Kereta apung pandu sendiri itu mendarat betul-betul di dalam garaj. Seorang lelaki berbaju kemeja keluar perlahan-lahan dari dalam perut kenderaan itu. Dia berjalan ke pintu rumah sambil menjinjit beg kerja. Dia tunduk dan mengimbas retina matanya. Tombol pintu muncul. Dia pulas tombol dan kemudian tolak pintu.
"Sayang, I'm home".
"Welcome home. Macamana dengan kerja hari ni?"
Dia senyum bila terlihat isterinya tersenyum juga. Hari-hari dia pulang menghadap wajah yang tersenyum itu. Bahagia.
"Ok je. Tapi kan, part yang paling best kerja is when I come home to you".
Wanita di hadapannya tersipu. Wajahnya sedikit kemerahan menahan malu.
"Sayang nak makan? Petang tadi sayang ada try resepi purba. Rendang daging. Robo-chef tolong masak".
"Oh mestilah. Sayang pandai pilih resepi. Bau je pun da tau sedap".
Dia cuba dakap wanita yang ada di hadapannya itu. Tapi jasadnya menembusi jasad wanita itu. Dia jatuh ke lantai.
Wanita itu berpaling dan melihatnya. Mahu menghulurkan tangan tapi kemudiannya menukar fikiran.
"Sayang ok?"
Selalu dia terlupa. Ini bukan lagi isterinya yg dulu.
Hanya sekadar piksel dan data.
ESTÁS LEYENDO
ISTERI
Historia CortaCerpen mengenai seorang suami dan seorang isteri. Bahagia, tapi bukan seperti yang diterima norma.
