Bab 38

4.6K 118 2
                                    

Tok! Tok!

Asya mengetuk pintu kelas itu lalu melangkah masuk menuju ke meja guru. Aina pula hanya berdiri di pintu kelas tersebut.

"Assalamualaikum, Cikgu Zarina. Maaf saya mengganggu kelas cikgu", ucap Asya sopan. "Waalaikumusalam, tak apa. Ye, Asya cari siapa?", balas Cikgu Zarina.

"Saya nak jumpa dengan pelajar lelaki yang kat belakang tu, cikgu. Sekejap je. Boleh, cikgu?"

"Okay, boleh. Khairul, kak Asya nak jumpa dengan kamu sekejap", panggil Cikgu Zarina.

'Ouhh, nama budak tu Khairul rupanya', fikir Asya.

"Baik, cikgu", balas pelajar itu lalu bangun dan melangkah menuju ke hadapan kelas.

"Terima kasih, cikgu", ucap Asya. Cikgu Zarina hanya mengangguk. Lantas Asya menuju ke pintu kelas tersebut. Pelajar itu mengikutinya dari belakang.

"Dik, ni akak nak tanya.."

"Kak, saya minta maaf kak. Saya tahu saya salah. Saya terpaksa buat semua tu, kak. Maafkan saya, kak. Saya merayu", ujar pelajar itu dengan nada kesal.

Asya tergamam setelah mendengar penjelasan pelajar tersebut. Dia memandang Aina di sebelah. Aina hanya diam.

"Hmm, macam ni lah. Akak akan maafkan adik kalau adik bagitahu siapa yang suruh adik ajak akak ke bus stop hari tu. Okay?", balas Asya. Pelajar itu mengangguk setuju lalu tunduk memandang lantai.

"Abang Helmi. Waktu tu saya tengah tunggu mak saya datang kat bus stop. Lepas tu, abang Helmi datang nak minta tolong. Tapi saya tak nak. Dia ugut saya. Kalau saya tak nak tolong dia, dia akan pukul saya. Saya terpaksa tolong dia. Saya minta maaf kak", luah pelajar itu.

"Eee! Teruk betul lah si Helmi tu! Asya, aku dah agak dah mesti dia ugut Khairul ni", balas Aina geram.

"Hmm, ye lah. Tak apa, akak maafkan Khairul. Khairul jangan risau pasal abang Helmi tu. Dia sakit jiwa sebenarnya. Sebab tu dia buat macam tu. Akak akan pastikan lepas ni dia takkan ugut Khairul lagi. Okay?", ujar Asya. Khairul hanya mengangguk dan tersenyum.

"Terima kasih, kak", ucap Khairul. "Sama-sama. Dah, cepat masuk kelas. Nanti ketinggalan pulak", Asya mengukir senyum. Khairul akur lalu melangkah masuk ke kelasnya.

"Kesian pulak aku tengok Khairul tu. Helmi ni memang..ishh! Geram pulak aku dengan mamat sakit jiwa tu", Aina mengetap bibir lalu memeluk tubuh.

"Entahlah, Aina. Hmm", Asya kehilangan kata-kata. "Ermm. Jomlah masuk kelas. Waktu Maths dah nak habis ni", Aina melihat jam tangannya.

"Jom", mereka beredar dari situ menuju ke kelas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya dan Aina lantas melangkah ke tempat duduk setelah tiba di pintu kelas mereka. Kelihatan Izwan dan Amir sedang bersandar pada kerusi masing-masing. Haihh, penat ke? Heh.

"Haihh, penat nampak?", perli Aina yang sedang membuka botol minuman untuk menghilangkan dahaga. Asya pula hanya tersenyum hambar melihat kerenah Izwan dan Amir yang berada di belakang mereka.

"Penat lah. Aku rasa macam dah tawaf satu blok ni dah", jawab Amir dengan muka seposennya. Eh tak. Dua posen lah. Errr.

"Elehh, baru tawaf satu blok je. Bukannya merentas desa satu bandar", perli Aina lagi. "Ishh, dah lah. Bising lah korang ni. So, macam mana? Korang jumpa tak budak tu?", celah Izwan tiba-tiba.

"Dah. Nama budak tu Khairul. Kelas 1 Cerdas", balas Asya. "Haa, dia cakap apa?", soal Amir pula.

"Memang betul lah Helmi yang suruh dia. Dia terpaksa buat semua tu sebab si Helmi tu ugut dia", cerita Asya. "Ha ah. Kesian kitaorang tengok Khairul tu. Sampai merayu minta maaf kat Asya tadi", sambung Aina.

"Hmph! Aku dah agak dah! Mesti kerja mamat tu lah", balas Amir. "Khairul tu merayu minta maaf kat Asya?", soal Izwan.

