NLBU 49

15.6K 722 5
                                    

"Alisya Aryana wake up!" jerit si kakak. Bukan main susah lagi ingin mengejutkan adiknya. Sudahlah hari ini ialah hari di mana Alisya Aryana dan Ryan Haikal akan disatukan.

"Ergh. Pagi-pagi dah memekak" rungut Alisya sambil membaling bantal kecil ke arah muka Adriana.

"Ish kurang asam punya adik. Husna! Qistina! Sini kejap!" jerit Adriana selepas itu menayangkan senyuman jahat.

Muncul dua kanak-kanak perempuan dalam lingkungan dua hingga 4 tahun.

"Tolong mama boleh tak?" soal Adriana merendahkan tubuhnya separas eye level dua kanak-kanak itu.

Pantas Husna dan Qistina mengangguk.

"Tolong kejutkan mummy Alisya okay?" arahnya lalu menggosok kepala Husna dan Qistina.

"OKAY!" jawab mereka.

Bermulalah misi mereka untuk mengejutkan ibu saudara mereka. Habis katil Alisya menjadi trampoline. Terlompat-lompat mereka dengan riangnya. Melihat Alisya sudah bangun sambil memandang mereka tajam, pantas kedua-dua kanak-kanak itu lari meninggalkan bilik Alisya.

"Haih. Awal lagi" Alisya membetulkan rambutnya.

"What? Awal? Kau tahu tak hari ni hari apa? Ke dah hilang ingatan? Dah pergi mandi. 10 minit lagi kawan-kawan kau datang" bebel Adriana panjang lebar.

"Cepat Alisya!" melihat si adik tidak berganjak dia menjerit lagi.

Dia dan Alisya hanya berkau dan aku. Gara-gara Adriana merasakan dirinya tua jika Alisya memanggilnya kakak.

Alisya melangkah lemah ke bilik air. Sebelum itu sempat dia menghantar message kepada BG

Bawakan breakfast aku sekali

Selesai menghantar message tersebut, dia melangkah ke bilik air. Sakit telinganya mahu mendengar bebelan Adriana lagi. Kakaknya itu memang dengannya tidak mahu bertolak-ansur.

BG POV

Seorang demi seorang masuk ke dalam bilik Alisya. Amanda orang yang terakhir masuk, pantas menutup pintu. Alisya keluar dari bilik air dengan jubah mandi tersarung pada tubuhnya.

"Ramai ke dekat bawah?" soal Alisya sambil meleraikan tuala dari rambutnya.

"Ramailah" balas Shasha.

Alisya masuk ke dalam dressing room. Kawan-kawannya sudah biasa melepak di dalam biliknya. Jadi dibiarkan sahaja.

"Ryan tak ada call kau ke?" soal Farah.

Belum sempat Alisya menjawab, Amanda sudah memotongnya terlebih dahulu.

"Kau gila dia nak call. Mestilah tak" balas Amanda yakin.

"Aku tangkap dia dengan perempuan mana entah dekat mall. Buat drama romantika depan aku" tambahnya lagi.

Alisya mengangguk. Teringat semalam Amanda ada menghantarnya satu gambar Ryan bersama perempuan itu. Namun tidak dihiraukan.

"Cepatlah make up aku" arah Alisya.

Beberapa minit selepas selesai hasil karya Amanda di muka Alisya, iPhone Alisya menghentikan perbualan gadis-gadis itu. Farah yang berada berhampiran telefon itu melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin.

"Ryan Haikal is calling" jerit Farah yang berada di luar dressing room.

"Dia nak apa?" jawab Alisya.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now