Bab 33

4.5K 110 0
                                    

'Apa aku nak jawab dengan bonda dan ayahanda pasal Asya? Dengan ibu dan abah? Haihh', Airil melangkah lemah masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam. Lambatnya balik. Asya mana?", soal Puan Tengku Marliana. Pelik melihat Airil yang keseorangan.

"Asya tak balik lagi?"

"Belum. Tak ada pun. Laa, bukan ke Asya dengan Airil?"

"Arrr, Airil ingat Asya dah balik dulu"

"Belum. Asya belum balik lagi. Airil, cakap dengan bonda betul-betul. Asya pergi mana?", soal Puan Tengku Marliana dengan nada kerisauan. Siapa tak risau kalau orang yang tersayang hilang secara tiba-tiba? Hmm.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya membuka matanya dengan perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit. Pening. Dia menyedari dirinya telah diikat di kedua-dua belah tangan serta kakinya dan terbaring lemah di atas katil di dalam sebuah bilik. Dia terlihat Izwan juga diikat dan terbaring di atas sebuah sofa.

'Izwan? Macam mana dia boleh ada kat sini? Errr, peningnya kepala aku'

"Izwan.. Izwan..", panggil Asya perlahan. 'Nasib baik mulut aku ni tak dilekat dengan gam plaster. Kalau tak, jangan haraplah boleh bercakap dengan jelas', fikirnya.

'Aku kat mana ni? Airil.. ibu.. abah.. abang Afiq.. bonda.. ayahanda.. Tolong Asya..', air mata Asya mula menitis. Dia cuba untuk membuka ikatan tangannya tetapi gagal.

"Ketatnya!"

'Ya Allah, Bantulah hambaMu ini.. Hanya padaMu sahaja aku meminta pertolongan. Bantulah hamba dan Izwan. Bantulah kami, Ya Allah'

Tombol pintu bilik itu dipulas oleh seseorang. Din masuk ke dalam sambil membawa dua bungkus nasi goreng untuk Asya dan Izwan.

"Hai, adik manis! Baru sedar ke? Mesti adik lapar kan? Ni abang Din ada bawakan makanan", ujar Din sambil tersengih. Dia duduk di sebelah Asya. Tangannya ingin menyentuh pipi Asya tetapi Asya sempat mengelak.

"Siapa kau?! Kau jangan berani nak sentuh aku!", tengking Asya.

"Hahaha! Garangnya. Tak apa, abang suka gadis yang garang macam Asya ni. Dahlah cantik, comel, cun. Tapi sayangnya dah jadi isteri orang. Haihh, terlepaslah nampaknya"

"Kau tak payah nak mengarut sangat lah! Baik kau cakap sekarang, siapa bos kau hah?! Dia nak apa sebenarnya?!"

"Din, apa bising-bising ni? Ehh, si cantik dah bangun rupanya", tegur Man yang berdiri di muka pintu. Badri di sebelahnya pula hanya mendiamkan diri.

"Siapa bos abang? Haa, sekejap lagi dia sampai lah. So, sekarang ni Asya kena makan dulu. Okay?", sambung Din lagi.

"Aku tak nak makan! Aku tak nak apa-apa pun dari korang! Tolonglah, lepaskan aku dan kawan aku", rayu Asya lalu memandang Izwan yang masih belum sedarkan diri.

"Ehh, tak boleh lah Asya. Nanti bos kitaorang marah. Kang tak pasal-pasal kitaorang tak dapat duit", jawab Man pula.

"Korang nak duit? Okay. Korang cakap je berapa yang korang nak. Aku sanggup bagi asalkan korang lepaskan aku dan kawan aku"

"Tak boleh", celah satu suara.

Helmi sedang berdiri di tengah-tengah antara Man dan Badri. Asya tersentak.

"Helmi?"

Helmi melangkah menuju ke katil dan duduk di sebelah Asya. Lantas Din bangun dan melangkah kepada Man dan Badri.

"Ye, sayang", balas Helmi dengan sebuah senyuman sinis.

"Kau! Kenapa kau culik aku hah? Dan kenapa kau nak libatkan Izwan?!"

Ya, Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now