"Abang ngah tu macam boyfriend abang Ben kan? " Sampuk Tengku Hakimi.

"Isy, apa cakap macam tu!" Tegur Mak Engku pantas sambil mencubit paha kiri anak bongsunya. Terus Tengku Hakimi mengaduh sakit.

Aku seolah-olah tidak mendengar apa yang Mak Engku bebelkan pada Tengku Hakimi. Perkataan 'boyfriend' yang baru disebut oleh Tengku Hakimi sebentar tadi seakan-akan bergema di dalam kepalaku. Aku mengalihkan pandangan ke luar rumah.

"Nuha keluar kejap ya. Nak jumpa Ben." Balasku dan bangun dari sofa yang menjadi tempat dudukku. Memang aku sudah tidak tahan untuk menjadi kawan baik Detective Conan. Aku nak tahu jugak apa yang Benyamin dan Tengku Fiqrash sedang lakukan di luar rumah.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke pintu dan dari jauh aku dapat melihat Benyamin yang sedang rancak berbual dengan Tengku Fiqrash. Mesra betul mereka berdua. Siap bergelak sakan lagi. Nasib baik tak bertepuk bertampar di situ. Entah-entah, memang mamat kutub utara ni tak straight kut. Huh, seram!

"Kau ni, betul ke nak kahwin?" Telingaku menangkap suara Tengku Fiqrash yang sedang bertanya. Aku memberhentikan langkah dan menyembunyikan diri di sebalik tiang, cuba memasang telinga.

"Aku dah bertunang dah pun. Mestilah lepas ni akan kahwin." Jawab Benyamin tanpa nada.

"Tapi, kau ni tiba-tiba nak kahwin. Kenapa? Kau kena perangkap dengan dia ke apa?" Soal Tengku Fiqrash.

Aku tersentak. Sungguh mulut anak lelaki kedua Mak Engku ni tak ada insurans langsung! Siapa yang perangkap siapa sebenarnya?

"Bukanlah." Jawab Benyamin.

"Mana kau kenal budak perempuan tu?" Soal Tengku Fiqrash.

"Bukan budaklah. Dia tua setahun daripada kita lah."

"Tak kisahlah, aku tengok macam muka budak je."

"Dia lawyer aku."

"Lawyer kau?"

"Yup. Lawyer yang uruskan trust arwah parents aku."

"Interesting."

Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar perkataan 'interesting' yang baru sahaja keluar dari mulut Tengku Fiqrash. Kenapa pulak? Apa yang menarik sebenarnya?

"Interesting? Kenapa pulak?" Soal Benyamin.

Tengku Fiqrash hanya ketawa tanpa terus menjawab soalan Benyamin sebentar tadi.

"Aku rasa one of the reasons yang dia nak kahwin dengan kau, mesti sebab trust tu. As your lawyer, she knows best. Kau tak terfikir ke pasal tu? Perempuan zaman sekarang ni pandang cash je." Balas tengku Fiqrash sambil berpeluk tubuh.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan. Pesimisnya lelaki ini. Buruk betul perangai walaupun muka tak buruk. Sekarang aku faham kenapa mereka berdua ni mempunyai hubungan yang baik. Memang sama sungguh perangai. Sehati sejiwa.

"Aku tak rasa Nuha macam tu, Fiq."

"Kau tak rasa? Aku rasa."

Aku mengeluh lagi. Agaknya, memang Tengku Fiqrash cemburu dengan aku? Eh, peliknya alasan!

"Kau macam tak suka Nuha je. Kau tak kenal dia lagi, Fiq." Ujar Benyamin.

"Memang aku tak suka dia." Jawab Tengku Fiqrash.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Место, где живут истории. Откройте их для себя