Hello ! Mr Husband | Bab 1

51.6K 829 5
                                    

Kawasan rumah agam milik Tuan Helmi dan Puan Nasuha kelihatan meriah . Khemah sudah di pasang di luar halaman rumah . Sedang mereka sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk majlis perkahwinan Anis iaitu anak kedua mereka . Tiba-tiba loceng rumah di tekan dua kali oleh seseorang . Puan Nasuha berada di dapur bersama Mak Ton . Dia meminta Mak Ton untuk membuka pintu . Mak Ton pula orang gaji mereka tapi mereka lebih menganggap Mak Ton seperti sebahagian daripada keluarga mereka . Sudah 12 tahun Mak Ton berkhidmat di rumah agam ini .

"Mak Ton , tolong buka pintu boleh ?" Pinta Puan Nasuha dengan lembut saja nadanya .

"Boleh puan ." Mak Ton mengangguk lalu bergegas ke pintu utama kediaman itu .

Mak Ton membuka pintu . Terdapat seorang gadis berdiri tegak di hadapan pintu itu . Mak Ton terus memeluk gadis itu . Nampaknya Mak Ton mengenali gadis itu .

"Qasha ! Mak Ton rindu Qasha !"

Qasha ni pula anak bongsu Tuan Helmi dan Puan Nasuha . Berumur 20 tahun dan sambung belajar di China . Hampir setahun Qasha tidak pulang ke rumah agam ini , buzy belajar di China . Ini juga anak kesayangan Puan Nasuha .

"Qasha pun rindu Mak Ton ! Mak Ton sihat ?" Balas Qasha sambil membalas pelukan Mak Ton .

"Alhamdullilah , Mak Ton sihat aje . Ni Qasha balik tak bagi tahu kami pun . Bukan Qasha cakap dekat ibu tiket flight habis ? Qasha tipu ya ?" Soal Mak Ton .

"Qasha tipu untuk kebaikan , tak salahkan ?" Qasha ketawa selepas menghabiskan ayatnya .

"Siapa ajar tipu ni ?"

"Mak Ton ajar , tak tak Qasha gurau" Qasha tersenyum sampai menampakkan baris giginya yang tersusun cantik dan juga putih .

"Ohh , pandai sekarang guna nama Mak Ton ye ?" Mak Ton mencubit lengan kecil milik Qasha .

"Sakitlah Mak Ton . Okey Qasha tak buat dah , janji !" Qasha mengangkat tangan seperti ingin membaca rukan negara  .

"Dah pergi masuk , ibu kamu mesti terkejut tengok kamu balik ni . Beg ni biar Mak Ton angkat bawa masuk ke dalam rumah . Jangan risau Mak Ton kuat ." Kata Mak Ton dengan penuh yakin sambil membuat gaya untuk menunjukan lengannya kuat . Qasha tergelak , geli hati melihat kerenah Mak Ton .

"Terima kasih Mak Ton ! Okey Qasha masuk dulu ." Qasha masuk ke dalam rumah agam itu selepas membuka kasutnya .

---

"Mana Mak Ton ni ? Lamanya buka pintu , kita dekat sini pula yang risau ." Kata Puan Nasuha yang sedang memotong sayur .

Qasha terus ke dapur selepas mendengar suara insan yang sangat di sayanginya . Qasha jalan perlahan-lahan ke arah ibu tercinta supaya Puan Nasuha tidak sedar akan kehadirannya di situ . Apabila Qasha sudah berada di belakang ibunya , Qasha menutup mata Puan Nasuha dengan kedua-dua tapak tangannya . Terus Puan Nasuha berhenti memotong sayur .

"Si .. Siapa ni ?" Tergagap-gagap Puan Nasuha menyoal . Qasha sudah tergelak kecil di belakangnya .

"Tetamu kesayang ibulah ." Jawab Qasha ringkas .

"Siapa ? Lepaskan saya ." Gagapnya sudah hilang . Kira dapat semangatlah ni ?

"Saya anak kesayangan ibulah ." Qasha terus membuka mata ibunya itu yang ditutup dengan tapak tangan Qasha tadi .

"Qasha !!!" Puan Nasuha terus bangun daripada duduk di kerusi itu dan memeluk tubuh anak gadis kesayangannya itu .

"Ibu rindu Qasha ! Rindu sangat-sangat ni ! Ibu hampir nak nangis semalam bila Qasha cakap Qasha tak boleh balik sebab tiket flight habis ." Puan Nasuha menangis kegembiraan dan memeluk anaknya itu lebih erat .

Hello ! Mr Husband ✔Where stories live. Discover now