Hmm, aku membuka selimutku.

"AAHHHHH!!!!" ada tangan orang lain!!!

Aku cuak sebab tu tangan ustaz Zie. Eh!? 

Aku terdiam sekejap.

Aku menoleh ke arah tangan itu dan tersedar aku baru sahaja tidur dengan ustaz Zie buat kali pertama. Ustaz Farizie yang menjadi kegemaran ramai, dan menjadi suami idaman setiap wanita.. yang kini menjadi suami aku. Aku seakan tak percaya. Tersedar selama ni, aku sudah pun memikul tanggungjawab yang besar.

Aku merenung tepat pada mata ustaz Zie yg masih tertutup.

Suamiku ustaz, akhirnya membukakan matanya perlahan-lahan.

"HUAARRRRRRRRGGGGHHH!!
SAYA TAK BUAT APA-APA!!!!
SUMPAAHHHHH!!!"

Dia terus terbangun dari katil sambil memandangku dengan muka bersalah.

Aku duduk dan memandangnya. Dan berkata "Sekarang ni  saya isteri ustaz... Takde apa yang membataskan kita. Rasanya saya yg patut sedar selama ni. Saya tak patut anggap awak ustaz lagi.. Awak suami saya. Walau apapun saya tetap isteri awak." 

Air mata aku mengalir. Aku seorang isteri, bakal seorang ibu. 
Bukan lagi seorang kanak-kanak yang dahagakan permainan,
Bukan lagi seorang remaja yang gilakan percintaan,
Aku memikul tanggungjawab yg besar,
Aku harus taat.

Ustaz Zie hanya tersenyum.

Dengan kehangatan tubuh Ustaz Zie, dia memelukku dan mengatakan

"saya cintakan awak sebelum, kini, selepas dan selamanya"

SEBULAN SEBELUM PERIKSA STAM SEBENAR

pejam celik, pejam cilik..

Oh ada sebulan lagi sebelum periksa besar.

Semua berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan Hafiz.
Sekarang dia dah kurang spend time dengan aku dan semakin fokus dengan pembelajarannya.

Sehingga suatu hari,

Hafiz: Eh Ummi, nak ikut aku pergi Harris tak? (kedai buku)
Aku: Eh ! Mestilah nak!
Hafiz: Esok eh, aku nak cari buku 'Ketika Azazil berputus asa' porpular tau buku ni!
Aku: Eh, tapi sebulan je lagi nak exam. Jangan asyik baca novel je!
Hafiz: Mana ada.. Jomlah. esok pukul 8 eh? Lepas solat isyak tau
Aku: boleh.

Balik rumah, aku menyiapkan dinner untuk suami tercinta. Abi tak ada kat rumah lagi untuk minggu ni. Dia ada kerja cara solatkan jenazah di Terengganu. Fuh, jauh betul. Kesian abi asyik berkerja je.

Ustaz Zie pulang ke rumah, tapi anginnya seakan tidak baik harini.

Dia mengeluh dan terus masuk ke dalam bilik.
Hidangan ku ni seperti tidak dipedulikannya.

Aku masuk ke bilikku, dan terlihat dia sedang membuka butang bajunya untuk mandi.

aku bersuara "tak mahu makan dulu ke?"

"Tu untuk dinner kan? So makan malam lah. buat apa makan sekarang" suaranya agak keras berbanding dahulu.

"saya tak makan. Lepas mandi ni ada meeting, lepastu dinner kat luar" Sambungnya lagi.. Seperti biasa dia akan pelawa aku samada ingin mengikutnya atau tak. Tapi kalini, tidak pula. Aku merelakan saja perbuatan dia. Tak banyak soal. Aku duduk di atas katil sambil teringat akan ajakan Hafiz tentang hari esok.

"Hmm,, awak.. esok saya ada nak jumpa kawan. Boleh?" Tanya aku

"Buat apa?"

"Pergi kedai buku"

"tak payah. Buku-buku dah ada pun awak bukannya nak baca"

Eh orang tua ni, mana kau tahu aku baca ke tak!!?

"Bolehlah.. sebulan lagi ni sebelum periksa. Bagilah saya beli buku teknik menjawab STAM atau apa-apa yng membantu" aku memujuknya

"Sekarang baru nak beli?! Dari dulu lagi kenapa tak nak beli? Nanti awak pergi je dengan saya... Menyusahkan betul" Kata-kata yang tak pernah aku dengar. Kata-kata yang sangat keras.

Aku terdiam. 

Dengan gayaku itu, dia mengeluh. Dia duduk di sebelahku. barulah suaranya lembut kembali

"Ye sayang.. awak nak keluar eh.. boleh.. nak pergi mana tadi?"

"kedai buku"

"Boleh.. Dengan siapa?"

"Dengan Hafiz dan.." Belum sempat aku habiskan ayatku..

"Hafiz?? Balik balik Hafiz! Balik balik Hafiz!! Saya dah malas lah nak dengar nama tu! Awak ingat saya tak perasan ke awak dengan dia ada sesuatu!? Dari dulu lagi, korang memang tak boleh lepas kan? Apa yg best sangat couple tu!? Awak ingat saya tak tahu awak keluar dengan dia sebelum kita bernikah? Tengok wayang lah apa. Tolonglah, saya kenal dia. Tolong jangan rapat dengan dia. Saya pernah tuliskan laporan pasal dia.. tolong... tolong.. jangan rapat dengan dia lagi!"

Aku terkedu sekejap. apa yang dia merepek ni?

"Saya tak couple dengan dia lah!" Aku melawan kata-katanya

"Itu bukan persoalannya.. Apa yg saya nak cuma.. jangan rapat dengan dia." Dia terus ambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.

.

Kejamnya orang tua ni. Dah lah tak ajak pergi makan dinner, lepastu tak mahu makan masakan isteri. Lepastu tak bagi keluar pula tu!! Geramnya dalam hati ni rasa macam nak tenyeh-tenyeh muka dia kat dinding.

Suamiku Ustaz [COMPLETE]Where stories live. Discover now