21

3.7K 237 0
                                    

🐬BERNIQAB VS PEMALU🐬

PART 21

Setelah kami tiba di restoran yang memang menjadi kegemaran aku dan KakMimi, kami duduk di tempat yang selalu kami duduk.
Kami memesan nasi goreng kampung beserta tomyam, sotong goreng tepung, sayur goreng dan air laici.
Sewaktu pelayan lelaki menghantar makanan yang dipesan tadi, lelaki tuu mengejitkan matanya kepada KakMimi dan KakMimi membalasnya dengan senyuman manis. Jika dulu, KakMimi hanya akan tunduk jaa.
Setelah selesai makan, aku tarik tangan KakMimi perlahan. Tangannya ku pegang erat.

"Kenapa ni sayang? Ada masalah? " tanya KakMimi lembut.
"Kak, saya nak cakap something. Tapi akak jangan laa marah atau tengking saya. Saya tegur kerana saya sayangkan akak." kataku perlahan-lahan.

"In shaa Allah, apa benda tuu dik? " tanyanya dengan penuh tanda tanya.
"Kak, kenapa akak sekarang bukan macam dulu saya lihat. Kalau dulu, akak seorang yang sangat pemalu seperti pokok semalu.. Akak selalu tegur saya bab ikhtilat bagai. Saya taknak akak terus seronok dibuai keindahan maksiat. Saya taknak akak dekati jalan-jalan zina. Saya tahu kak, saya ni jahil. Taklayak nak tegur akak. Tapi kerana saya sayangkan akak, saya tegur" kataku..

KakMimi membalas dengan agak kasar "Eh, dik. Akak bukannya pegang-pegang tangan pun dengan tunang akak. Lagipun dia bakal suami akak. Takkan takboleh untuk akak kenal-kenal dia? "

Aku menjawab, " Kak, dulu kak pernah nasihat saya. Akak lupa apa tujuh jalan yang MENDEKATI ZINA? Dan kebanyakan dari punca berlakunya zina, bermula dengan jalan-jalan mendekati zina? Ye saya tau dia bakal suami akak.. Tapi, dalam tempoh bertunang pun ada batasnya kak. Saya yakin akak lagi arif dari saya.

Dia diam membisu. Selepas beberapa tika, dia menjawab "Argh. Lantak aku lah.. Asalkan aku takkacau kau. Okay lah aku balik dulu. "

BERNIQAB VS PEMALUWhere stories live. Discover now