34; cuba

165 14 0
                                    

Im backkk👋👋👋

&&

"Jessica.. Jangan buat unnie macam tu.. Appa tak suka. Dia baik, jangan buat dia macam tu ya, sayang..Dia sayangkan Jessica. Ingat tu"

"Tapi appa.. Dia dah ambik orang yang Jessica sayang.. Jessica benci dia !!"

"Jangan. Jangan benci dia. Dia lah yang akan jaga Jessica kalau omma dah takde nanti. Percayalah cakap appa, unnie baik dan sayangkan Jessica, dengar cakap appa ya"

"tsk..tskk. tapi appa.."

"Appa pergi dulu, jaga omma dan unnie kamu elok-elok ya. Jangan buat perangai lagi. Appa tahu Jessica anak yang bijak. Appa sayang Jessica.."

"Appa..Appaaaa !!"

Bayang Encik oh, Makin lama. Makin jauh dan hilang dari pandangan mata Jessica.

Jessica menangis selepas sahaja bangun dari tidur. Apakah yang dimimpikan itu benar? Sejujurnya, dia amat merindui appa nya itu.

"Appa.. Kenapa apa pergi awal sangat? Jessica rindu appa" Kata Jessica dan terus menangis. Dia sedih dengan kejadian yang menimpanya itu.

[Jessica POV]

Salah sangat ke perbuatan aku? Perlu aku minta maaf dekat Hayoung? Tapi.. haih

Sehun macam mana? Aku sayangkan Sehun. Sehun aku punyaaa !!!! Jerit aku dalam bilik. Rumah ni kosong. Tanpa sesiapa. Aku memang suka hidup kosong macam ni.

Semenjak omma belikan rumah ni khas untuk aku. Takde siapa pun aku benarkan masuk. Aku hias rumah ni dengan cantik. Rumah ni lah kawan baik aku.

Omma. Entah kenapa aku rasa macam aku ni bukan anak omma. Sebab omma lebih sygkan Hayoung dripada aku. Tapi bila aku fikir balik, kalau omma tak sayangkan aku. Mesti omma tak beli rumah sebesar ni untuk aku sorang.

Hayoung. Aku malu dengan dia. Perlu ke aku mintak maaf dekat dia? Nak ke dia maafkan aku? ARGHHHHHHHHH...

'Jessica, kau kena ingat. Dia tu kakak kau. Dia sayangkan kau. Tapi kau yang tak nampak semua tu. kau tak tahu malu ke, Jeesica? Sedarlah' kata hati aku.

Lamunan aku terhenti apabila ketukan pintu rumah bergema. Ada orang datang. Siapa agaknya?

Perlahan-lahan aku membuka pintu dan rupanya Suga yang datang. Dia datang dengan muka yang tetap gembira walaupun aku dah banyak kali tolak dia.

Pernah dia marah, tengking dekat aku. Tapi, aku buat tak heran je, sebab apa? Sebab aki memang tak suka dia. Aku nak Sehun.

Aku memandang wajah Suga. Entah kenapa aku rasa kesian pulak dekat dia. Aku terbayang perasaan aku ketika ditolak Sehun depan orang ramai. Sakit, pecah. Begitukah perasaan Suga apabila aku menolaknya berkali-kali?

Kini, aku menangis. Aku jatuh ke dakapan Suga. Dia membalas pelukan aku itu.

"Wae?" Tanya Suga.

"Sekejap je" balas aku. Air mata aku mula jatuh, banyak. Jadi, benarlah aku sedih? Tapi sebab apa? Sebab Suga? sebab Sehun? Sebab Hayoung? sebab omma? Atau sebab appa?

SEMUANYA. Aku pasti, semua itu membuatkan aku sedih sekrang. Aku bersalah kepada semua orang. Jahatnya aku.

"Jahat sangat ke aku ni?" Tanya aku masih dalam posisi memeluk Suga.

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Suga. Aku terus melepaskan pelukan, tangan aku meraup muka. Aku masih menangis teresak-esak didepan Suga.

Dia menurunkan tangan aku dan memegang muka aku. Aku tak menolak dan aku terus memandang mukanya. Kami bertentangan mata. Hati aku sudah luluh. Dan mahu dirawat.

Saranghae wolfgirlWhere stories live. Discover now