"Ha ah. Saya dah maafkan dia. Dia tak salah. Helmi yang salah", balas Asya. "Hmm, apa-apa pun kita kena cari bukti lagi. Biar Helmi kena buang sekolah terus", balas Aina pula. Izwan dan Amir mengangguk setuju.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ketika itu Asya sedang menatap handphone sambil menunggu Airil di pondok yang berdekatan dengan dewan sekolah.

"Asya!"

Asya menoleh ke arah empunya suara yang memanggil namanya. Kelihatan Damia sedang melangkah menuju ke arahnya.

'Haihh, minah ni lagi'

"Hei, perempuan! You ni memang tak faham bahasa Melayu erk? Kenapa you susah sangat nak lepaskan Airil hah?", marah Damia. Asya terus berdiri setelah mendengar kata-kata Damia.

"Dia suami saya. Saya takkan lepaskan dia", kata Asya.

Pakk!

Sebuah tamparan menghinggap di pipi kanan Asya. Dia memegang pipinya yang terasa sakit dek kerana tamparan Damia.

'Seumur hidup aku, tak pernah pun ada orang yang tampar aku. Ibu dan abah aku sendiri pun tak pernah tampar aku', getus hatinya.

"Damia!", laung Airil. Lantas dia melangkah kepada Asya dan Damia yang berada di pondok sebelah dewan itu.

'Alamak! Mesti Airil nampak aku tampar Asya tadi', fikir Damia.

"Kenapa you tampar isteri i hah?", bentak Airil. Dia merenung tajam memandang Damia di hadapannya.

"Airil, i..i.."

"Dah! Blahh! And stay away from me and my wife!"

Damia mendengus geram lalu beredar dari situ. Asya hanya diam memandang Damia yang telah pergi.

"Sorry, sayang. Abang tak sangka dia berani tampar sayang", ucap Airil. Dia melihat pipi Asya yang kemerahan. 'Kalau aku turun cepat-cepat tadi, mesti benda ni takkan jadi. Haihh', fikirnya.

"Tak apa. Bukan salah abang. Jomlah balik", ajak Asya. Airil akur lalu mengikuti Asya dari belakang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Arghh!", jerit Damia lalu mengambil bantal-bantal dan selimutnya dan dicampakkannya ke atas lantai.

"Tak guna punya perempuan!"

Tok! Tok! Tok! Tok!

"Damia, open the door. Apa yang Damia buat kat dalam tu. Damia!", panggil Puan Tengku Fazliana sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Damia. Dipulasnya tombol pintu itu tetapi berkunci.

Lantas dia melangkah ke meja solek di biliknya untuk mengambil kunci pendua lalu kembali semula ke bilik Damia. Dia membuka pintu bilik tersebut.

"Ya Allah! Damia!", dia terkejut melihat bilik anaknya yang berselerak dengan bantal-bantal dan selimut di atas lantai lalu dia melangkah ke katil Damia. Kelihatan Damia sedang duduk memeluk lutut di atas katil dengan rambutnya yang berserabai.

"Mia, kenapa ni sayang? Cuba cerita kat mama", tanya Puan Tengku Fazliana lembut. Dia terdengar suara Damia yang teresak-esak kerana menangis.

"Mama!", Damia memeluk mamanya yang berada di sebelahnya. "Mia sayangkan dia, ma. Mia tak nak kehilangan dia", ujarnya.

"Siapa? Airil?", teka Puan Tengku Fazliana. Damia mengangguk perlahan.

"Dahlah, Mia. Mia kena move on, sayang. Mia kena terima kenyataan yang Airil dah kahwin"

"Tak, ma! Mia tak boleh lupakan dia. Mama tahukan betapa rindunya Mia kat dia masa kita kat Singapura dulu? Mia tak boleh move on, ma. Tak boleh, ma. I can't", Damia mengelap air matanya.

Puan Tengku Fazliana hanya diam memandang anaknya itu. Dia tidak menyangka bahawa Damia terlalu sayangkan Airil.

"Dahlah, Mia. Mia dengar cakap mama ni. Mia kena lupakan dia. Mama yakin jodoh Mia mesti lagi baik daripada Airil. Sekarang ni, Mia fokus dengan pelajaran dulu erh sayang? Mama nak Mia nak dapat result yang bagus dalam exam. Boleh, sayang?", Puan Tengku Fazliana mengelus lembut pipi anak tunggalnya itu. Damia hanya diam dan mengangguk lemah.

"Mia cuba", balasnya. "Haa, macam tu lah anak mama", Puan Tengku Fazliana memeluk erat anaknya.

Ya, Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now