Bab 6

9.6K 276 0
                                    

Pintu bilik Eyqasara diketuk dari luar.Belum sempat Eyqa memberi kebenaran,orangnya sudah masuk ke dalam.

"Eyqa,tadi Harraz call."

Spontan Eyqasara mencebik mendengar nama jantan itu.

"Apa kamu ni,tak baik tau buat muka macam tu" kata Puan Zulaikha.

"Habis tu?Mama nak Eyqa senyum heeee macam orang gila?" tanya Eyqasara sinis.

Geram dia dengan Harraz.Kalau boleh,memang lama dah aku terajang mamat playboy tu sampai terjatuh dekat lautan hindi tu!Peristiwa yang berlaku 2 minggu lepas masih segar dalam ingatan Eyqasara.

"Kamu ada masalah dengan Harraz?" tanya Puan Zulaikha lembut.Sungguh,dia kenal dengan sikap Harraz Adam tu.Tapi,Puan Maria sudah berkata bahawa Eyqasara sahaja yang boleh mengubah sikap Harraz.Puan Zulaikha faham perasaan anaknya kini.

"Mama,minggu lepas,Eyqa tengok Harraz dengan perempuan lain dekat satu restoran ni."

Puan Zulaikha tidak menunjukkan riak wajah terkejut.Sebagai mana yang dikatakan tadi,dia faham.

"Eyqa,mama nak Eyqa sentiasa bersabar walau apa pun.Mama minta,lepas Eyqa kahwin nanti,tolonglah ubah sikap Harraz tu.Buat lah dia sayang dengan kamu eyqa.Ingat,syurga di bawah telapak kaki suami kamu nanti."

Syurga di bawah tapak kaki Harraz?UGH!Aku mana tau macam mana nak bagi Harraz tu sayang aku!Dia ish dia terlalu beku sangat lah,susah nak cair!Dan aku ni bukan taste dia,tengok perempuan haritu,pakai seksi seksi!Harraz kan kaya?Kenapa dia tak nak tolong perempuan tu beli kain ekstra sikit?Tak malu ke pakai baju pendek macam tu?Ingat barbie doll sangatlah?Astaghfirullah,tak baik mengata orang Eyqa..Eyqa.Dia menarik nafas dalam dan menghembuskan perlahan.

"Eyqa..bukannya Eyqa tak nak tapi Harraz,dia bukan jenis lelaki yang err yang senang diubah"

Puan Zulaikha senyum tawar.Kasihan betul nasib anak aku.

"Sebab tu mama dan aunty Maria jodohkan kamu dengan Harraz.Kenapa?Sebab kami percaya yang Eyqa dapat ubah sikap Harraz Adam." panjang lebar penerangan Puan Zulaikha.

"Mama tau tak Harraz kat mana sekarang?"

"Dia lagi dekat Tokyo,tunggu next flight err tak silap mama..dia sampai petang esok kut"

Tokyo?Dia buat apa kat tokyo?

"Dia buat apa kat sana?" tanya Eyqasara.

"Laa..kamu ni,kan dia kerja pilot,tak tau ke tak ingat?"

"Eh ya jugak heeee..oklah ma,Eyqa ngantok lah.Lagipun esok nak breakfast dengan Marsha.Pengantin baru tuu hahahah"

Puan Zulaikha hanya senyum dan menggelengkan kepalanya.Macam macam kerenah anak aku ni.Aduii..

"Aaa ni..nasib baik tak lupa,tadi Harraz call,dia cakap malam esok dinner lagi"

Eyqasara menepuk dahi.Perlu ke aku jumpa mamat tu lagi ish!

Sayangku Mr.Pilot✈️Where stories live. Discover now