Part 1

25 2 0
                                    


Jongmin POV

Aku akan menuntut bela demi appaku. Aku takkan biarkan dia hidup senang atas apa yang dia dah buat pada appaku. Aku tak mungkin lupakan peristiwa hitam itu. Di mana waktu itu aku sendiri melihat dia menembak appa kemudian melarikan guni yang berisi wang. Tidak mungkin hilang dari benakku. Ia sentiasa terpahat dalam ingatanku.

Donghon! Kau tunggulah pembalasan yang akan aku lakukan ini. Aku akan pastikan kau menderita. Semua demi appa. Bersedialah kau. Meja yang ada di hadapanku itu, aku tumbuk dengan kuat sehingga air minuman ku berkocak.

* * *

Keesokannya aku pergi ke pejabat musuh ku itu seperti mana yang dirancang. Semalam aku telah berjaya dipilih menjadi pegawai eksekutif syarikat yang mereka cari. Katanya aku menepati cita rasa mereka dan mempunyai kelulusan yang bagus. Memanglah kelulusan aku ini membolehkan aku bekerja di luar negara. Namun disebabkan dendam aku batalkannya.

Sedang aku berjalan menuju ke pintu lif, aku terdengar suara seorang wanita menjerit. Aku toleh ke arahnya. Ternyata dia dilanggar oleh seseorang. Habis bertaburan segala fail yang dia pegang. Aku segera ke sana untuk membantunya. Pantas aku mengutip fail itu. Terkejut wanita itu melihat perbuatan ku. Aku melihat wanita itu. Baru aku teringat itu adalah anak musuh ku. Yes. Sasaran ku memang adalah dia.

"Eh awak tak apalah. Sorry saya menyusahkan awak."

Aku membalas. "Takdalah saya tak kisah pun. Lagipun tak salahkan saya membantu rakan sekerja saya."

"Rakan sekerja? Jadi awaklah eksekutif baru tu." Wanita itu tersenyum. Entah kenapa saat melihat dia tersenyum aku rasa berdebar. Ish apa yang aku fikir ni. Jongmin ingat misi kau.

Dia menyambung. "Saya Hyemi. Awak?"

"Oh Hyemi. Saya Kim Jongmin. Panggil saya Jongmin saja." Kataku.

"Menarik nama tu. Apa pun. Nice to meet you, Jongmin."

Sebelum kami masuk ke dalam lif aku berkata. "Bolehlah kita jadi chingu?"

Dia hanya mengangguk. Kemudian kami melangkah masuk ke dalam lif menuju ke pejabat. Haha bahagianya aku. Akhirnya masuk perangkap juga.

Hyemi POV

Tak sangka yang menolong aku itu tadi adalah eksekutif baru dekat syarikat ini. Jongmin. Sesuai nama dengan orangnya, sangat padan. Dahlah bergaya pula tu cara pemakaiannya. Memang menepati kriteria seorang eksekutif. Bagus pilihan appa ni. Yang bestnya dia nak jadi chingu. Senang aku mendengar pertanyaannya. Sebenarnya aku ingin mengutarakan soalan itu tetapi dia sudah terlebih dahulu katakan.

Langkah kakiku mula menuju ke bilik Jongmin. Sekarang sudah sampai masa lunch. Tak salah sekiranya aku mengajak dia lunch bersama. Lagipun dia pekerja baru di sini, mesti dia tak tahu tempat mana yang best untuk lunch. Aku mula membuka pintu biliknya. Dia terperanjat melihat kedatanganku.

"Mian. Saya tak sengaja. Takda niat pun nak terkejutkan awak." Segera aku memohon maaf.

"Never mind." Balas dia bersama senyuman.

Untung saja dia hanya memberikan reaksi yang positif. Kalau tak,,, malu aku.

Dia melihat aku dengan kehairanan. "Don' t worry. Saya tak marah awaklah. Anyway ada apa awak masuk bilik saya?"

"Ops terlupa pula saya. Ah,, saya nak ajak awak lunch, awak sudi tak?" Tanyaku.

