Aku bertanya kepada salah seorang pekerja di situ apakah ada jalan lain selain menggunakan pintu di hadapan dan pekerja itu mengangguk lalu menunjukkan aku jalannya. Aku mengikut jejak langkahnya. Setelah itu, aku mengucapkan terima kasih pada pekerja itu lalu terus masuk ke dalam kereta.

Padan muka kau. Kau duduklah kat situ lama-lama. Hahaha. Aku menghidupkan enjin kereta dan meluncur pulang ke rumah tanpa perasaan simpati. Aku puas. Rasa degupan itu tiada lagi. Aku puas sangat-sangat!

Hyemi POV

Mana Jongmin ni? Lama betul dia pergi tandas. Dekat satu jam dah ni. apa yang berlaku pada dia? cedera ke? Tak mungkinlah kot cedera, tadi dia ok je dengan aku. Tak apa aku tunggu jelah dia lagi.

Telephone kan ada, baik aku telefon dia. Tanganku mula mencari nombor Jongmin dan akhirnya aku jumpa. Aku meletakkan nama dia dengan panggilan 'Children Boy'. Nak tergelak pula tengok nama panggilan dia. Pantas aku menelefonnya namun tiada sebarang jawapan. Dia tidak mengangkat. Hanya kedengaran suara seorang wanita. 'Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan. Sila hubungi sebentar lagi.'

Aduh asal dia tak angkat ni? kenapa dengan dia sebenarnya? Aku tidak selesa berdiam diri. Bingkas aku bangun untuk pergi melihat Jongmin di tandas. Aku melihat kiri kanan memastikan agar tiada orang sebab aku nak masuk tandas lelaki. Takut orang fikir lain pula nanti. Line sudah clear. Bila aku buka saja pintu tandas itu, kosong. Tiada orang. Mana Jongmin? Dia tinggalkan aku ke?

"Maaf cik. Ada apa-apa yang tak kena ke?" ujar satu suara membuatkan aku terperanjat.

"'Ingatkan siapa tadi, terperanjat saya. Anniyo. Saya pergi dulu." Balas aku pada lelaki itu. Dan berlalu pergi.

Langkah ku terhenti. Aku kembali ke belakang untuk bertanya dengan lelaki itu.

"Chagiyo, awak ada nampak tak seorang lelaki pakai baju biru masuk tandas?"

Lelaki itu mengerutkan dahinya dan kelihatan cuba untuk mengingatinya. Lalu dia mengangguk. "Nde. Tapi dia dah pergi."

Terperanjat aku mendengar bicara lelaki itu. Jongmin dah pergi? Dia tinggalkan aku sorang-sorang di sini? Takkanlah.

"Betul ke? Awak jangan main-main atau nak bersekongkol dengan dia untuk kenakan saya." kata aku dengan nada mengugut.

"B,,betul saya tak tipu. Dia dah pergi. Lebih kurang satu jam tadi." Jawab lelaki itu dengan sungguh-sungguh.

Aku percaya dengan kata-kata lelaki itu lalu pergi dari restaurant itu. Jongmin sampai hati dia buat aku macam ni. dia tinggalkan aku. Siaplah dia esok. Alamak hujanlah pula. Stesen bas jauh pula tu. Macam mana ni? takkan aku nak telefon appa. Ish tak boleh. Tak apalah kali ini biar aku berdikari sendiri.

 Tak apalah kali ini biar aku berdikari sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

**selesai untuk part3..kali ni saya belanja satu gambar..bayangan ajah hyemi adalah krystal.dapat bayangkan x?oklah nak sambung untuk seterusnya..

FROM REVENGE TO LOVEWhere stories live. Discover now