Risk

1.4K 126 15
                                    

Pintu yang menuju ke bilik bawah tanah rumah itu terbuka luas. Jaebum tersenyum semangat sebelum dia berlari turun ke tempat yang dia rindu selama ini. Dia memandang sekeliling, mencekak pinggang dan reaksi determined jelas di wajahnya.

Dia berlari ke atas semula dan tak lama kemudian dia turun dengan penyapu, penyodok dan penyapu habuk di tangannya. Tanpa berfikir panjang dia terus mengemas tempat itu. Segala habuk dibuang, kekotoran disapu bersih.

Sejurus bilik itu kemas seperti dahulu, dia naik semula ke rumahnya sebelum kemudian turun dengan dua plastik besar yang sarat berisi barang-barang yang baru dia beli.

Segala komponen dan alatan membaiki robot diletakkan di atas meja kerja ayahnya dulu, toolbox dikeluarkan dan barang-barang diisi di dalamnya. Semuanya disusun tepat, seolah-olah bilik itu kembali seperti dulu. Kotak-kotak berisi kepingan besi disusun di hujung sekali.

Dia kini berdiri di hadapan skrin besar yang dulu terdapatnya live wallpaper. Dia memegang satu remote, dan dia switch on skrin itu menampakkan satu live wallpaper yang sangat dia kenali.

Butterfly.

Serta-merta fikirannya melayang kepada kenangan bersama adik lelakinya, Im Youngjae. Dia tersenyum kecil melihat wallpaper itu sebelum dia bertindak untuk berlalu pergi dari bilik itu.

---

Sehelai blueprint yang bergulung dibuka di atas meja kerja Mr.Im, menampakkan lakaran prototaip sebuah robot dengan segala info ditulis terperinci di sekelilingnya. Kalau nak diikutkan, orang yang biasa takkan faham nota-nota itu tetapi Jaebum membacanya dengan sangat baik.

Jaebum fokus ke arah blueprint itu sebelum tiba-tiba dia tersenyum nakal. Dia mengangkat blueprint itu dan tanpa berfikir panjang mengoyakkannya kepada dua. Dia tergelak sendiri memikirkan reaksi orang melihat aksinya yang seperti orang gila itu.

Blueprint tersebut direnyuk dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Entah kenapa Jaebum berasa sangat teruja dan gembira hari itu. Rasanya sudah hampir tiga tahun dia tidak segembira itu semenjak pemergian adiknya.

Dia naik semula ke rumah banglonya atau lebih tepat, dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia terus menghampiri tubuh adik kecilnya. Tangannya dimasukkan dalam poket, mukanya tenang sahaja memandang wajah tidak bernyawa milik Youngjae.

"Youngyoung-ah" panggilnya seperti biasa sebelum memulakan percakapannya. Dia tersenyum kecil. "Appa kata, hyung ada potensi sebagai seorang botreator sebab hyung boleh kenal pasti masalah dalam satu-satu implan" terangnya dan dia diam seketika.

"Hyung cuba buat apa yang termampu, okay?"

---

Dengan perlahan Jaebum meletakkan tubuh Youngjae di atas katil di bawah tanah itu, tempat mereka tidur sebelum ini. Entah kenapa Jaebum tak boleh menghalang diri dari tersenyum apabila melihat wajah tak sedar milik Youngjae.

Pipi kiri Youngjae dicubit membuatkan Jaebum tergelak kecil. My baby-bot is so fluffy. Getus Jaebum dan dia picit-picit pipi Youngjae lagi.

*Flashback*

Live wallpaper itu bertukar gambar lagi dan Youngjae kembali excited. Dia mara ke hadapan sekali gus menyedarkan Jaebum dari lamunan.

"Hyung, ni--"

Belum sempat Youngjae menghabiskan ayat, tiba-tiba dia tumbang, tak sedarkan diri dan mengejutkan Jaebum. Eh....takkanlah secepat ni.

"Youngjae-ah?" panggil Jaebum. Hatinya melonjak risau. No. Not this fast. Entah kenapa itu yang dia katakan dalam hati. Tiba-tiba Youngjae membuka mata, kemudian memandang Jaebum tanpa reaksi.

"Hyung" panggilnya. "Youngjae punya Hybernate System tak berfungsi dengan baik sejak semalam" kata Youngjae dan tanpa paksa jantung Jaebum berdegup kencang. Youngjae kemudian duduk, mendongak memandang abangnya yang dari tadi menatapnya.

"Hyung" panggilnya.

"Youngjae tak apa-apa, kan?" tanya Youngjae seperti kanak-kanak. Jaebum diam seketika sebelum dia mengangguk dan menghulurkan tangan kepada Youngjae.

"Youngjae okay. Jangan risau" kata Jaebum ringkas. Youngjae tersenyum lega sebelum dia menyambut tangan Jaebum untuk berdiri. Sejurus Youngjae berdiri, dia berasa tak stabil membuatkan dia hampir rebah semula. Mujur Jaebum sempat menyambut kedua-dua lengannya, menghalang dari jatuh ke tanah. Jaebum kelihatan risau.

"Youngjae okay?" tanya Jaebum dan Youngjae mengangguk. Jaebum masih memegang lengan Youngjae sehingga Youngjae boleh berdiri tegak. Youngjae tersenyum kecil. "Okay" jawabnya.

Jaebum memandang seluruh tubuh Youngjae untuk seketika sebelum dia tergelak kecil. Youngjae menjadi blank. "Apa?"

Jaebum tergelak kecil lagi. "Gebunya Youngjae" kata Jaebum selamba. Seluruh sistem Youngjae menjadi hangat membuatkan muka Youngjae menjadi sedikit kemerahan.

"Hyung! Mana ada!" marah Youngjae dan Jaebum tergelak lagi. Kali ini dia memegang pipi Youngjae pula. Jaebum kelihatan terkejut.

"Oh? Pipi Youngjae pun gebulah!"

Muka Youngjae bertambah merah dan dia mengelakkan muka membuatkan Jaebum tergelak.

"Hyung ni! Janganlah~!"

"Bagi sikit lemak dekat hyung!"

"Heeyeong!!"

*Flashback End*

"Masa tu, kan... Hyung masih ego" kata Jaebum sambil dia meletakkan toolbox di sebelah tubuh Youngjae. Sarung tangan getah dipakai.

"Hyung teringin sangat nak ada mak. Walaupun hyung dah ada ahli keluarga yang cukup sempurna depan hyung" katanya lagi dan toolbox dibuka.

"Kadang-kadang mak ayah ingat diorang dah buat perkara yang terbaik untuk anak diorang" katanya sebelum dia memandang wajah Youngjae. "Tapi tak semestinya yang terbaik tu betul"

Jaebum mengeluarkan sejenis pisau dari toolboxnya. "Youngyoung jangan risau, walaupun risiko pembedahan ni besar, hyung akan buat yang terbaik" ucapnya dan pisau tadi menghampiri tubuh Youngjae.

Tshirt yang disarung pada tubuh Youngjae dibelah, menampakkan kulit tubuhnya yang putih. Tiba-tiba fikirannya teringatkan kata-kata yang selalu diungkap ayahnya dulu.

"Risiko bukan perkara yang layak terima pengorbanan. Jangan buat sesuatu perkara kalau peratus berjayanya hanya 50%. Tanggung risiko jauh lebih menyakitkan kalau kita gagal"

Jaebum tersenyum kecil. "Youngjae tahan, eh? Sakit sikit" kata Jaebum.

Mianhae appa.

Tiba masanya Jaebum ingkar nasihat appa.

To Be Continue...

[C] My Baby-bot 2 | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now