DRA - Prolog

25.9K 563 53
                                    

Aku menghirup kopi o panas yang baru saja aku buat sendiri tadi. Angin lembut menyapa wajahku. Sesekali aku menggosok kedua tapak tangan ku bagi mengusir kedinginan. Memandang kesibukan di luar dari balkoni apartment yang aku tinggal.

Kalaulah ada biskut Marie ke cream o mesti best cecah dengan kopi ni. Huft.. Tidak lama selepas aku sibuk memerhati manusiawi di negara ni, henfon aku berbunyi. Masuk sebuah panggilan melalui whatsapp daripada kak long.

"Helo, along"

"Assalam Lang," kedengaran riuh rendah di belakang along. Mesti diaorang tengah kumpul ni. Aku menjawab salam along. Sesekali along menyuruh mereka diam. Along sambung lagi.

"Alang, angah nak tunang raya nanti, pastikan alang book awal tau ticket. Kalau tak, along sendiri yang belikan, alang dengar tak ni?" Aku hanya tersenyum mengiyakan. Lepas tu, baru lah dia bertanya kabar. Selepas bercerita itu ini dengan along. Adalah dalam dekat satu jam bercerita dengan along.

Finally angah nak jugak tunang dengan abang tu. Aku teringat kembali angah punyalah berkeras tak nak terikat dulu sebelum dia stabil. Katanya nak bahagiakan ayah dulu. Aku termenung kosong melihat cahaya matahari yang kian memudar. Risau..

Bukan risau pasal tak dapat cari ticket balik raya nanti, atau risau kan angah yang katanya dah sedia jadi tunangan orang. Dah tiga tahun aku mengelak balik Malaysia. Sanggup beraya di perantauan. Sampai family aku dah merajuk. Nak jadi Malin kundang ke tanggang nih?

Tak adalah derhaka macam tu, tiap minggu aku call ayah tanya kabar. Call adik beradik yang lain.

It has been three years I've not seen her beautiful face anymore. Tipulah, adalah dari media sosial. I mean, face to face, mata ke mata. Turun ke hati tu. Aku macam tak sedia lagi nak bertemu dengan pemilik hatiku ini. Aiseh.. yes she's still the queen of my heart.

Nampak gayanya, aku kena kumpul seluruh kekuatan yang ada untuk kemungkinan bertemu dengannya. Kalau, kalaulah terjumpa. Aku berharap? Ya, memang tapi aku tak sedia. Macam angah pulak dah.

Aku kembali menghirup kopi o yang dah sejuk. Bergetar gigi aku. Segera aku masuk ke dalam membawa mug kosong tadi meninggalkan semua kecelaruan, kerisauan aku di bawa angin musim luruh.

Aku selesa macam ni.. terngiang-ngiang kata2 yang dia ucapkan suatu ketika dulu.

Yang menjadi permulaan kisah kami.

*****

14/6/2016 ; 16/8/2017

Hai gaiss. Am soo happy to see u gais back in here. I wish u enjoy reading this story as much I enjoy writing this before!

Your votes and comments really made my day. Kalau jadi silent reader pun sy tak kesah, dah singgah baca pun buat sy bersyukur. So lets begin!

This version I'll try my best to reduce the typo. Ahaha

Arigato gozaimasss!

© anne3993 2016
Dia Roommate Aku

Dia Roommate AkuWhere stories live. Discover now