BAB 1

77 3 1
                                    

"Ain, jom main kawin-kawin.."
Pinta Zara

"Jom! "

" Zara jadi isteri, Abang Am jadi suami, Ain jadi orang gaji! "
kata Zara sambil menarik-narik tangan Abang Am

" Mana boleh, Ain kena jadi isteri.. tak kira! Nak jugak! "
Ain membangkang.

Tunggu masa sahaja untuk air matanya itu mengalir deras.

'Dah mula dah.. '
detus hati Am

" Kalau macam tu, Ain tak payah main lah! Biar Zara dengan Abang Am je yang main! "
dengus Zara kasar

" Aku tak nak main, aku nak main bola dengan Adam kat padang"

Am berkata selamba tanpa mempedulikan Zara dan Ain lalu terus berjalan meninggalkan mereka berdua yang sedang terpinga-pinga

"Tengok! Kan Abang Am dah taknak main! Ni semua Ain punya pasal! "

" Tapi... Ain isteri Abang Am"
balasnya dengan tersedu-sedan.

Secara tiba tiba, seorang lelaki menghampiri mereka.

"Abang Adam! " jerit Ain

" Hah! Kali ni ape yang kau buat kat adik aku ni Zara! "
Wajah Zara dijeling sekilas.

Zara berlari pulang ketakutan.

" Dah, dah.. lain kali jangan main dengan Zara. Daripada adik main dengan Zara, baik tolong umi buat kerja rumah.. dapat pahala tau.. dah dah.. syuh syuh"

dia memujuk adiknya seraya mengejar Adam yang semakin menjauh.

"Woi!! Tunggulah aku!! "
tiada reaksi dari Am.

Akhirnya, Adam dapat juga mengejar Am.

"Am, adik aku tu kenapa nangis, ni mesti sebab kau.. kan?.."

" Kau jangan nak menuduh sembarangan ye.. Adik kesayangan kau tu dengan Zara paksa aku main kawin kawin.. Aku blah lah.. Bukan aku yang buat ye"

dia menjawab dengan nada tidak puas hati. Mana taknya,kena serkap jarang.. Ada ke orang suka dibuat macam tu?

Author rasa tak de kot.

"Sorry lah bro, jangan marah marah, nanti.. silap silap haribulan adik aku tak suka kau sebab muka macam tahi"
Adam berkata sempoi dan dia juga merangkap sepupu kepada Am.

'Sorry.. Author tak bagitau awal awal.. Idea tak berkembang.. heheh'

"Banyaklah kau punya tahi, kalau muka aku ni macam tahi, takdenye adik kau tangkap cintan dengan aku!"

Am melangkah laju meninggalkan Adam.

Sakit hatinya memikirkan Adam yang sentiasa menangkan adiknya.

" Tunggu lah woi! "
Jerit Adam

------------------
11 tahun kemudian

" Mana bas ni?Harini dah lah first day aku masuk kerja"
bebel Ain sendirian.
Sekali imbas macam orang gila pun ada.
Ke hulu, ke hilir di bus stop
"Tak boleh jadi ni, aku kena naik teksi jugak! Kering pun kering la.Asalkan tak kena sembur dengan bos"

Dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu dihalapan bus stop tersebut

"Pakcik! AA Company! Cepat pakcik! Saya dah lambat pergi kerja ni"
Arah Ain

'Aduh, matilah aku.. '
keluh Ain sendirian
-----------
Ain melangkah berhati hati ke dalam bilik pejabat nya. Jangan pelik, masa interview haritu dia terus diterima sebagai PA bos. So, tahulah biliknya di mana.

"Ain Narysa!!!" Jerit mamat tepung sekaligus merangkap bosnya

' Alamak, matilah aku '

--------
"First day kerja dah lambat!  Mana disiplin awak sebagai PA saya? Hell?!  Pakcik Guard yang kat bawah tu pun lebih berdisiplin dari awak! Hari hari datang awal dari sepatutnya.. Awak.... "

Kata kata Tengku Ammar segera dipotong

" Lewat lima minit je pun bos. Takkan tu pun nak berkira. Lagipun bukan salah saya! Saya tunggu kat bus stop dari awal kot! Bas tu yang salah! Siapa suruh dia tak muncul muncul? Salahkan lah bas tu!"

Dan, kesabaran Tengku Ammar tiba ke kemuncak

"Tahniah Cik Ain Narysa. Awak telah membuktikan kepada saya bahawa awak bukan sahaja tiada disiplin, malah tiada adab.  Tahniah sekali lagi saya ucapkan!"

Bicara Tengku Ammar sambil tersenyum sinis.

"Sama-sama bos, terima kasih. terima kasih "
Balas Ain dengan tersenyum bangganya. Namun, apabila tersedar yang dia tersalah cakap, dia menepuk mulutnya sendiri
'aduh, bodohnya kau Tengku Ain!'

" Ain Narysa!  You are fired! "

'sudahh'

Dia PilihankuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora