6

231 7 0
                                    

Gambar yg digunting oleh Faiq masih aku simpan . 5 tahun sudah berlalu . Aku pun dah menjadi seorang pereka fesyen . Kini aku memiliki sebuah butik . 'The Carnations' .

Dania ? Dia dah jadi seorang arkitek . Memang tu cita2 dia sejak dari dulu . Faiq ? Entahlah .
Sedang aku leka melihat gambar Faiq , aku tidak sedar akan lubang di hadapanku lalu terjatuh .

"Ya Allah . " Aku mengurut-ngurut kakiku .

Aku cuba untuk bangun tetapi gagal . Aku jatuh semula . Macam terseliuh je . "Awak okay ? " Suara tu .

Aku kenal suara tu . Aku memandang ke atas . "Faiq ? "

" Syu ? Ya Allah . Meh aku tolong kau . " Faiq segera membantuku berdiri .

"Jom pergi klinik . "

" Eh tak payahlah ." Terseliuh je pun . Tak perlulah sampai nak pergi klinik .

"Habis kau nak pergi mana ni ? Aku hantarkan . "

"Aku nak balik rumah . Dekat Desa Rose Garden . "

"Okay aku hantar ." Kata Faiq sambil membawaku ke keretanya .

"Terima kasihlah Faiq sbb hantar aku sampai rumah . "

"Sama2 . Serius ke kau okay ? " Aku mengangguk .

"Kalau mcm tu aku nak minta nombor telefon kau boleh ? Kalau ada apa2 aku boleh call . "

"Meh telefon kau . " Aku segera menaip nomborku di Iphoe miliknya .

"Nah " "Thanks ." Aku membalas dgn senyuman .

Aku meletakkan ais di kakiku . Hmm , tak sangka dapat jumpa Faiq lagi selepas 5 tahun . Ada jodoh kut .

Hehehe .

Faiq tak berubah . Tetap dgn perangai sengalnya . Tapi dia kelihatan semakin handsome . Kulitnya yg cerah , bermisai nipis , tinggi , rambutnya terpacak .. dia kelihatan seperti pelakon kegemaranku . Vincent Keller dalam cerita Beauty and The Beast .

Oh I like it so much . Gambar yg Faiq gunting itu aku tatap lagi . 'Aku akan pastikan gambar ni bersambung semula satu hari nanti .' Kata2 Faiq itu masih kedengaran di mindaku .

Apa maksud dia ?

Tiba2 lagu Marry Me nyanyian Mark Adam kedengaran . Ouh , telefonku berbunyi . Nombor siapa pulak ni ? Aku tak pernah tengok pun nombor ni .

"Assalammualaikum . Sapa ni ? "

"Waalaikummussalam . Ni akulah Faiq . "

"Aik .. macam mana kau dpt nombor aku ? "

"Kan petang tadi kau bagi aku . Remember ? " Ya Allah .. nyanyuknya aku .

"Hahaha .. gurau je ." Aku cuba untuk coverline . "Ada apa kau call aku ni ? "

"Kaki kau dh okay ? "

"Okaylah juga . "

"Agak2 esok boleh jalan tak ? "

"Boleh kut . Kenapa ? "

"Aku nak ajak kau gi taman . Dekat rumah kau tu ada tamankan ? "

"Haah . Boleh rasanya . Kau dtg jelah . Kau tunggu aku dkt taman . Pukul 9 boleh ? "

" Okay . Assalammualaikum . "

"Waalaikummussalam ." Balasku sebelum memutuskan talian . Orang gila ni nak jumpa aku buat apa ?

******************************

"Assalammualaikum .. Syu .. oh Syu . " Aku dengar seseorang memanggilku di luar . Mesti Faiq .

"Waalaikummussalam . Jom jalan . " Pahal budak ni ?

"Faiq ? Faiq ? FAIQ !! "

" Ish .. kau ni dah kenapa jerit2 ? " Ehh .. aku pulak .

"Hello .. kau tu yg pekak . Aku jeritlah . " Faiq hanya tersengih .

" Tulah kau . Cantik sgt kenapa . Tergoda aku . " Eww .. perverts . Aku hanya menjulingkan mata . Cantik ke ? Biasa je aku rasa . Aku memakai t-shirts lengan panjang berwarna biru , seluar track dan shawl berwarna pink .

"Jomlah . " Ajak Faiq .

Kami berjalan bersama-sama menuju ke taman . Setibanya di taman aku terus duduk di atas buaian .

Mujur pada pagi itu tidak ada budak2 . Cuma ada beberapa org lelaki sedang bersenam . Bolehlah aku bermain sepuas-puasnya .

Faiq mengambil tempat di sebelahku . Kami mengayun buaian secara perlahan . "Kau dah makan ? " kata Faiq memecah keheningan .

"Dah . Kau ? "

"Dah . " Suasana kembali sepi .

" Kau mesti dah ada buah hatikan ? " Aku tersentak . Dah kenapa tanya macam tu ?

"Belum . Kenapa ? " Faiq hanya tersenyum dan menggelengkan kepala .

"Kau ? " Soalku kepada Faiq .

" Belum . Tapi tak lama lagi akan ada . " Aku buat muka pelik lalu menjongketkan bahu tanda tidak kesah .

"Kau simpan lgi tak gambar yg aku gunting masa dekat pantai dulu ? "

"Simpan . Kenapa ? "

" Lusa ada reunionkan ? " Reunion ?

Flashback ..

Aku menerima sekeping kad . Kelihatannya seperti kad jemputan . Eh ? Ni bukan lencana sekolah aku ke dulu ?

Nur Syuhaimi Bt Mohd Syahmir Aiman . Anda dijemput untuk hadir ke reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenanga . Tingkatan 5 , batch 99 . Perjumpaan semula itu akan diadakan :

Tempat :
Dewan Bestari SMK Seri Kenanga.
Masa : 9:00 p.m - 12 : 00 p.m
Tarikh : 19/06/2021

Kehadiran anda sangat dihargai . Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu semula dengan rakan-rakan anda .

Aku dah agak dah tahun ni akan ada reunion . Sebab sekolah kitorang memang akan mengadakan reunion tingkatan 5 selepas 5 tahun .

End Flashback ..

"Haah ada reunion . Kenapa ? "

"Aku nak kau bawa gambar tu nanti . "

"Sebab ? "

" Adalah . " Faiq hanya tersenyum .

Gambar ? Suprise ? Emm .. whatever . Kami berbual-bual kosong sambil bermain - main seperti budak2 . Apabila matahari sudah terik , aku dan Faiq pulang ke rumah masing2 .

Reunion .. bisik hatiku sendirian sambil memikirkan apa yg akan berlaku pada hari lusa .

Jodoh ✔Where stories live. Discover now