Part 20:Oh No

1.7K 174 10
                                    

(Raemin POV)
Aku hanya merenung wajah Taehyung yang dari tadi tergamam lepas apa yang aku cakap.

RAEMIN:Kenapa diam? Takut Taemin bencikan awak? Benda betul kan?

TAEHYUNG:Raemin kalau nak bagitau Taemin pasal n---

RAEMIN:Memang saya ada terfikir nak bagitau dia pun. Kenapa?

Taehyung meletakkan gelas di atas kaunter meja dan mengeluh.

TAEHYUNG:Kalau tu yang terbaik untuk Taemin dan boleh dapatkan balik kepercayaan Raemin kat oppa, oppa tak kisah.

Aku terkedu dengan apa yang dia cakapkan. Aku rasa bersalah pada masa yang sama.

RAEMIN:Kalau bagitau dia pun saya rasa masalah antara kita tak selesai. So, no use telling Taemin semua tu.

Aku terus melangkah keluar dari dapur dan menuju ke bilik. Aku nak mandi. Tenangkan otak yang tengah serabut dan panas ni.

Skip

Aku melangkah keluar dari bilik air sambil menggosokkan tuala pada rambut. Baju aku ditarik ke bawah kerana terselak di bahagian belakang. Tiba-tiba telefon aku berkelip-kelip menandakan ada mesej masuk.

Aku buka dan angkat. Mesej dari Hyunji.

From:Hyunji
At 6:35 p.m
Raemin a.k.a my boss ni hah kan big boss tanya BTS punya next schedule bila?

To:Hyunji
At 6:36 p.m
Oh schedule untuk harini dah habis. Esok schedule lain. Photoshoot dekat Statue Liberty.

From:Hyunji
At 6:36 p.m
Oh okay nanti aku bagitau dia. Btw dia x call kau terus sebab phone dia rosak.

To:Hyunji
At 6:37 p.m
Lagi? Teruk betul budak pendek ni.

From:Hyunji
At 6:37 p.m
Hahah... Tulah pasal. Weh kau dengan... Tu macam mana?

To:Hyunji
At 6:37 p.m
Aku dengan... Siapa?

From:Hyunji
At 6:38 p.m
Ala kau ni... Taehyung la. Kan dia tinggal dalam rumah kau. Apa reaksi omma kau dengan anak kau?

Aku terfikir seketika.

To:Hyunji
At 6:40 p.m
Cam biasa je. Tapi aku takkan benarkan dia rapat dengan anak aku.

Lalu aku tutup telefon dan menghala ke luar setelah rambut aku kering sepenuhnya. Aku hanya mengenakan baju blouse paras lutut dan tas tangan berwarna putih. Simple dah la.

Aku sampai saja di tangga, aku terdengar suara Taemin ketawa. Aku melangkh perlahan ke biliknya yang terbuka sikit pintu.

TAEMIN:Appa! Cantik kan Jin oppa beli?

TAEHYUNG:Eo yeppeo yeppeo.

Taehyung melutut di depan Taemin sambil memeluk pinggangnya. Taehyung mencubit pipi Taemin dan membuatkan Taemin ketawa. Kemudian yang membuat air mata aku hampir tumpah bila Taehyung menggeselkan hidungnya dengan Taemin. Taemin tersengih.

Mesti Taemin sangat perlukan kasih sayang dari Taehyung...

Aku tak nak ganggu diorang dan melanglah ke bawah. Aku lihat members yang lain da pun bersiap dan menunggu di bawah.

JIMIN:Eo Raemin? Nampak Taehyung tak?

Aku berdehem dan memandang Jimin.

RAEMIN:Dia uh.. Dekat bilik Taemin.

나는잃어버린아내를찾았습니다 (BTS V/OG)Where stories live. Discover now