Bab 7

2.4K 74 0
                                    

Riak wajah Iman Amani yang kelihatan sangat terkejut itu kupandang sekilas sebelum meneruskan kerja menyelak halaman demi halaman katalog pakej perkahwinan yang ditawarkan di butik Sweet Bridal milik mama Iman.


"Macam mana kau boleh kenal dengan Benyamin ni? Sikit pun tak ada cerita dengan aku kan." Tutur Iman sambil mencebikkan bibir. Buat-buat merajuklah tu.


"Dia tu anak guam aku." Jawabku pendek.


"Then?" Soal Iman lagi.


"Then? Then apa?" Soalku semula. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan oleh Iman.


"Haih, kau ni! Yalah, how the love sparks after that? Mestilah ada love story dekat situ." Jawab Iman sambil tersenyum.


"Aku tak tahulah nak cerita macam mana." Balasku jujur. Yalah, takkanlah nak ceritakan pada Iman cerita versi original pula? Mahu pengsan kawan aku yang seorang ini.


Iman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang Iman sedang fikirkan.


"Aku dah cukup terkejut kau nak kahwin dengan Benyamin, designer yang famous lagi terhangat di pasaran tu. Tiba-tiba hari ni kau datang sini bagitahu aku yang kau nak aku handle wedding kau? Hang nibiaq betui!" Riuh mulut comel Iman berceloteh.


"Betui la. Awat, hang ingat cheq main-main ka?" Soalku, mengikut rentak Iman yang seronok menggunakan loghat utara. Iman sempat ketawa kecil sebelum riak wajahnya bertukar serius semula.


"Tak adalah. Aku ingat mesti Benyamin nak buat wedding dia grand, guna wedding planner yangproper, bukannya bidan terjun macam aku." Jawab Iman.


"Bidan terjun uruskan orang kahwin tak apa. Bukannya kau bidan nak sambut orang beranak." Gurauku.


"Tak habis-habis nak loyar buruk kan. But, kau betul ke ni? Mesti Benyamin tu ada kenalan ramai yang boleh uruskan wedding korang ni. Baju kahwin kau, mestilah at least Rizalman yang design. Tak pun, dia kenal Tom Abang Saufi ke." Tambah Iman.


"Aku dah pakat dengan dia, wedding ni biar aku yang uruskan. Lagipun, Benyamin tu bukannya banyak songeh sangat. Dia pun sibuk nak uruskan hal dekat company yang tergendala sebab dia accident hari tu." Balasku dan tangan kanan mencapai katalog yang ketiga pula. Ya ke mamat tu tak banyak songeh? Heh!


"I feel honored!" Balas Iman teruja.
"Kau ni, aku ni bukannya artis." Balasku dan Iman terus ketawa.


"Eh, kau tak tahu ke status kau sekarang ni meletop? Retiss kau sekarang ni tahu tak." Usik Iman sambil tergelak-gelak.


"Kau pun retiss jugak." Balasku pula. Iman kelihatan mengerutkan dahinya.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora