Episode♡4♡

282 15 1
                                    

Baekhyun tiba dibilik kesihatan lalu berdiri di sisi yerin.

"kau dah okey ke belum.?"tanya baekhyun.

"yang kau ni dah kenapa?"yerin pelik dengan baekhyun.

Baekhyun menyentuh kaki yerin. Yerin mengadu kesakitan.

"belum baik lagi ke?"

yerin hanya menggangguk.

"macammane nak masuk kelas macam ni..."baekhyun memikirkan sesuatu.

"baik la nanti lama-lama."kata yerin selamba seperti tidak kisah dengan kakinya.

"Mana boleh...nanti kau ketinggalan subjek."bebel baekhyun.

"habis tu nak buat macammane ...dah tak boleh nak berdiri... kau nak aku buat apa lagi?!"geram yerin.

Tanpa ragu-ragu lantas baekhyun mendukung yerin tetapi yerin sempat menolak tangannya.

"tak payah la ! aku boleh jalan sendiri!"lantas yerin membangunkan dirinya lalu berjalan mahu keluar dari bilik itu tetapi yerin terjatuh apabila sebaik sahaja turun dari katil. Pantas baekhyun membantu yerin untuk berdiri semula.

"tu la.orang nak tolong tak bagi.berlagak!"omel baekhyun. Baekhyun masih membantu yerin untuk berjalan.

"bising la. kalau tak ikhlas tak payah tolong!"geram yerin menolak baekhyun jauh darinya.

Baekhyun hanya melihat langkah yerin.' kira untung la aku tolong! jalan macam kura-kura pun masih tak sedar diri lagi.'omel baekhyun dalam hati. Dia mengejar langkah yerin untuk mendampinginya.

"aduh!kau buat apa lagi kat sini?!pergi la masuk kelas dulu."marah yerin sbil jalan terhenjut-henjut.Begitu jelas wajahnya menahan sakit.

Oleh kerana kasihan terhadap yerin pantas baekhyun mendukung yerin masuk ke dalam kelas kerana waktu rehat sudah hampir tamat.

"yah!!!lepaskan aku la!!"yerin memukul badan baekhyun tetapi baekhyun masih tidak menghiraukannya.

"kau bising lagi aku jatuhkan kau dari bangunan atas sekolah!kau nak?!"ugut baekhyun geram.

Yerin membisu apabila menerima ugutan baekhyun.'tak guna punya jantan!'bisiknya dalam hati. Dia bukannya tidak suka dengan kelakuan baekhyun padanya tetapi dia hanya merisaukan kecemburuan taeyeon. Takut-takut taeyeon akan berdendam padanya. Tapi kalau diikutkan hati ....hatinya sudah berbunga-bunga kerana mimpinya menjadi kenyataan .

Apabila sudah hampir berada didepan kelas baekhyun melepaskan yerin dan membantunya berdiri .... 'mesti taeyeon akan fikir lain kalau aku bawa yerin macam ni.' bisik hati baekhyun tidak sanggup membuat taeyeon cemburu.

"kau jalan la sendiri aku jaga kau dari belakang."

"baik kau lepaskan je aku dari tadi."yerin menjegilkan mata ke arah baekhyun. Sebenarnya dia juga rasa serba salah pada taeyeon.

Yerin berjalan terhenjut-henjut masuk ke dalam kelas. Baekhyun hanya memerhatikan yerin dari belakang. Ketika hendak masuk ke dalam kelas Yerin mengetuk pintu menandakan dia sudah masuk tambahan pula ketika itu puan song sudah berada dikelas itu.

"mianhe, kami ada masalah sikit tadi."Baekhyun menyatakan sebab mengapa mereka lambat masuk ke dalam kelas.

"erm...duduk tempat awak."arah puan song.

Yerin dan juga baekhyum berlalu duduk ditempat mereka berdua. Baekhyun membuka buku subjek lalu memandang yerin. Apabila Yerin sedar Baekhyun sedang memandangnya Yerin menjegilkan matanya lalu kembali membaca buku subjek dihadapannya.Baekhyun pula terkejut dengan reaksi yang diberi oleh yerin sebentar tadi.

"baik kita sambung kembali perkara sebentar tadi......." puan song menerangkan satu persatu perkara yang berada dalam subjek sains.

Setelah kelas tamat mereka dibenarkan pulang ke rumah. Yerin yang sedang mengemas barangnya menegur sowon supaya menunggunya.Sowon pula hanya mengangguk. Setelah selesai mengemas barang yerin menyandangkan begnya lalu berjalan bersama sowon. Sowon mendampingi yerin untuk membantu yerin berjalan. Baekhyun pula ketika itu sudah pulang beredar dari situ bersama taeyeon.

Gfriend p.o.v

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Gfriend membicarakan sesuatu topik untuk menghilangkan bosan.

"Yerin time bila pulak kaki kau jadi macam ni?"tanya sinB hairan .

"sejak pagi tadi."jawab yerin seperti malas untuk menjawab. Yerin berusaha untuk melupakan hal tadi.

"siapa tolong kau time kaki kau sakit ni?" tanya eunha sudah berkerut dahinya memikirkan tentang hal itu.

"mestilah baekhyun."celah sowon selamba.

"jinjja!"gfriend membuntangkan mata ke arah yerin.

"ani.....hisy apa benda korang ni?!"Yerin malu.

"habis tu yang pagi tadi baekhyun keluar tetiba tu apa kebenda?"tanya sowon sambil menjongketkan matanya.

"err...tu mana la aku tahu "jawab yerin sedikit gagap.

"tu dah kenapa gagap-gagap...betul la tu."celah yuju menyokong sowon.

"hajima! tukar je la topik lain."yerin gelabah.

"wuuuu~"gfriend menyakat yerin.

Pantas yerin berlari meninggalkan mereka di belakang .

Exo p.o.v

pada waktu malam baekhyun berada di dalam biliknya. Baekhyun mncapai handphone nya lalu menelefon taeyeon.

"yeobusaeyo.."taeyeon mengangkat panggilan.

"taey sibuk tak? jom keluar...oppa bosan la."ajak baekhyun.

"erm...rasanya sekarang tak boleh la..mianhe..."taeyeon membalas dengan tenang. 'honey~ambilkan tuala...'kedengaran satu suara seperti dari seorang lelaki.

'aikk!time bila pulak taeyeon ade orang lelaki dalam rumah dia pulak ni'bisik hati baekhyun.

"i've got to go now bye."taeyeon mematikan panggilan.

"yeobusaeyo,...yeobusaeyo!!"baekhyun melihat panggilan sudah dimatikan .

"macam ada bende yang tak kene la."kata baekhyun seorang diri berasa hairan dengan suara yang kedengaran di panggilannya sebenyar tadi.

Beautiful♡~2Where stories live. Discover now