Part 3

36 8 0
                                        


*Pledis Arts Gallery *

Hana masuk ke dalam gallery, dan terus menuju ke lif..Tujuannya kesini hanya satu , iaitu dia ingin memohon pertukaran cawagan..dia berharap sangat , En. park akan meluluskan permohonan pertukaran ini..dia tidak mahu berpisah dengan Shina.. dan yang paling dia risau ialah, dia takut untuk meninggalkan Shina bersendirian... bukan dia seorang sahaja, malah Oppa Mingyu dan Oppa I.M juga pasti akan melakukan perkara yang sama...

*tok tok tok*

Hana mengetuk pintu bilik En.Park .. "Masuk" balas orang yang berada di dalam bilik itu.. Hana memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu... "Duduk" arah En.Park kepada Hana..Hana lantas menarik kerusi untuk duduk.. "Jadi, kenapa kamu nak jumpa saya ye cik Hana?" Tanya En.Park... "Macam ni, saya ingin memohon pertukaran tempat kerja.." Kata Hana..

"Pertukaran tempat kerja? di mana? Dan boleh saya tahu sebab sebab kamu mahu ditukarkan?" Tanya En.Park dengan kerutan di dahi.. "Ye, En park.. saya nak minta ditukarkan ke cawangan yang berada di Seoul.. salah satu sebab saya ialah, Oppa saya meminta saya untuk berpindah ke sana atas urusan peribadi" balas Hana...

"hemm, kalau macam tu, baik lah saya luluskan, disebabkan selama kamu bekerja disini prestasi kerja kamu sangat memuaskan, jadi esok saya akan inform pada orang di cawangan Seoul untuk pertukaran ini.." Kata En.Park .. "Terima Kasih En.Park.." Hana berasa gembira kerana akhirnya dia diluluskan untuk berpindah ke Seoul.. "Kalau macam tu saya minta diri dulu ye En.Park" Hana menunduk kan kepalanya sebelum melangkah pergi..

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

*CAFE*

Shina melangkah masuk ke cafe dengan lemah, sebolehnya dia tak nak pindah ke Seoul , Tapi apa boleh buat.. kalau dia melawan cakap oppanya.. Habis la dia... Shina menuju ke bilik En.Yoon yang terletak di bahagian belakang dapur...Di bibir nya terukir sebuah senyuman tawar..Shina mengetuk pintu bilik En.Yoon sebelum dipanggil masuk..

"Ye shina, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya En.Yoon kepada shina sebaik sahaja shina duduk di kerusi berhadapan dengannya.. "Ermm.. sa..saya huh.." .. sejak bila aku cakap tergagap gagap ni kata Shina di dalam hati.. En.Yoon memandang tepat ke arah Shina yang kelihatan gelisah.. Shina mengeluarkan sampul surat di dalam beg, dan diletakkan di atas meja.."Saya nak berhenti kerja " kata Shina laju..

huh akhirnya dia mampu menarik nafas.. En.Yoon memandang Shina dengan riak terkejut.." berhenti? Kenapa? " kata En.Yoon dengan perasaan tidak puas hati .. "Saya akan pindah tak lama lagi" Kata shina dengan lancar.. "Pindah? Awak ni ada banyak sangat ke duit sampai nak pindah pindah bagai.. Kalau saya tak luluskan surat ni macam mana? " kata-kata En.Yoon membuatkan Shina naik bengang.. tak guna punya orang tua Shina menyumpah lelaki itu di dalam hati..

"Huh! Ingat aku ni tak mampu ke nak pindah randah... Selama ni aku diamkan aja apa yang kau buat, dah la bayar gaji pun lambat..ada hati nak mengata aku..kalau bukan disebabkan aku ni taksup sangat dengan kopi, tak de maknanya aku nak kerja kat sini tau tak!!" Hilang sudah perkataan awak-saya dan rasa hormat dia pada En.Yoon..

Shina lantas bangkit dan menuju ke pintu sebelum menghempas pintu bilik itu dengan kuat.. Shina berlalu keluar dari Cafe dengan perasaan geram.. panggilan dari rakan-rakan sekerjanya tidak dihiraukan.. "Tak guna betul, kau belum kenal aku siapa! " Shina menelefon seyong untuk meminta pertolongan..

