01

6.1K 730 60
                                    

"Yoorae? Macam mana kau sendiri pun tak tahu nak bayar bil ni? Selama ni kau belajar apa kat sekolah duh?" bebel GaEun.

"aku memamg tak tahu lah. Kat sekolah mana ade belajar masukkan duit and bayar bil." kata aku sambil mencebik.

"habis tu selama ni sapa yang bayarkan tuk kau?" Soal Jimin.

"Aku tak tahu. Dia pekerja parents aku, nama dia Jinoo." kata aku.

"Ni takleh jadi. Kita kena ke pejabat pekerja parents kau sekarang gak" kata GaEun. Dia menarik aku biar aku jalan cepat lagi.

•••

"Maafkan kami, Cik Yoorae. Tapi, duit simpanan Cik semua dah dicuri oleh Jinoo. Tetapi sekarang ni, Dia telah menghilangkan dirinya dan tak dapat dijejaki."

"apa ni Encik? Jadi kemana duit-duit saya? Semua duit yang parents saya bekalkan pada saya bertahun-tahun untuk perbelanjaan saya sepanjang hidup saya dulu ade dekat dia!" kata aku. Aku menghentak-hentak meja Encik Goot tu.

"Sabar Cik, memang dah banyak yang jadi mangsa pencurian duit simpanan ni, apa yang cik boleh buat sekarang ni hanyalah bersabar."

"bersabar? Macam mana saya nak bersabar? Sekarang ni saya tiada duit simpanan semua disebabkan mahluk Jinoo tu!" kata aku lagi.

"kami mintak maaf cik. Kami akan segera mencari Jinoo tu. Dan kembalikan duit cik." kata Encik Goot.

"sampai bila? Macam mana saya nak hidup tanpa duit-duit tu?" soal aku.

"ada satu cara cik boleh hidup tanpa duit-duit yang dicuri itu." kata Encik Goot.

Aku memandang kearah Encik Goot. Mata aku bersinar-sinar. "Jinjja? Apa dia?"

"Kerja."

•••

"Aku nak kerja apa duh..?" soal aku pada dua kawan karib aku ni.

GaEun dan Jimin berpandangan.

"Kau kena kerja lah ni?" soal Jimin.

Aku mengangguk. "tu jelah cara aku nak sara hidup aku tanpa harapkan duit parents aku yang dah melayang pergi ke mana tah tu."

"Takpe, Yoorae.. Kitorang akan tolong kau cari kerja okay? Kau takyah lah bersedih." kata GaEun lalu menepuk bahuku.

"yep, kitorang akan tolong kau." kata Jimin.

Aku hanya mampu mengeluh.
•••

Aku meluru kearah bilik apartment aku. Alangkah terkejutnya aku bila nampak Yoon aku dekat luar rumah.

Aku ternampak seorang penjaga diluar apartment aku.

"Hey! Kenapa kau bagi dia keluar huh?" soal aku.

"apartment kamu dah disita. Hanya kucing ni sahaja Tak disita. Jadi saya datang tuk jaga dia daripada merayau."

"Mwo? Disita? Bukan aku dah baya--"

"aniya, kamu tak bayar hampir setahun. Even kami dah bagi notis pun kamu masih lagi tak bayar." kata Namja tu.

"jadi, aku kena halau lah ni?" soal aku.

the nanny. Where stories live. Discover now