Bab 1

77 2 0
                                        

 Lagi enam bulan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah berlansung, Asyraf seperti biasa, seorang yang amat suka ambil mudah akan setiap perkara yang bakal terjadi, meskipun dia merupakan antara pelajar cemerlang disekolah, tetapi perangai dia sangat seperti budak tak cukup IQ. "Wey. Cepat wey, kelas sebelah kosong, cepat kita ambil pasu bunga kelas sebelah, sementara diorang tak datang lagi, mana nak tau kot-kot rezeki kelas kita bulan ni menang anugerah kelas tercantik" kata Asyraf.

"Bana kau anugerah kelas tercantik, agak-agak kita ada komfem tak ada rezeki ye la, dah la bedal pasu kelas sebelah nak menang, nmpak sangat kita ni desprate ngok" celah Malik, antara rakan subahat yang turut terlibat dalam setiap 'jenayah' yang Asyraf lakukan disekolahnya.

"Wey cepat la korang datang tolong aku, nak ke tak nama kelas kita naik? Kalau naik nanti, korang jugak yang bangga kan?" memikiran yang ada betulnya juga, Malik, Amar dan Faiz pergi menolong rakannya melakukan pekerjaan 'mulia' demi nama kelas mereka. Sejurus lepas itu, Malik ternampak kelibat Farah, yang merupakan pelajar kelas 5 Bestari iaitu antara tiga kelas yang beraliran sains di Sekolah Menengah Bandar Putera.

"Nasib tak kantoi" Ujar Malik.

"Hah ? Amende yang nak kantoi ? " Faiz bagaikan turut terperanjat dengan kata-kata Malik.

"Tu hah, budak kelas sebelah dah datang, alhamdulillah la kalau dia tak bilang berapa pasu kelas dia yang still tinggal lagi." Malik menambah.

" Alah, kita bukan curi, kita cuma meminjam, kan macam yang kita belajar dalam Pendidikan Islam, iman seseorang muslim tak lengkap selagi dia tidak menyayangi sesama muslim yang lain, lebih dari dirinya, so, kalau diorang ada iman, mesti diorang sayang sesama muslim kan? So, tak salah, kalau dah sayang, kita pinjam barang diorang sekejap." Asyraf cuba menenangkan suasana dengan ayat yang baik ja ikut kepala beliau.

"Eh ! Jom la pergi perhimpunan, budak-budak lain dah tunggu dah tu" Amar yang terus bersuara selepas sekian lama menyepi.

Semua pelajar beransur ke tapak perhimpunan. Asyraf dan rakan-rakan berlalu pergi juga seperti pelajar lain.

Seperti biasa, pengetua akan menyampaikan ucapan yang dijanjinya hanya lima minit tetapi melarat sampai ke setengah jam.

"Nama yang saya sebutkan ni, sila berdiri, ke semua budak lelaki 5 Arif sila berdiri, dan nama siapa yang saya tak panggil sila duduk"

"Asyraf Zulkarnain bin Datuk Jaafar, Amar Safwan Bin Muzaffar, Muhammad Malik Zakwan Bin Safar, Ahmad Faiz Syukur Bin Razak. Okey semua nama yang saya sebut sila berdiri, yang tidak disebut boleh duduk." Kata pengetua.

Perut keempat sahabat itu bagaikan ada mesin gerudi didalam perut mereka, duduk tak senang perut rasa nak sakit semua datang time ni.

PudarStories to obsess over. Discover now