"Aku angkat la" kata Farah.

"Angkat la" balas Alisya malas. Pantas jari Farah menyentuh ikon hijau. Tidak lupa juga button speaker ditekan.

"Hello"

"Kau nak apa Ryan?"

"Eh ni bukan Alisya"

"Aku Farah"

"Alisya mana?"

"Tengah siapkan kain kapan"

"Siapa yang meninggal?"

"Kau la"

"Ahahahhaha"

Farah dapat mendengar ada suara lain yang gelak. Nampaknya Ryan bersama dengan yang lain.

"Nothing else? Okay bye"

"Kejap la. Cakap dekat Alisya aku dah sampai depan rumah"

Alisya terus mengambil telefonnya.

"Tak payah cakap aku dengar"

Pantas dia mematikan panggilan. Bunyi ketukan di pintu, membuatkan Alisya berpaling.

"Alisya dah siap ke?" suara dari luar itu membuatkan Shasha bangun dan pergi ke arah pintu.

Pintu dibuka.

"Great, jom turun"

Alisya dan yang lain berjalan menuju ke atas pelamin. Dilihat Ryan sedang berbual-bual. Keluarganya turut serta. Husna ingin berlari mendapatkan Alisya. Tetapi dilarang Adriana.

Tiada langsung secalit senyuman bahagia pada raut wajah Alisya. Apa yang mampu hanya sebuah senyuman palsu yang penuh dengan penderitaan. Sempat matanya dan mata Ryan bertemu. Pantas dia mengelak.

"Boleh kita mulakan?"

"Pengantin lelaki boleh tengok betul ke tu pengantin perempuannya" tutur tok kadi.

Ada yang tergelak kecil mendengar penyataan itu. Ryan hanya menyimpul senyuman pendek lalu mengangguk. Papa Alisya, Dato' Ashfaz duduk di hadapan Ryan.

Alisya sudah termenung jauh. Seolah-olah dia sudah masuk ke dalam dunianya sendiri. Satu suara pun tidak didengarinya. Apa yang dia dengar cuma.

"Sah" hanya itu sahaja. Yang menandakan dia sah menjadi milik Ryan Haikal. Dunianya bagaikan terhenti buat seketika.

"Alisya hulur tangan kau" suara bisikan Farah menyentakkannya.

"Hah?" dilihat Ryan sudah duduk di sebelahnya. Lelaki itu memegang cincin untuk disarungkan ke jarinya.

"Tangan Alisya" tegur Farah lagi. Pantas Alisya menghulurkan tangannya.

"Salam?" soal Alisya tidak mengeluarkan suara. Farah mengangguk. Muka pasrah ditayangkan. Tangan lelaki itu disalam. Kali ini Ryan pula mencium dahi Alisya. Dia memandang rakan-rakannya.

"Cepat sikit boleh tak? Aku tak selesa" kata Alisya dengan nada yang perlahan.

Ryan mencium dahi Alisya. Posisi mereka kekal begitu selama 5 saat. Selepas itu sesi bergambar bersama ahli keluarga pula.

Hampir setengah jam sesi itu berlangsung manakala tetamu sedang menjamu selera di luar. Alisya berjalan meninggalkan ruang tamu lalu masuk ke dapur.

Sebotol air mineral diambil kasar. Air diteguk. Tiba-tiba terasa kakinya dipeluk.

"Mummy Alisya" Husna mendongak memandang Alisya.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now