15

4.3K 664 95
                                    

"Yoon..gi" kata Yura perlahan dan lemah.

Mata aku membulat. Yoongi seakan terpaku.

Yura dah sedar.

"Yoorae, panggilkan doktor." Arah Yoongi. Aku akur.

× × ×

Yoongi dan aku duduk diluar bilik wad itu, menunggu Doktor memaklumkan tentang bagaimana keadaan Yura.

Sudah beberapa minit kami menunggu, tapi doktor masih lagi tak keluar dari bilikwad itu.

Sambil tu, aku terfikir.

Apalah yang akan terjadi kalau Yura sihat kembali?

Apa jadi kalau Yura tahu tentang sapa diri aku?

Adekah dia akan memecat aku sebagai nanny Gayoon?

Kemungkinan, Yoongi akan lupakan..

Aku?

Aku menggeleng. Tak, pikir positif Yoorae. Semua yang kau fikirkan tu hanya bayangan je. Jangan risau.

Secara tetiba, doktor keluar dari bilik wad dan Yoongi orang pertama menanyakan soalan padanya.

"Macam mana keadaan isteri saya?" Soal nya.

Doktor itu tersenyum pada Yoongi. "Keadaan dia dah stabil seperti sedia kala, tapi dia perlukan rawatan lagi dan dia kena banyak makan pada ketika ni" kata doktor tersebut.

"Ouh, terima kasih doktor, jadi.. kami boleh melawat dia sekarang?" Soal Yoongi.

"Ya, dipersilakan." Kata Doktor itu. Aku dan Yoongi menunduk hormat pada doktor itu lalu meluru masuk kedalam bilik wad.

Hati aku berdebar-debar.

Apa yang aku fikirkan tu hanya bayangan sahaja. Ianya takkan jadi kenyataan.

Perkataan itu berulang-ulang dalam minda aku.

Tanpa aku sedari, aku dan Yoongi sampai dihadapan katil Yura.

"Hai Yoongi," panggil Yura. Dia mengukirkan senyuman pada Yoongi.

"Yura-ah," kata Yoongi lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi disebelah Yura. Dia pantas memegang tangan Yura.

Pada waktu yang sama, matanya melirik kearah aku.

"Siapa ni..?" Soal Yura.

Yoongi memandang kearah aku.

"Dia ni.. Yoorae. Park Yoorae." Kata Yoongi. Yura senyum padaku.

Aku membalas senyumannya. "Hai" kata aku.

"Ouh, jadi kau lah Yoorae." Kata Yura lalu memandang Yoongi. Yoongi menundukkan mukanya.

"Yoorae, boleh tak--" aku dapat tangkap apa yang Yoongi mahu aku lakukan.

"Ouh, ya. Aku akan tinggalkan korang berdua sendirian." Kata aku. Aku menunduk pada mereka berdua lalu keluar.

the nanny. Where stories live. Discover now