Asyraf Syahid sedang bersiap untuk ke college . Dia mengenakan baju t-shirt biru dengan jaket kulit hitam di depan cermin . Sambil memandang cermin dia tersenyum ."Hensem jugak aku ni".Dia memuji dirinya . Kemudian dia memandang jam tangannya yang menunjukkan pukul 9.30 pagi . Asyraf mengambil bagnya dan turun untuk bersarapan .
"Mama,abah good morning! ". Asyraf meletak bagnya di atas kerusi dan duduk di sebelah abahnya , Datuk Kamal . "Good morning , Asyraf. Hensemnya anak mama" . Datin Syarifah tersenyum memandang anaknya . "Tengoklah siapa abahnya kan Asyraf". Datuk Kamal mencelah . "Betul tu , like father like son". Kemudian mereka ketawa seperti keluarga bahagia .
"Hmmm yelah...". Datin Syarifah seperti merajuk . "Ala mama ni merajuk pulak, nanti Asyraf carikan mama menantu ya". Asyraf cuba untuk memujuk mamanya . "Yelah tu ,cepat makan pergi college". Datin Syarifah menyuruh anaknya makan hidangan yang tersedia di atas meja makan .
"Mmmm , sedapnya mama masak". Asyraf menambah lauk lagi . "Tengoklah isteri siapa". Datuk Kamal mengangkat keningnya sambil ketawa . Kemudian Datin Syarifah mencubit lengan suaminya kerana terharu dengan kata-kata suaminya .
Pinggan Asyraf sudah licin . Dia bangun lalu pergi ke sinki dapur untuk membasuh pinggan dan tangannya . Kemudian dia pergi ke arah mama dan abahnya lalu menghulurkan tangannya untuk menyalam mereka . " Asyraf pergi dulu ye mama, abah.Assalamualaikum" "Waalaikummussalam". Mereka jawab serentak . Datin Syarifah dan Datuk Kamal memandang Asyraf sambil tersenyum .
Asyraf terus mendapatkan bagnya dan dia keluar dari rumah . Dia mengeluarkan kunci keretanya dan masuk ke dalam kereta . Enjin kereta dihidupkan . Asyraf memasang radio , lagu sudah ku tahu dimainkan di era fm . Kemudian Kasyaf menyanyi sambil membawa kereta .
"Mengapa masih lagi ku
berdiri ku menunggu cinta mu
mengapa masih ada mu
menyakiti di siang malam ku
aku terima cinta ku dipersiakan
ha...ha...
sayang...Uhukk...uhukkk"
Asyraf menjerit didalam kereta . Seperti hendak terkeluar anak tekaknya kerana menjerit
Nota drpd Penulis:
Hai and Assalamualaikum readers.Sepanjang korang semua baca maaf kalau ada tertypo ke salah bahasa ke sorry.Apa² thanks sebab baca cerita saya.Best tak? Kalau best apa salahnya bagi votes? Dan kalau ada apa² cadangan untuk next part boleh lah korang semua comment.Terima kasih.
YOU ARE READING
MilikKu
Teen FictionMengisahkan seorang jejaka kacak yang digilai ramai gadis di kolejnya. Tetapi dia tidak berminat dengan gadis-gadis di kolejnya. Suatu hari tibanya seorang gadis kampung yang tidak pandai menonjolkan kecantikannya. Gadis ini telah berjaya membuatkan...
