20: End

7.9K 146 3
                                    

Beberapa hari setelah aku pulang dari PD, Papa dan Mama menyatakan hasrat mereka untuk berpindah ke Amerika Syarikat.

Pada mulanya aku memang tidak mahu mereka berbuat demikian, tetapi apabila Amar mengingatkan aku bahawa mereka berhak memilih kebahagiaan mereka, aku mengalah.

Syarikat Papa ?

Sudah tentu Amar yang uruskan semuanya.

Pengarah muda yang berjaya bak kata Mama.

Mama dan Papa sudah selamat sampai di Amerika. Mereka telah membeli rumah yang agak besar di sana. Papa juga telah mewariskan rumah yang sedia ada di Malaysia ini pada kami.

Katanya sayang mahu jual! Banyak kenangan  yang tersimpan di rumah ini.

Sekarang ini aku hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan atas paksaan mana-mana pihak, tapi atas dasar perlu menjaga makan dan pakai suami.

Sally dan Mila apa cerita ?

Sudah lama menyepi.

Dengar cerita, Sally telah berjaya menguruskan Syarikat milik daddy-nya. Daddy Sally telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan hal syarikat sepenuhnya.

Samalah kes-nya dengan Amar.

Mila pula?

Mila sudahpun bersuami.

Suaminya ialah Faizal, Senior kami semasa di zaman U dulu.

Panjang betul jodoh mereka.

Mila juga telah mempunyai 2 orang anak, katanya sepasang kembar.

Mesti comel.

Adakalanya Amar bertanya kepada aku, bila pula giliran kami pula untuk mempunyai zuriat?

Bukan tak mahu,

Cumanya aku belum bersedia. Dia pula tidak pernah memaksa. Itu adalah salah satu faktor punca aku mula jatuh hati pada Amar.

♥♡♥♡♥

"Hello?"

"Hello sayang! You kata nak makan red-velvet cheese kan? I beli sekotak cukup tak?"

"Sekotak mana cukup! I nak 3 kotak"

"You ni waras lagi ke tak? Kalau gemuk macam mana?"

"I nak pergi melawat Mila dengan Sally. That's why I mintak sampai 3"

"Tak inform dengan I pun"

"Ni tengah inform la"

"Ok, lagi 10 Minit I hantar you punya kek"

"Thanks Amar!"

"Most Welcome sayang"

Telefon aku letak di atas kaunter dapur.

Hari ini aku akan melawat Mila dan Sally. Yang sebenarnya aku dan Sally yang akan melawat Mila, katanya baru disahkan mengandung anak yang ke-2.

Opps!

Anak yang ke-3.

Beberapa hari lalu aku ada menelefon Mila, dia kata Faizal tak benarkan dia makan cheese semasa mengandung. Tapi dia teringin sangat. Jadi aku senyap-senyap membelikan kek untuk Mila.

Bukan Faizal tahu pun.

Sambil menunggu kepulangan suami tercinta, aku menyediakan beberapa peralatan untuk makan tengah hari bersama Amar. Seperti biasa, waktu lunch begini Amar akan pulang ke rumah.

ADILA ARYNA [✔]Where stories live. Discover now