Day 119

1 0 0
                                    

Semalam usai pulang dari office, aku text Aren macam biasa. Jujurnya aku tak expect dia akan balas. Time zone aku dan dia jauh beza. Walaupun hakikatnya kita sama-sama masih di Kuala Lumpur.

"Rasa macam nak berhenti kerja. Jadi petani. Tanam sayur je. Tak payah pikir apa-apa."

"Hahaha. Ada masalah lagi ke?"

Aduh sayang. Sudah tentu. Mana pernah tak bermasalah. Everyday has problem. Everyday is fucked up.

Kemudian perbualan kami tentang hal-hal harian. Sebelum dia minta mahu tidur.

Kadang-kadang aku penat dengan time zone seperti ini. Contohnya sekarang. Aku masih menulis. Sedangkan yang lain-lain sudah enak tidurnya. Esok pagi bila mereka pergi kerja aku baru nak lelapkan mata. Dan bila Kuala lumpur sesak dengan orang balik dari office, aku antara 1 dalam seribu yang baru nak masuk office. Penat tahu macam ini?

"Basuh kaki. Baca doa. Good night. Jangan tengok tingkap."

Saja aku menyakat. Kasihan. Housematenya tak ada. Jadi dia tinggal sendiri. Knowing Aren, dia tu bukan berani sangat.

"Babi."

Nah! Aku berjaya trigger naluri penakutnya.

Hari ini aku balik dari kerja. Lambat sejam dari biasa. Ada sedikit discussion bodoh-bodoh dengan Kevin. Sebaik sampai ke rumah, aku text Aren. Seperti selalu.

5 minit masih diam. Kemudian membawa kepada sejam.

Sudah nyenyak mungkin.

Selamat tidur ya. Jangan di pandang ke luar tingkap. Aku tak ada di sana. 

Entah kenapa aku dapat merasakan ucapan balasnya.

"Babi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2016: 366 leap yearWhere stories live. Discover now