Incoming Call

📲 Shina

Seyong menjawab panggilan tersebut.. "Yes beb? .. ada apa call aku ni? " Seyong pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan oleh Shina.. " Aku nak kau tolong aku, kau tau kan aku kerja kat mana.? Aku nak kau kerja kan seseorang... nanti aku send gambar dia dekat kau" Shina memutuskan panggilan dan menghantar gambar kepada Seyong..

Mesej 📩

●Shina

Kau dapat tak gambar tu?

Seyong ●

Dapat.. jangan risau tau la
Aku nak buat apa nanti.

●Shina

Okay..thanks beb..dah settle
Inform aku..bye.

Seyong ●

Orite 👌.

Seyong mula membuka gallery untuk melihat gambar yang dihantar oleh Shina sebentar tadi.. "Ermm nasib kau la orang tua..kau silap cari lawan..kau tak kenal lagi Shina tu macam mana.. dalam dia, dia tu menakutkan.." Seyong menggeleng kepala nya.. "I just hope that she will be herself back..one day" ..

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

*Rumah *

Shina melangkah masuk, sebelum menghempaskan badan di sofa..dia mengeluh kuat..Hana yang baru turun dari tingkat atas memandang ke arah Shina yang kelihatan tidak bermaya..Hana berjalan ke arah sofa dan menegur Shina.."Shina wae? " tanya Hana.. Risau dia melihat Shina yang tidak bermaya itu.. Shina menggelengkan kepala tanda dia tidak apa apa..

"Shina~~ , eh tidur?" Hana memandang Shina yang dah tertidur di sofa.. Hana bangkit lantas menuju ke bilik untuk mengambil Selimut.. Hana menyelimutkan Shina supaya dia tidak ke sejukan.. "Shina-ah, Hana rindu Shina yang dulu" kata Hana sambil memandang tepat ke arah Shina yang sedang nyenyak tidur..

Hana hanya mampu tersenyum tawar memandang Shina sebelum meninggalkan Shina di ruang tamu dan melangkah naik ke atas untuk sambung tidur memandangkan sekarang dah pukul 12:00 malam..Niatnya untuk minum air sebentar tadi diabaikan..

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

*Flashback*

Semasa En.Yoon keluar dari Cafe, dia rasa dirinya diekori oleh seseorang, tapi setiap kali dia menoleh ke belakang.. tiada sesiapa pun yang kelihatan.. En.Yoon membuka langkah menuju ke kereta yang di parking di belakang Cafe... Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, tangan nya ditarik membuatkan dia berpusing menghadap gerangan yang menarik nya..

"Kau na..nak a.. apa..dari aku?" Tanya En.Yoon tergagap gagap.. Seyong smirk sebelum membelasah En.Yoon.. "Ni semua silap kau sendiri, pandai buat, pandai la kau tanggung " Kata seyong.. "Sebelum tu, kalau aku tau kau buat macam² kat Shina, siap kau..and btw kau jangan berani nak report pasal hal ni" Seyong terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu..

En.Yoon terpinga-pinga seketika.. dan perasaan takut mula menjalar dalam diri.. nampak nya dia salah dalam menilai Shina..dia tak sangka gadis pendiam itu, rupanya mempunyai satu sisi yang lain...En.Yoon terus bangun dan berlari menuju ke kereta sebelum memecut keluar dari Perkarangan Cafe..

"Shina.. aku dah buat apa yang kau suruh.. lepas ni dia tak akan kacau kau lagi.." kata kata yang keluar dari mulut seyong membuat kan Shina mengukir senyuman.. "Thank you beb.." Shina memeluk seyong oleh kerana terlalu gembira.. "my pleasure dear" Seyong membalas pelukan Shina dengan erat.. Sesungguhnya dia sangat menyayangi Shina, baginya kebahagiaan Shina.. kebahagiaan jugak..



Read and enjoy guys.. vote and comment 😄

~Us Now~ (On Hold)Where stories live. Discover now