Bab 44

5.9K 113 2
                                    

Asya meletakkan handphone di sebelahnya. Dia memandang Airil di sebelah. Kelihatan Airil sedang syok menatap handphonenya.

'Tak habis-habis dengan game. Game. Game. Ergh'

"Abang", tegur Asya. "Ye sayang", balas Airil lembut.

'Amboi! Sopannya. Hari tu bukan kemain lagi marah kita. Grrr', fikir Asya.

"Asya ingat Asya nak balik rumah family Asya lah esok"

"Sayang nak balik berapa hari?"

"Dua minggu. Boleh?"

Airil mengukir senyum. "Mestilah boleh, sayang. Tengah hari esok kita gerak"

"Okay", Asya tersenyum riang.

"Tapi ada satu syarat"

"Apa dia?"

"Kiss pipi abang dulu", Airil menunjuk-nunjuk pipinya.

"Errr.. Gatal!", Asya menarik selimut sehingga menutup mukanya.

"Alaa.. Cepatlah sayang", pujuk Airil.

"Tak nak!"

"Hmm, tak apa tak apa. Tahulah apa abang nak buat kat sayang esok", Airil tersengih gatal.

Asya membuka selimutnya lalu mengenggam tangannya. "Kalau abang nak rasa buku lima Asya ni buatlah"

"Tak takut pun. Werk!", Airil menjelirkan lidahnya.

"Eee! Menyampah!", Asya menutup muka dengan selimut semula. "Menyampah tapi sayang. Kan kan?", balas Airil bangga. Ceyh!

"Tak! Dah, diam. Asya nak tidur. Mengantuk"

"Good night sayang. Mimpi abang tau. Hehe", usik Airil. Tak habis-habis lagi. Mengusik Asya je tahu. Kesian Asya.

"Good night too.Tak nak mimpi abang. Nak mimpi AS"

Airil terus membuka matanya lalu menoleh ke sebelah. "AS? Siapa tu?"

Asya diam tidak menjawab soalan Airil. Lantas Airil membuka selimut. Dia tersenyum sendiri apabila terlihat Asya yang telah lena.

"AS? Siapa AS tu? Tak apa. Nanti aku tanya dia", segera Airil menutup lampu tidur.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Selepas bersarapan, Asya membantu Cik Lin mencuci pinggan. Rajinnya. Aceceh.

"Pukul berapa Asya gerak balik rumah family Asya?", tanya Cik Lin.

"Dalam pukul 12 macam tu kot. Airil kata dia nak gerak tengah hari"

"So, korang lunch kat sana lah nanti?"

"Ye lah agaknya"

Berkerut dahi Cik Lin kerana terlihat Airil di pintu dapur. Airil tersenyum kepadanya.

Cik Lin menggeleng-gelengkan kepala. 'Ada-ada je Airil ni', fikirnya.

"Hmm, ye lah. Cik Lin nak ke ruang tamu dulu. Nak jalankan tugas Cik Lin"

"Okay, Cik Lin"

Lantas Cik Lin menuju ke ruang tamu. "Menyakat Asya je kerja ye?", perli Cik Lin lalu menarik perlahan telinga Airil. "Aduh! Mana ada Cik Lin. Airil saja je nak gurau-gurau manja dengan Asya", balas Airil dengan nada perlahan.

Cik Lin hanya diam lalu meneruskan langkah ke ruang tamu. Segera Airil berjalan perlahan ke arah isterinya.

Airil tersengih sendirian lalu apabila tangannya ingin memeluk pinggang Asya, Asya mengalihkan tubuhnya ke arah belakang.

Ya, Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now