Telekung

4.9K 221 32
                                    


Malam itu seperti malam-malam yang biasa di mana bulan masih tergantung indah menghiasi langit manakala bintang masih kekal berkerlipan berteraburan di langit. Kesemuanya kelihatan biasa, tanpa Ahmad sangka malam itu adalah malam luar biasa baginya.

Setelah selesai membasuh pinggan, Ahmad berjalan masuk ke dalam bilik kerana ada kerja sekolah yang perlu diselesaikan meskipun sekarang ini merupakan cuti semester. Ahli keluarganya yang lain semua telah pergi ke salah satu rumah saudaranya yang berdekatan katanya kerana ada saudara yang sakit. Lantaklah, Ahmad nyata lebih mementingkan privasi dirinya sendiri.

Seluruh lampu di sekitar kawasan rumah telah dipadamkan oleh Ahmad. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik dan terus membuat kerja sekolah. Fokusnya tiada berbelah bahagi melainkan kepada buku yang terbuka di hadapan mata.

Sedang Ahmad fokus membuat kerja sekolah, secara tiba-tiba dia dapat dengar sayup-sayup suara seorang wanita menangis mendayu-dayu. Ahmad berhenti melakukan kerja sekolah lantas bulu romanya meremang. Suara wanita itu terlalu perlahan dan ini mengingatkan Ahmad kepada kata-kata arwah atuknya.

"Kalau dengar macam dekat, benda tu jauh. Tapi kalau dengar macam jauh, benda tu dekat!!"

Ahmad pantas terbangun daripada duduk akibat badannya yang sudah menggigil ketakutan. Dia kemudiannya bingkas keluar mahu membuka lampu di ruang tamu namun langkahnya kali ini, langsung mati.

Ada seseorang bertelekung sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu menghadap tingkap yang terbuka luas. Angin sejuk bertiup perlahan, nyata berjaya membuatkan Ahmad semakin ketakutan. Bibirnya kelu mahu menyebut nama Tuhan. Apabila angin bertiup maka kain telekung itu turut berkibar perlahan seiring suara tangisan sedari tadi. Ahmad tidak tahu bala apakah yang telah menimpa dirinya. Telekung yabg dilihatnya itu lusuh dan terpalit calitan tanah merah.

Ahmad tiada langsung buah fikiran tentang apa langkah seterusnya yang perlu diambil. Dia buntu, badannya kaku.

Aaaaaarrrrr.....

Makhluk bertelekung itu mula menggoyangkan badannya perlahan dan semakin lama semakin kuat seiring tangisan yang turut semakin kuat.

Ahmad sudah menangis semahunya ketakutan, badannya menggigil teruk.

Ahmaaaaaaaad!!!!

Kain telekung itu secara tiba-tiba terbang ke arah Ahmad mahu membelitnya. Ahmad meronta-ronta apabila dia kini berada dalam belitan telekung itu yang mengganas. Bau tanah kubur mencucuk hidung Ahmad.

Ahmaaaaadddd....

Telekung itu berhenti berpusing dan kini statik. Ahmad pula terlopong luas kerana dia dapat rasa badannya dipeluk. Kain telekung perlahan-lahan jatuh membuka belitan di bahagian kepala Ahmad dan kini Ahmad dapat lihat susuk bertelekung itu memeluknya erat kini. Ahmad menangis dan meraung serentak. Dia sudah terlalu takut.

Aaaaaaaarrrrr!!!!

Makhluk itu mengangkat muka dan menjerit ke arah Ahmad yang terbeliak matanya melihat wajah makhluk itu yang ngeri. Wajahnya rentung, matanya putih semua dan hidungnya sudah tiada.

"Maaaaaakkkkk!!!!" Ahmad hanya mampu menjerit ketakutan.

###

"Assalamualaikum," Zikri membuka pintu rumah dan memberi laluan untuk isterinya masuk terlebih dahulu. Mariam tersenyum gembira dan melangkah masuk.

"Ahma....ya Allah! Abang! Ya Allah! Abang! Ahmad abang! Ahmaaad!!!" Mariam meraung semahunya sambil menarik-narik rambutnya.

Zikri pantas meluru masuk dan matanya turut terbeliak apabila melihat di atas sofa di ruang tamu kelihatan anaknya, Ahmad dengan mukanya lebam berwarna biru.

Juga, Ahmad bertelekung.

TAKUT HANTU 3Where stories live. Discover now