PROLOGUE

28.8K 587 7
                                    

Hey guys, new story for you guys! But why so sudden? Sebab WSD will be very, very slow update sebab masa ni saya tengah banyak2 kumpul idea utk tu and might be saya tak habiskan crita tu kat wattpad. Why? You will know one day. So ni pengganti dia. I'm sure cerita ni 10 kali ganda lagi best dari WSD, in shaa allah. Doakan yg terbaiklah untuk cerita ni ya? Oh yes do add 'PROMOTE' yg saya publish. If you guys nak promote just dm me, saya akan promote kat 'PROMOTE' do add that dlm library sbb mungkin sana banyak crita besttttt! Alrite thank youu.

***

Kakinya laju mengatur langkah menuju ke kantin. Sakit perutnya ni menahan lapar dari tadi. Segera dia mengeluarkan duit sebanyak 5 ringgit dari poket bajunya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Bau masakan menusuk ke deria baunya.

"Makcik, saya nak nasi goreng dan susu tau," pintanya dalam nada yang cukup ceria. Segera wanita itu menyerahkan nasi goreng yang telah dibungkus dan juga secawan susu. Duit kini bertukar tangan.

"Terima kasih!" Ucapnya kemudian segera berlalu pergi. Mata bulatnya meliar mencari tempat kosong. Jumpa sahaja, terus langkah diatur menuju ke tempat tersebut. Bungkusan nasi dibuka dan senyuman dibibir terus melebar. Memang menyelerakan betul nasi goreng ni. Bacaan basmalah dilafazkan sebelum disuap ke dalam mulut nasi goreng tersebut.

"Emery!" Bahu gadis itu ditepuk kuat oleh seseorang. Terbatuk kuat dia dibuatnya. Gelas berisi susu dicapai dan diteguk rakus. Kedengaran hilaian ketawa halus dari belakangnya. Emery menoleh ke belakang dan seraya itu memberi jelingan tajam kepada gerangan itu.

"Kau ni kan.. buat aku terkejut je," Ujar Emery geram dan mendapat sambutan tawa dari gerangan itu. Ni lah dia sahabat dia satu-satunya sahabat baik yang dia, Adelle Aleesha.

"Eleh kau ni, macamlah tak biasa," balasnya selamba sahaja. Emery mengecilkan matanya, tidak percaya dengan kata-katanya yang baginya amat biadap. Hampeh punya kawan. Kepala digeleng perlahan sebelum meneruskan suapannya yang terbantut tadi.

"Apa cerita?"

Matanya berbinar mendengar pertanyaan Adelle. Wajahnya terus diangkat memandangnya. Emery berdehem beberapa kali sebelum memulakan perbualan.

"Hari jadi abang aku tak lama lagi tau," Elle mula memasang muka toyanya. Mungkin bosan mendengar cerita yang sama.. bukan cerita yang sama tapi lebih kepada watak yang sama diceritakan oleh Adelle. Semua kisah kehidupan semuanya ada di tangan Adelle termasuklah kisah tentang dia menyukai abang angkatnya sendiri. Elle menyebamkan wajahnya keatas meja.

"Elle dengarlah dulu," tangan Adelle goyang beberapa kali. Makanan di depan matanya entah kenapa tidak lagi menarik perhatiannya. Sekarang perhatiannya cuma tertumpu pada Elle.

"Kau ni kan, tak habis-habis dengan abang kau. Tak serik ke?" Soal Elle dengan nada yang bosan. Terus masam mencuka wajah Emery sebaik sahaja mendengar ucapan Elle. Emery sedikit berjauh hati dengan kata-kata Elle sebentar tadi.

"Yelah-yelah. Hah cepat aku dengar ni," Elle menongkat wajahnya. Matanya lurus menatap Emery. Wajahnya yang tadi masam terus berubah kembali ceria. Senyuman Emery melebar.

"Hah.. macam ni.."

Silently DestroyedWhere stories live. Discover now