14: First Day

5.4K 117 0
                                    

Papa sudah bersetuju untuk mengambil aku sebagai pekerja di syarikatnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu.

Hari ini adalah harinya. Aku akan ke syarikat dan memulakan tugasku sebagai COO syarikat. Pelik sungguh, bukan sepatutnya aku CEO ? Memandangkan Papa adalah Pengarah Utama syarikat, siapa pula yang mengambil jawatan CEO ? Mungkin Papa mahu aku mulakan tugas dari bawah, dan apabila aku sudah mahir barulah pangkat aku dinaikkan. Ya, itulah yang akan terjadi.

Pagi ini aku bangun sedikit terlewat. Bila sudah lewat, pastinya semua yang aku buat sedikit kelam-kabut. Aku bersiap-siap memakai pakaian formal. Aku menapak ke dapur dengan bersahaja. Tak padan dengan lewat !

"Morning Mama, Mak Jah. Amar"

Eh Amar ?

"Amar ? You tak masuk office ke ? Papa mana ?".

Baru aku sedar ketiadaan Papa.

"Papa dah gerak office"

Amar bersuara, lalu menghirup hot chocolate yang Mak Jah sediakan.

"Ouh, You? Tak gerak lagi ke ?"

"I ? I tengah tunggu sleeping beauty bangun. Nak ajak dia pergi office sekali. Atas permintaan Papa."

What? Sleeping beauty? Wah wah wahhh, perli ke puji ?

Aku menjeling sekilas, lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku jamah sedikit nasi goreng dan hot chocolate sebagai sarapan. Lalu Amar mengajak aku ke keretanya untuk ke pejabat. Amar terlebih dahulu pergi ke pintu utama tanpa menungguku. Menyampah. Sengaja aku melambat-lambatkan langkahku. Biar dia rasa.

---------------------------------------------------

Akhirnya, sampai juga aku di syarikat Papa yang berdiri megah di tengah ibu kota. Sebenarnya aku penat mendengar celoteh Amar dalam kereta sebentar tadi. Macam-macam pesanan Amar. Macamlah aku ni masih bersekolah tadika. Di pejabat aku disambut oleh P.A Amar, Wahh, apa sebenarnya jawatan Amar ? Macam pernah aku lihat perempuan ini. Ya, di kedai buku itu. Aku pandang tag nama wanita itu. 'JANNA' nama dan orangnya sangat sesuai. Cantik. Amar bawa aku ke sebuah bilik yang agak besar. Katanya, pejabat aku tidak jauh dari pejabatnya. Hanya selang beberapa bilik sahaja, senang untuk berhubung tambahnya lagi. Apa apa sajalah.

------------------------------------------------

Waktu lunch sudah hampir. Di atas meja aku masih bertimbun-timbun project file yang perlu aku uruskan. Selama ni Amar yang handle semua ni ke ? Peduli apa aku. Nampaknya aku tidak keluar untuk makan tengahari. Memang menjadi sifat semulajadi aku, aku tidak suka menangguh sesuatu kerja. Tadi, Amar ada mengajakku keluar makan. Aku menolak pelawaannya sekeras-kerasnya. Malas untuk berkelahi, dia pun keluar. Aku hampir tergelak melihat reaksi muka Amar yang berkerut itu. Sumpah lawak.

🍫♡♥🍫♡

Sementara semua staff di Syarikat itu keluar makan, aku pergi ke pantry untuk membuat air kopi. Tekak oh tekak ! Semasa perjalanan pulang ke pejabatku, aku terpandang carta organisasi Syarikat. Gambar dan nama semua pentadbir syarikat terpampang di carta itu. Mestilah gambar Papa berada di atas sekali. Aku cuba mengingat nama dan wajah para pentadbir, mudah untuk aku bertanya nanti. Sudah puas melihat, aku bergerak. Oh ya, Jawatan CEO ! Aku lupa nak lihat. Aku pusing semula, dan mataku mula meliar mencari jawatan dan si penyandang jawatan itu, walaupun aku tahu jawatan itu pastinya kosong buat sementara ini.

Tidak ?

Amar?

Amar, CEO MEGAH HOLDINGS ?

Ini pasti Satu kesilapan. Atau mata aku benar-benar tidak menipu.

Papa sudah khianati aku, Dan Amar ! Amar dah rampas jawatan aku.

AKU BENCI AMAR !!!

♥♡♥♡♡

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya mendiamkan diri. Amar juga, mungkin masih terkesan dengan kejadian tengahari tadi ?

Aku masih tidak puas hati tentang jawatan itu. Tapi buat masa ini aku hanya mendiamkan diri, kerana aku penat menyiapkan tender syarikat. Bukan bermaksud aku benarkan Amar menyandang jawatan itu. Tidak ! Tidak sama sekali.

Makan malam juga sunyi tanpa suara Papa, Mama dan Amar. Tahu sahaja aku sedang memarahkan sesuatu.

Setelah habis makan malam. Kami semua, menunaikan solat isyak. Aku join pun sebab bosan, tiada apa-apa hendak aku lakukan. Usai solat, aku saja melepak di ruang tamu. aku sengaja membuka TV, sedangkan mata aku tertumpu pada majalah yang Mama beli. Aku menyedari Amar mendekatiku. Aku benci melihat Amar, apa sebenarnya yang dia mahu ? Harta Papa ? Jika itu yang dia mahu. Aku perlu berhati-hati.

Jelingan Maut aku lemparkan.

657 Words.

ADILA ARYNA [✔]Where stories live. Discover now