+ cemburu

4.4K 518 40
                                    

" DOKTOR !! "

Baekhyun menjerit sekuat mungkin sehingga urat lehernya kelihatan. Wajahnya yang pucat mulai kemerahan. Dia menolak selimut dengan kasar sebelum ada tangan menghalangnya dari belakang.

" Doktor Jung Da- "

Fikirnya, itu adalah tangan milik doktor kesayangannya tapi rupa-rupanya milik doktor lain.

Doktor lelaki.

" Mana doktor- "

" Dia ke tandas sekejap. Saya, Doktor Kim Seokjin. " Doktor lelaki yang bernama Kim Seokjin itu menghulurkan sekuntum senyuman manis dan ikhlas buat lelaki yang berwajah pucat lesi itu.

Pintu wad itu dibuka dari luar.

" Daeun-ssi. Pesakit awak cari awak. " kata Doktor Kim Seokjin sambil tersengih kecil.

Doktor wanita yang baru selesai dari tandas itu memandang Baekhyun sambil mengangkat sebelah keningnya.

" Saya keluar dulu untuk lihat pesakit saya. " doktor lelaki itu bersuara sekali lagi lantas tersenyum lebar. Doktor Jung mengangguk perlahan lalu membalas senyuman lelaki itu.

Baekhyun masih menonton dan mendengar setiap aksi mahu po un bicara kedua-dua doktor muda itu.

Mereka mesra.

Dadanya terasa sakit.

Bukan sakit kerana penyakit.

Tapi, cemburu.

" Encik dah okay? "

Baekhyun menggeleng.

" Saya terpaksa tahan encik di hospital untuk beberapa hari sebab HBP encik semakin meningkat dan tak menunjukkan sebarang penurunan. "

Baekhyun mengangguk.

" Encik lapar? "

Baekhyun menggeleng

Angguk, geleng, angguk dan geleng.

Lelaki itu cuma memberi respons melalui gerak tubuhnya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

" Encik rehat lah dulu. Saya nak ke bilik saya sekejap. "

Doktor Jung Daeun berkata begitu kerana dia sudah kehabisan idea untuk membuatkan lelaki itu bercakap. Kenapa entah, dia tidak suka melihat lelaki itu membisu saja.

Pergelangan tangan doktor perempuan itu direntap oleh Baekhyun, secara tidak disangka. Tindakan pantas lelaki itu menyebabkan Doktor Jung terbaring di atas katil itu.

Baekhyun menahan bahu wanita itu dan merapatkan wajah mereka berdua.

" Doktor.. " panggilnya lembut dengan nada suara yang lebih dalam.

Doktor Jung Daeun menelan air liurnya dengan bersusah payah.

"...hati saya sakit tengok doktor senyum dekat doktor lelaki lain. " sambung Baekhyun dengan pandangan yang mampu menggugurkan iman para gadis dan makcik serta janda di luar sana.

Doktor Jung menolak pipi lelaki itu perlahan seraya berdiri semula.

" Saya cemburu. Janganlah senyum dekat lelaki lain. " ujar Baekhyun sambil menggosok belakang tengkuknya. Tiba-tiba, dia mengeluarkan jari kelingkingnya sambil membuat wajah anak kucing.

" Janji? "

Doktor wanita itu mendiamkan dirinya.

Masih berperang dengan perasaannya.

" Saya akan janji kalau awak janji tak akan skip waktu ubat awak. "

Baekhyun tersenyum lebar sehingga ke telinga lalu mengangguk bersungguh-sungguh.

Jari kelingking mereka saling bertaut, tidak lama kemudian.

Doctor • Baekhyun ✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin