Atsuke VS Voking

1.5K 104 0
                                    


"Siapa kau sebenarnya, Hah?" Atsuke merenung tajam lelaki ditepinya itu.

"Siapa kau sebenarnya, Hah?" Atsuke merenung tajam lelaki ditepinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Seperti yang aku cakap tadi, nama aku Voking. Tetapi, jikalau kau terus mendesak begini, aku akan ceritakan tentang diriku juga," akhirnya Voking mengalah. Dengan segera, dia meminta Buling pergi meninggalkan mereka berdua buat masa beberapa jam. Buling dengan segera memasuki kereta limousin itu dan berlalu pergi. "Mari, masuk ke dalam rumah dahulu sebelum saya mula bercerita, okey?" Voking bertanya. Atsuke hanya mengangguk lemah.

*****

     Sebuah dulang emas diletakkkan di atas meja.  Di dalam dulang tersebut terdapat satu set teko seramik yang dicorakkkan dengan lingkaran berwarna merah manggis, siap dengan cawan-cawan seramik serta piring-piring yang kelihatan sangat comel. Nampak seperti pameran  teko dan cawan seramik pula. Di sebelah teko tersebut terdapat sebuah pinggan yang sederhana besar. Di dalam pinggan itu, diisikan donat-donat perisa vanila, coklat, strawberi, pandan dan  kopi. Rambang mata Atsuke tatkala mahu memilih. Namun niatnya yang mahu mencuba donat berperisa vanila itu jadi terbantut pula apabila Voking memunculkan diri.

"Awak tak mahu makan? Minum?" Voking memulakan bicara.

     Atsuke hanya mengangguk sebelum menjawab, " Sekejap lagi saya makan. Saya tunggu awak". Voking hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi. Seketika kemudian, Voking muncul. Dia memakai kemeja putih dengan seluar jean. Sekejap Atsuke terpana melihat Voking yang segak bergaya itu.

"Helo, Atsuke, awak okey?" Voking melambai-lambaikan tangannya di hadapan mata Atsuke.

"Errr, saya okey sahaja. Duduklah, kita boleh makan sambil bercerita," Atsuke mempersilakan Voking duduk.

"Baiklah, saya akan mulakan cerita. 7 tahun lepas..."





*****

I'm Princess Atsuke! (malay)Where stories live. Discover now