I'LL NEVER LEAVE YOU

5.6K 273 43
                                    

Sesudah habis waktu kerja, kau memandu kereta untuk balik kerumah. Tidak lama setelah kau memandu kereta, kau tiba di sebuah apartment milik kau dan suami kau, Jeon Jungkook.

Kau melangkah dengan berhati-hati menuju lift memandangkan kau mengandung 9 bulan. Jungkook dah paksa kau untuk ambil cuti sampai kau selamat bersalin, tapi kau tak nak. Bagi kau, dengan bekerja, kau boleh sihat.

Sebaik saja kau membuka pintu, aroma makanan menusuk deria bau kau. Kau mencari sumber bau itu sehingga ke dapur. Pelbagai makan sihat tersedia di meja makan itu.

'Eh? Ade orang nak datang ke? Tetiba je dia masak.' Kau kehairanan. Jungkook jarang masak untuk kau. Selalunya dia beli. Kali ni, tak ada dah bekas makanan kat bakul sampah. Sah! Dia masak sendiri.

Kau menapak ke dalam bilik untuk mandi sebelum makan. Kedatangan kau disambut dengan baik oleh Jungkook. Jungkook memberikan kau tuala. Kau menyambut dengan hairan.

"Pergilah mandi. Bushuk!" Usik Jungkook. Kau mencebik. "Hati-hati." Pesan Jungkook. Kau semakin hairan. Jungkook lain macam hari ni.

Selesai mandi, kau menuju ke dapur. Jungkook sudahpun menunggu kau. Jungkook menarik bangku untuk kau duduk. Dengan berhati-hati kau duduk. Jungkook memberikan kau sepinggan diisi nasi dan sup ayam.

"Sedap. Makanlah." Kata Jungkook memuji masakannya sendiri. Kau senyum lalu menyumbat makan itu kedalam mulut kau.

Jam 10 malam, masa kau baca buku atas katil, Jungkook datang mendekati kau lalu dia mengurut kaki kau. Sedap urutan dia. "Yeobo." Kau memanggil Jungkook.

Jungkook pandang kau. "Apa?" Soalnya. "Awak lain macam hari ni. Ada apa-apa tak kena ke?" Tanya kau pula. Soalan kau membuatkan Jungkook ketawa. "Lain macam mana tu?" Soalnya lagi.

Kau mencebik sebab Jungkook tak serius. Lalu kau menyambung baca buku tanpa menghiraukan Jungkook. "Alooo.. merajuk ke?" Kata Jungkook. Dia mengusap perut kau. "See, mama merajuk."

Kau berdiam diri. "Kalau papa takde, kamu jaga mama tau." Bisik Jungkook pada perut kau. Seolah dia sedang berbual dengan bayi dalam kandungan kau.

Tapi, kau terdengar apa yang Jungkook cakap tu. "Apa awak cakap?" Kau bertanya. Suara kau bertukar. Entah kenapa kau rasa sebak. Jungkook pandang kau.

"Sayang.. esok saya kena pergi Amerika untuk keputusan pemilik saham terbesar tu." Kata Jungkook dengan lembut. Pipi kau diusapnya. Air mata kau mengalir.

"Kenapa awak yang kena pergi? Awak bukan CEO. Awak manager je." Kau protes. Jungkook tersenyum nipis memandang kau. "Sebab saya managerlah saya kena pergi. Takpe, saya akan selalu sentiasa bersama awak... dan anak kita."

Jungkook mencium perut kau. Kau menangis sampai teresak-esak. Jungkook memeluk kau dengan erat. Nafas berat dikeluhnya. Dalam pelukkan Jungkook, kau menangis semahu-mahunya. Tak sanggup nak berjauhan dengan Jungkook.

Esoknya, kau bersiap ke kerja. Pada pagi ini, Jungkook menghantar kau ke pejabat. Dalam perjalanan kau hanya berdiam diri. Tangan kau tak lepas memegang tangan Jungkook.
Sehinggakan Jungkook sukar memandu. Ketika Jungkook melepaskan tangan kau untuk tukar gear, cepat-cepat kau pegang tangannya semula. Dia pandang kau pelik.

Kau mencium bibir kau sekilas sebelum kau turun dari kereta. Dengan hati yang berat kau melangkah keluar setelah Jungkook mencium kandungan kau.

Kau rasa tak sedap hati. Sebab cuaca mendung dan nampak tak baik untuk pesawat berlepas pada waktu itu. Tapi, kau pujuk diri kau. Kau tau, Jungkook akan selamat.

Jam 1 tengahari, kawan kau Mijoo mendekati kau yang sedang membancuh kopi di dapur. Mijoo menyergah kau dengan nafas tercungap-cungap.

"Apa ni Mijoo?" Tanya kau. Mijoo mencari nafas. "Jungkook! Jungkook accident!" Jerit Mijoo. Gelas yang kau pegang jatuh ke lantai. "Accident macam mana Mijioo?!" Kau menggoncang tubuh Mijoo.

Air mata kau mengalir tanpa henti. "Pesawat yang dia naik tu tersambar kilat." Terang Mijoo. Kau hampir rebah di lantai. Mijoo menyambut kau. Terasa hendak mati saja mendengar berita tu.

Kau tiba dihospital dimana mangsa pesawat itu dirawat bersama Mijoo. Air mata kau kembali membasahi pipi setelah doktor mengesahkan tak ada satu pun yang selamat dan semuanya hangus terbakar kerana api membakar tubuh mereka.

Kau memegang perut kau yang terasa sakit. Mijoo yang panik teriak memanggil doktor. Dan pada hari itu, kau bersalin dengan selamat dan mendapat anak lelaki. Kau kecewa, kenapa bayi ni dilahirkan pada hari pahit ni? Kau menangis sambil menekup wajah kau.

Seseorang melarikan tangan kau yang menekup wajah kau. Kau membuka mata perlahan-lahan. Jelas mata kau sembab kerana banyak menangis.

Kau melihat Mijoo yang tersenyum. Ketika Mijoo beralih ketepi sedikit, kau melihat Jungkook berdiri dibelakang Mijoo sambil mendukung anak kau.

"Jungkook.."

Jungkook mendekati kau. "Ni bukan mimpi kan?" Kau memandang Mijoo sekilas. Jungkook meletakkan anak kau disebelah kau. "Tak." Jawab Mijoo.

"Pesawat yang tersambar kilat tu, bukan pesawat yang kami naiki. Penerbangan kami dibatalkan sebab cuaca buruk. Pesawat tu berlepas sebelum diaorang bagitau penerbangan dibatalkan." Jelas Jungkook.

Kau tersenyum lebar. "Mianhae." Kata Mijoo memegang kaki kau. Kau mengangguk. Perasaan kau lega. Kau memeluk Jungkook dengan erat. Jungkook mengusap rambut kau.

"Dah. Kesian Junkook. Awak tak layan dia." Kata Jungkook meleraikan pelukkan. Kau mengerutkan dahi, "Junkook?"

"Our son, Miss Jeon." Ucap Jungkook. Senyuman kau jelas terukir di bibir bersama air mata kebahagiaan. Kau memeluk Jungkook semula. Mijoo turut mengalirkan air mata kebahagiaan.

Jungkook ImagineWhere stories live. Discover now