Bab 1 | Prolog

120 1 2
                                        

Tahun 2000

"AWAK kejam!" Rashdan berdiri di depan kaunter tempat Suhana mengendalikan mesin tunai juruwang. Suhana terkejut melihat kemunculan Rashdan sehingga dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata kerana dia tidak memahami maksud Rashdan tersebut. Mereka baru kembali bertemu dan Rashdan mengatakan dia kejam.

Rashdan sedang memegang sebatang pen.

Rasa menyerbu datang dalam dada Suhana. Debaran yang mengocak jiwa.

"Maaf, saudara nak buat bayaran?" Suhana berpura-pura tidak mengenali Rashdan.

Siapa sebenarnya yang kejam diakah aku? hati Suhana berkata-kata sendiri.

"Awak ingat atau buat-buat lupa?" Rashdan semakin membuat Suhana menjadi tidak menentu. Barisan pembeli semakin bertambah panjang meminta perhatian untuk membuat pembayaran. Rashdan tidak berubah masih mahu bertengkar. Suhana merenung Rashdan seketika. Lelaki itu semakin kacak dari yang pernah dia kenali. Suhana imbas harga pen yang ingin dibeli oleh Rashdan dan menunggu Rashdan membuat pembayaran. Malah Suhana cuba memahami kata-kata Rashdan sebentar tadi. Kali terakhir mereka bertemu di Kem Waja Diri dan baru kali ini mereka bertemu semula.

"Saya tak nak beli pen ini saya nak tukar pen lain." Rashdan bersuara. Suhana tahu Rashdan sengaja ingin menduga. Suhana membatalkan pembelian ke atas pen tersebut.

"Saudara boleh beri peluang mereka yang lain membuat pembayaran," pinta Suhana.

"Awak ada beri saya peluang?" Rashdan merenung Suhana tajam kemudian beralih mencari pen lain. Suhana tahu Rashdan ingin sangat berbual panjang dengannya. Kegembiraan jelas terasa di wajahnya. Rasa menyerbu dalam dada Suhana sudah kembali tenang. Dia gembira Rashdan masih mengingati dirinya selepas bertahun kisah Kem Waja Diri.

Kesibukan melayani pelanggan di kaunter hadapan menguasai suasana.

Seketika masa berlalu Suhana lega akhirnya dapat berehat. Dia telah melupakan Rashdan yang berdiri dari sejak tadi merenungnya. Menanti peluang untuk berbual lebih panjang.

Suhana menyemat nametag off duty di dadanya. Kemudian memberitahu Faridah supaya menggantikan tempat sementara masa rehatnya bermula. Pantas saja Suhana berlalu keluar dari kedai buku ingin mengisi perut yang menyanyi minta diisi. Dia sengaja tidak mahu mengendahkan kehadiran Rashdan.

Tanpa duga Rashdan masih seperti dulu... tiada banyak yang berubah.

"Suhana!" laungan suara mematikan langkah kaki Suhana. Suhana menyedari pemilik suara itu. Dia berpaling melihat kemudian meneruskan langkah kaki semula. Suara Rashdan sudah cukup membuat dentingan jantungnya berubah rentak.

Rashdan berlari mendapatkan Suhana.

"Kenapa tak menyahut!" Rashdan menghalang dengan menarik lengan Suhana.

Akhirnya mereka bertemu jua.

"Awak ni siapa. Saya rasa awak silap orang," ujar Suhana Dia tidak mahu terus dibuai rasa bersalah dan malu dengan kenyataan Rashdan yang lalu kepadanya. Mereka cuma kawan. Tidak lebih antara mereka hanya ada perkataan kawan. Tapi kenapa cium dia. Kenapa?

"Saya ni siapa?" ejekan Rashdan sambil mencengkam lengan Suhana.

"Sakitlah!" Suhana menarik genggaman tangan Rashdan.

"Saya tak pernah silap. Awak memang sengaja!" bidas Rashdan. kelakuan Rashdan ini membuktikan antara mereka ada ikatan hati tetapi mengapa perlu begini. Bermain api dan berbuat seolah-olah mereka tetap kawan baik? Kenapa seksa saya begini Rashdan!

Cinta Menanti AwakStories to obsess over. Discover now