27; unnie cantik

176 21 5
                                    

[Hayoung POV]

Selepas sahaja aku letak beg di bilik. Aku terus ke bilik Sehun. Bila aku ketuk, tiada siapa pun menyaut. Aku mula mengambil kunci tengah bilik kami.

Biliknya rapi, kemas. Senang mata memandang. Tetapi, orangnya tidak kelihatan. Mana dia? aku mencari-mencari di sekitar kawasan asrama. Pun tiada.

Mana hati aku sudah pergi?

"Cari siapa?" ada satu suara manis tapi garau menegur aku. Aku menoleh. Kyungsoo rupanya. Terkejut aku.

"Ehh, hm. Cari Sehun" balas aku, aku memandang ke lantai.

"Ohh, dia kata tadi nak pergi hutan. Katanya nak minum air sungai. Segar katanya" kata Kyungsoo dengan muka selambanya.

"Gomawo kyungsoo 'bow' " Aku bergegas pergi ke hutan. Dah senja ni, takkan dia tak balik-balik lagi? risau pula aku.

Aku berlari sepantas mungkin, tenaga serigala aku sudah membuak-buak. Entah kenapa, jadi semangat nak cari Sehun.

Kini, aku dah sampai hutan. Kyungsoo kata sungai kan? aku mula bergerak ke arah hilir. Ada air sungai yg deras mengalir. Sepanjang aku berjalan. Aku teringat kenangan manis aku dengan Sehun.

Tempat ini, dia buatkan aku unggun api. Dan semalaman kitorang tertidur dekat sini, sampai masuk kelas lambat. Air mata aku mula jatuh ke pipi. Aku berjalan lagi, dan aku teringat. Disini lah aku dan Sehun melihat matahari terbenam bersama-sama.

Kali ini, aku tersenyum. Aku rindu pelukan hangat Sehun. Sampai sekarang Sehun tak kelihatan. Aku teruskan berjalan.

Aku ternampak susuk tubuh yang tegap di tepi sungai. Sedang duduk memandang air sungai yg deras. Aku yakin itu Sehun. Ya, betul.

Perlahan-lahan aku berjalan. Aku perhatikan yg dia sedang termenung. Mungkin kalau aku tolak dia masuk sungai yang deras tu pun dia tak sedar  agaknya. hehe

Aku memeluk dia dari belakang. Aku dah lama nak peluk dia. Aku rindu. Sehun terkejut. Tapi dia tidak menolak. Aku mula mengeluarkan air mata.
Kami terdiam.

"Mianhe.. tsk tsk" nangis aku. Memang salah aku. Aku tahu. Aku salah.

Sehun masih tidak menoleh. Tapi aku boleh rasa dia pun sedang menangis. Aku dapat rasa itu. Aku mengeratkan lagi pelukan. Dan aku terus menangis.

"Shhh shh.. gwenchana" Balas Sehun dan perlahan-lahan menoleh ke belakang untuk memandang aku.

Aku memegang tangan kiri Sehun. Tangan kanan Sehun pula memegang pipi aku. Kemudian, dia memeluk aku.

"Jangan tinggalkan saya lagi" Kata aku. Dia mengeratkan pelukan tanda setuju. Aku rindu pelukan hangat dari Sehun. Serious.

"mianhe" Sehun melepaskan pelukan dan menundukkan kepalanya. Dia menagis. Ini kali pertama aku nampak Oh Sehun menangis. Aku pun turut mengikut dia. Kemudian kami berpelukan lagi.

"Lain kali jangan buat keputusan terburu-buru" Satu suara bergema di hutan itu. Sehun dan Hayoung berpandangan antara satu sama lain. Suara siapa itu?

Tiba-tiba mereka ternampak ahjussi serigala menuju ke arah mereka.

"Ahjussi restui kamu berdua, Hayoung.. Maafkan ahjussi sebab pernah paksa kamu, mianhe" Ahjussi meminta maaf kerana pernah memaksa Hayoung berkahwin dengan cucunya iaitu Kai.

Hayoung berlari ke arah ahjussi dan memeluknya. Dia menggosok-gosok kepala serigala ahjussi. Ahjussi tersenyum.

"Gomawo ahjussi" Hayoung memeluk ahjussi. Sehun tersenyum dari jauh melihat adegan itu. Dia gembira. Ahjussi dapat bersikap baik dengan mereka.

Saranghae wolfgirlWhere stories live. Discover now