+ sakit

6.1K 551 65
                                    

" Doktor, ada pesakit dah sedia di dalam bilik rawatan. "


Doktor wanita muda itu mengangguk lalu menyarung kot putih pada badannya.


Mereka berjalan bersama ke bilik rawatan yang cuma selang dua pintu dari bilik kerja doktor itu.


Tombol pintu dipulas dan dibuka perlahan. Pesakit lelaki bersama rambut merah jambu lembutnya itu membuka mata lalu memandang ke pintu.


Matanya membesar. Jantungnya berdegup pantas. Kelenjar peluhnya menjadi aktif. Tanpa sebab yang tertentu..


" Encik Byun Baekhyun, tolong buka baju. "


Jururawat itu menghampiri lelaki bernama Byun Baekhyun itu sambil menghulur baju pesakit untuk ditukarnya.


" Eh.. a- awak nak buat apa dekat sa- saya ?! "



Baekhyun menyilangkan tangan pada dadanya lalu membuat muka ngeri seakan jururawat itu mahu merogolnya.


" Tukar baju dengan rela atau saya beri encik ubat tidur dan bogelkan encik? "


Baekhyun menoleh ke arah doktor perempuan itu. Jung Daeun. Nama yang tertera pada teg namanya.


" Saya malu. "


Pipi lelaki itu menjadi merah padam.


" Kami cuma nak encik tukar baju supaya memudahkan proses pemeriksaan. Bukan apa pun. Dan, ruang encik ni ada tirai langsir jadi kami tak dapat nampak pun barang encik tu. "


Wajah Baekhyun bertambah panas apabila menerima balasan daripada jururawat bertubuh genit di hadapannya itu.


Sentap.


Baju pesakit berwarna biru langit diambil dari tangan jururawat bernama Ryu itu. Tirai langsir ditarik sehingga membahagikan ruangnya dengan ruang doktor dan jururawat itu berada.



Perlahan-lahan, Baekhyun membuka bajunya. Dia menyentuh dada yang melindungi jantungnya. Masih berdegup kencang.


Kenapa?

Doctor • Baekhyun ✔️Where stories live. Discover now