what?!

37 1 2
                                    

"Hai, jauh termenung. Kotak apa tu,"aiman menengur. "Oh, abang man. Takde apalah. Teringat kisah masa sekolah menengah dulu. Mia selalu terima surat dengan rantai entah daripada siapa. Tapi mia simpan je," mia menghadiahkan senyuman manis kepada aiman. Aimanlah cinta pertamanya. Namun aiman tidak mengetahui isi hati damia. "Ooh, takpelah. Abang pergi dulu ye. Bye,"aiman melangkah laju meninggalkan damia. "Bye".

"Mia, oh damia. Mari tolong mama angkat barang ni,"datin aisyah memanggil damia. "Kejap mama. Nanti mia turun." Sekelip mata sahaja damia telah berada di dapur. "Mama, siapa yang datang tu?"damia perasan ada orang di ruang tamu. "Kalau nak tahu bawa air ni keluar,"ibunya mengarahkan damia. 'Metang metang damia seorang anak gadis mama, disuruh pulak bawa air ni. "Dah datang anak dara papa ni,"dato arman bersuara apabila melihat damia keluar membawa dulang. "Ish papa ni, malu mia tau.

"Wah, besar dah anak buah uncle ni," dato haikal menegur damia. "Eh, uncle!"sejurus itu damia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dato haikal. "Haziq, masuklah. Buat apa tercegat dekat luar tu,"dato haikal menyuruhnya masuk. Damia berasa tidak selesa melihat haziq meminta diri untuk masuk ke biliknya. "Apalah yang seronok sangat papa bual"hati damia bersuara. Ingin juga dia tahu. Dengan langkah yang senyap damia menghampiri ruang tamu....

"Sebenarnya kami datang ni ada hajat,"datin sheila bersuara. "Apa hajatnya?"datin  aisyah bertanya. "Kami datang ingin menyunting bunga yang sedang mekar di taman,"dato haikal memberi penjelasan. Dato arman dan datin aisyah masing masing berpandangan. Tercetuslah gelak di ruang tamu itu. "What?! Oh my God. Putri damia hani, say something. Me? With him?!"damia terkejut. Biar betul apa yang dia dengar ini.

"Kalau pasal ni kena tanya empunya diri,"dalam hati datin aisyah dia bersyukur dengan apa yang terjadi. Bahagia ingin melihat damia berpunya tidak terkata. Damia senyap senyap mengundurkan diri. Tiba tiba tangannya tertempuh dengan perhiasan di almari." Mia, kenapa tu?"datin aisyah memanggil damia apabila mendengar barang terjatuh." Mia ok mama,"jerit mia dan terus berlari ke arah biliknya..
  Bedebuk! "Mama, sakit!"damia menangis. "Ya Allah, kenapa dengan anak mama ni?"semuanya terus pergi ke tangga. "Mama, sakit, tangan damia tak boleh bergerak,"damia terus menangis. Haziq memegang tangan damia. Berbunyi seperti tulang patah. "Pa, tangan damia patah ni. Haziq boleh bawa pergi ke hospital. Biar haziq rawat. Luka kat kepala ni pun haziq takut ada kesan,"haziq bersuara. 'Oh, patutlah ada rasa ada cecair panas je kat kepala ni. But, what?! Haziq is a doctor?'damia masih lagi tidak percaya. "Pergilah bawa dia ke hospital sekarang. Papa dengan mama duduk kat sini kejap. Ni kuncinya," dato haikal menghulurkan kuncinya. "Mari, saya bawak awak ke kereta,"haziq bersuara.

"Awak doktor ke?"damia bersuara.  "Eh, taklah, tukang kebun,"serius sahaja suara haziq. "Amboi, garangnya,"damia cuba untuk bergurau. "Hmmm,". 'Itu sahaja jawapannya? Someone, help me! Oh my god, damia, say something. Selesai membuat rawatan mereka pulang.

"Damia, mari sini.  Mama nak tanya,"datin aisyah memanggil damia. "Apa dia, mama?"damia mendekati mamanya. "Damia, damia terima tak pinangan haziq?"jelas datin aisyah. 'Mama, please. Dengan orang yang takde perasaan ini?' Masing masing bedebar sahaja muka menunggu jawapan damia. Damia mengangguk setuju. "Alhamdulillah"serentak dengan suara mengucap syukur ke hadrat illahi. 'What's wrong with you putri damia hani? Oh my god. Awak dah buat salah yang besar. "Minggu depan juga kita tunangkan mereka berdua ni. Bulan depan kita langsungkan majlis perkahwinan. Lagi cepat lagi baguskan?"dato haikal bersuara. Yang lain gelak dan mengangguk tanda setuju. Haziq hanya tunduk melihat lantai. Mukanya merah mendengar jawapan damia tadi.' Akhirnya,  aku berjaya juga mendapatkan dia. Haih, damia , damia. Sekolah menengah lagi aku tunggu kau.



Akhirnya, cuma tinggal 2 minggu lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. "Abang Man, nah. Ni kad kenduri mia. "Oh, mia dah nak kahwin ke? Congratulation,"selamba sahaja aiman bercakap. Riak muka damia berubah mendengar jawapan aiman. "Mia ok tak? Kenapa ni?"aiman perasan dengan tingkah laku damia. "Mia ok je,"nasib baik air mata yang hampir hampir meleleh tidak aiman nampak. Sebuah kereta alpha berwarna merah berhenti di tepi mereka. "Damia, masuk kereta cepat. Sorry Aiman, I have to take damia back home,"kata haziq. "Oh, sure. Damia pergilah balik,"aiman menyuruh damia pulang. 'Menyibuk je dia ni'damia dengan muka masam masuk ke dalam kereta

"Awak tu dah kenapa mata merah berair?"sempat juga haziq berpaling ke arah damia. "Masuk habuk. Tu pun nak tanya," damia menjeling. "Iyeke, ke menangis. Hahaha,"haziq gelak.' Alahai, gelakla pula dia ni. Boleh bergurau masa macam ini. Oh my god, cepatlah sampai kat rumah. "La, pandai jugak awak bergurau. Saya ingat awak robot,"damia membalas."What?! You say I'm robot?"terkejut haziq. "Yes. Robot. Robot yang tiada perasaan,"dengan selamba damia membalas. "Hahahahaha,"gelak haziq." Awak ni kenapa gelak tak ingat dunia. Tak pasal pasal awak drive termasuk dalam parit,"damia membalas dengan jelingan. "Dah awak buat lawak saya gelaklah. Tak baik tau doa macam tu,". Damia hanya diam dan mengharapkan cepat sampai ke rumah.

"Terima kasih ye encik robot sebab hantar saya balik. Terima kasih sangat!"damia terus berlari ke biliknya dan menghempas pintu biliknya dengan kuat." Kenapa dengan damia tu, haziq?"datin aisyah bertanya. "Entahlah, aunty,"haziq tersenyum. "Marilah minum teh dulu, uncle dia tak balik lagi,"pelawa datin aisyah. "Takpelah. Ni pun datang sebab nak hantar damia. Saya pulang dulu ye, aunty,"haziq menolak dengan baik. "Takpelah kalau macam tu. Assalamualaikum. Bawak kereta tu baik baik,"pesan datin aisyah." Waalaikummusalam. Insyaallah,"balas haziq sebelum kelibatnya hilang bersama keretanya

Sepucuk Warkah CintaWhere stories live. Discover now