Bab 2

4K 151 3
                                    


KETIKA AKU dan Afiqah tiba di ruang menunggu Hospital Besar Kuala Lumpur, kelihatan Datuk Zamir dan Datin Farha sedang menunggu di luar wad ICU.

"Assalamualaikum, datuk, datin." Tegurku sopan dan bersalaman dengan Datin Farha. Aku melemparkan senyuman ke arah Datuk Zamir yang wajahnya beriak risau.

"Cik Nuha kan? Lawyer arwah abang Zakaria kan?" Balas Datuk Zamir.

"Ya, saya. Petang tadi kan kita baru berjumpa, datuk." Balasku hormat. Datuk Zamir kelihatan menganggukkan kepalanya.

"Macam mana dengan Encik Benyamin?" Soalku ingin tahu memandangkan Benyamin merupakan anak guaman aku sekarang.

"Saya pun tak pasti. Sejak tadi lagi doktor belum keluar. Apa yang dimaklumkan kepada saya, keadaan Ben agak kritikal. Dia tidak sedarkan diri dan mengalami hentakan yang kuat di kepalanya." Jawan Datuk Zamir yang sedari tadi mundar-mandir di hadapan pintu wad. Datin Farha yang sedang duduk hanya memerhatikan tingkah laku suaminya tanpa bersuara apa-apa.

Aku dan Afiqah turut mengambil tempat bersebelahan dengan Datin Farha. Tidak lama kemudian, datang dua orang gadis yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan seorang lelaki yang mungkin berusia lewat 20-an.

"Mummy, daddy! How's abang Ben?" Soal si gadis yang memakai t-shirt berlengan pendek berwarna merah jambu.

"Tak tahu lagi, Fifi. Doktor belum keluar lagi." Jawab Datin Farha sambil membelai rambut panjang mengurai anaknya.

"Ni siapa?" Soal anak perempuan Datuk Zamir yang seorang lagi ke arahku dan Afiqah. Lelaki yang kuagak mungkin merupakan abang mereka berdua, turut memandang ke arah kami berdua.

"Saya Nuha Damia, Benyamin's lawyer. Yang ni kawan saya, Afiqah." Jawabku dan berdiri untuk bersalaman dengan Fifi dan yang seorang lagi.

"Saya Fatin, ni kembar saya Fifi. Yang ni our brother, Fiqrash." Balas Fatin. Huluran tanganku disambut di hujung jari sahaja.

"Tak tahu pun abang Ben ada private lawyer?" Soal Fatin pada Datuk Zamir. Dia kelihatan agak ragu-ragu dengan kehadiran aku dan Afiqah di situ.

"Daddy pun baru tahu this evening. Cik Nuha ni yang uruskan amanah arwah Pak Long dengan Mak Long kamu. Sepatutnya petang esok cik Nuha nak jumpa kita satu family untuk terangkan mengenai hal amanah tu." Jawab Datuk Zamir sambil sempat menoleh ke arahku dan aku mengangguk.

Fatin hanya senyap. Begitu juga dengan Fifi dan Fiqrash yang sedari tadi hanya membisu. Seorang doktor lelaki keluar dari dalam bilik ICU. Datuk Zamir terus menerpa ke arah doktor yang sudah berusia hampir separuh abad itu.

"Macam mana dengan anak saudara saya, doktor?" Soal Datuk Zamir kurang sabar.

"Alhamdulillah, encik Benyamin sudah berjaya melepasi paras kritikal. Walaupun terdapat hentakan kuat pada kepala encik Benyamin, encik tak perlu risau. Kami sudah lakukan CT scan dan keputusan menunjukkan segalanya dalam keadaan normal. Bekalan bank darah kami juga cukup untuk encik Benyamin memandangkan encik Benyamin kehilangan banyak darah. Encik Benyamin masih belum sedarkan diri tetapi keadaan dia normal sekarang. Insya- Allah, mungkin esok encik Benyamin akan sedar." Jawab doktor lelaki itu.

"Alhamdulillah." Datuk Zamir mengucapkan syukur sambil sempat meraup wajah.

"Saya rasa lebih baik keluarga encik pulang berehat dan datang semula pada esok hari. Jika ada apa-apa perkembangan mengenai encik Benyamin, saya akan hubungi encik dengan segera." Tambah doktor itu lagi.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now