"Awak nak ajak saya lunch? Saya tak kisah tapi saya takutlah apa staff lain kata nanti. saya kan pekerja baru di sini."

Aku ketawa mendengar jawapannya. Rendah diri pula dia ni.

"Mwo? Saya tak buat lawak pun, kenapa awak ketawa?" soalnya lgi.

Kerusi di depan ku tarik laluku duduk. "Lawaklah awak ni. Staff lain nak kata apa. Tak payahlah sibuk fikir pasal orang. Dahlah jom."

Pantas aku bangun lalu keluar dari biliknya. Kelakar bila aku ingat muka terkejut dia tadi tu. Comel. Apa yang aku merepek ni? Takkan aku dah angau kat dia. Aku menggelengkan kepala.

* * *

Aku membawa Jongmin lunch di restaurant yang selalu aku pergi. Kami memesan makanan yang sama. Stik. Ternyata dia pun sangat suka dengan stik. Katanya stik itu memang favouritenya. Lawaklah. Makanan yang diorder telah pun sampai. Ku lihat Jongmin membantu pelayan itu. Terukir senyuman di wajahnya. Suka aku melihat senyumannya itu, sangat manis.

Kami pun mula makan. Penuh sopan dia makan. Teringat aku akan Daehyun. Hyemi. Stop it! Lupakan dia. Dia tak suka pada kau. Dia dah pergi jauh.

"Wae? Gwanchanae?" soalnya tiba-tiba.

Terhenti lamunanku. "Anniyo. Teruskanlah makan."

Jongmin POV

Mataku melirik ke arahnya. Aku lihat dia hanya merenung makanan itu. Apa yang sedang dia fikir?

"Wae? Gwanchanae?" soal aku padanya.

"Anniyo. Teruskanlah makan." Balas Hyemi.

Kejap! Kejap! Asal aku macam risau dengan dia ni pula. Suka hati dialah nak sedih atau tak. Asal aku nak sibuk-sibuk. Ingat your misson Jongmin!

Setela selesai makan Hyemi memanggil waitress di situ. Waitress itu menghulurkan jumlah yang harus dibayar. Aku mula mengeluarkan wang namun belum sempat aku menghulurkannya, Hyemi terlebih dahulu menghulur pada waitress itu. Pergh bengang aku dia yang bayar. Apa dia ingat aku tak mampu nak bayar? Aku ada duitlah!

"Kenapa awak yang bayar? Patut saya yang bayar. Malulah saya yeoja yang bayar." Marah aku. Dengan pantas aku masuk ke dalam kereta. Malas mahu melayan yeoja itu.

Dia juga turut masuk. "Maaflah saya buat awak marah dengan perkara tadi. Saya takda niat nak memperlekehkan awak. Saya yang ajak awak makan, so saya sepatutnya yang belanja awak. Mianei."

Terbit perasaan bersalah dalam diriku setelah mendengar kata-kata Hyemi. Aku ingin mengeluarkan ucapan maaf namun apabila aku teringat missionku, terbatal terus niatku. Buat apa aku nak minta maaf pada anak pembunuh appa aku? Memang patut pun aku buat dia macam tu. Tak dapat buat appanya, anak dia pun bolehlah. Hahaha!

Aku melangkah keluar dari kereta Hyemi kerana sudah sampai di pejabat. Aku terdengar Hyemi memanggil namaku. Langkah kakiku terhenti.

"Awak masih marahkan saya lagi ke? Saya minta maaf. Tapi saya memang ikhlas belanja awak. Saya yang ajak awak tadi dan saya belanja awak sebagai chingu saya. Tak salahkan?"

Tersentap aku mendengar kata-kata Hyemi. Aku memusingkan badan ku menghadapnya. Lalu aku ukirkan senyuman.

"Taklah. Saya,,,, ok je. Erm,,gomawo chingu." Balasku kemudian membalikkan semula badanku ke hadapan. Aku mengatur langkah masuk ke pejabat.

߁J{tamat untuk part 1..moga terhibur

FROM REVENGE TO LOVETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon