1. Bro Chantek

508 15 6
                                    

Aku mengambil duduk setelah kelam kabut keluar dari kereta api. Beg kertas dalam genggamanku juga diperiksa. Harap-harap tak tertinggal apa-apa dalam gerabak tadi. Handphone ada, dompet ada, kunci kereta ada, doorgift juga ada. Okay!

Suara Zye mengeluh perlahan dapat aku dengar. Dahinya diurut. "Wehh, aduyai.. Macam mana boleh tersalah train ni? Aku dahlah mengantuk.."

"Mujur aku perasan. Kalau tak, entah sesat mana kita ni.." ucap Maya sambil menggodak tas tangannya. Aku lihat masing-masing bermuka monyok, melelapkan mata, menunggu kereta api yang seterusnya. Yang betul-betul menuju ke destinasi sebenar; Shah Alam.

Aku berpaling ke arah jam di board. Ah, sudah jam 5 petang. Entah aku tidak tahu jam berapa kami akan tiba disana, dengan kelewatan kereta api, tambah pula dengan jarak antara stesen ini dengan Shah Alam. Sudahlah kerja rumah berlambak-lambak, esok pula bersekolah. Alamatnya pontenglah esok.

Melihat Zye dan Maya sedang berehat, aku berkawal sebagai jaga. Terserlah riak penat di wajah mereka. Memakai dress, berkasut tumit tinggi. Datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan Zye yang diadakan di PWTC. 

Perancangan untuk pulang awal tergendala kerana aku yang sangat bernafsu tibai beberapa pinggan nasi minyak dan menggedik singgah shopping di Sunway Sentral, bersebelahan PWTC. Tolonglah faham, saya jarang keluar berjalan-jalan. "Alaaa bukan selalu kita naik KTM masa peak hour kan? Chill-chillah."

.

.

.

.

"Hentian seterusnya, KL Sentral. Hentian KTM Intercity.."

Suara lunak operator perempuan itu bergema di telingaku beberapa kali. Seolah-olah memberi aku amaran, seangkatan tentera manusia akan memenuhi perkhidmatan awam ini. Aku berdiri di hadapan Zye dan Maya yang sedang khusyuk menatap handphone. 

Tempat dudukku telah diberikan kepada seorang nyonya Cina yang bagiku, mungkin baru pulang dari membeli belah. Kedua belah tangan tuanya gagah memikul beg plastik bercetak Giant dan MPH. Aku bersandar lembut pada tiang di hujung Maya. Tak selesa bila memasuki koc biasa.

Aku intai sedikit koc wanita yang bagaikan sardin terperangkap dalam tin. Cuma sardin ini, bervariasi. Ada yang bertudung litup, ada yang hanya 'menutup kepala'. Ada yang lantang ketawa, ada yang sibuk berselfie. Tapi apa yang menarik perhatian aku? Tentulah Geng Jadian.

Lembut lenggang lenggoknya, hinggakan aku pun insecure. Kukunya dicat warna merah jambu, manakala wajahnya cantik dirias dengan make up. Rambut karatnya disanggul kemas dengan sedikit highlight. Baju putih satinnya kelihatan mahal, membuatkan dia nampak lebih elegan. Lawanyaaa.. Tapi masih tak boleh menutup biji halkum yang jelas terserlah. Eyyy kenapa cantik sangat bro ni?!

Melihat Maya sedang sibuk menstalk Instagram seseorang, aku berbisik pada Zye. "Aku jealous betullah dengan lelaki yang cantik ni. Effortless gila. Aku kalau makeup pun, lagi teruk rasanya.."

Zye hanya tersenyum, mencari kelibat Abang Cantik tadi. "Kau tu sekali-sekala trylah pakai make-up. Ni pergi kenduri pun bareface, pergi sekolah lagi bareface. Aku cabar time Dinner Form6 nanti, kau pakai make-up. Barulah Jo sedar, 'Wow! Yuu ni lawa jugak enn.' Hik hik!" Balasnya beserta cabaran.

Sedang dia berkira-kira untuk menambah, belakang badanku tiba-tiba dilanggar lembut dengan.. 

Backpack?

"Opppss!"


0123Where stories live. Discover now