Negara WaltzForever???

2.2K 152 12
                                    

Dimana dia sekarang?


Siapa mereka semua ni?

Kerdil lah, stail pun macam orang dulu dulu...

Salah seorang daripada  mereka secara tiba tiba menjerit," Puteri Atsuke!!!". Tiba  tiba mereka tunduk pada  Atsuke. Atsuke tersentak melihat reaksi tiba tiba ini. Baru sahaja Atsuke hendak  membuka mulut untuk mula berbicara, satu lagi masalah datang...


DING...DONG...DING...

Orang orang kerdil tersebut mendongak kepala masing masing. Muka mereka sudah bertukar pucat. Atsuke menelan air liurnya sebelum berpaling ke belakang.Kini dia sedang  bersemuka dengan seseorang yang kulitnya seputih salju. Dia memakai  gaun labuh dihiasi kristal kristal yang bagaikan ais. Cloaknya dibiar diseret di belakang tanpa sebarang bantuan sesiapa pun untuk diangkat.

"Siapakah kamu?" tidak diketahui dari mana suara yang berani itu keluar dari mulut Atsuke. "Saya Permaisuri Hana Horikita,kamu?"kini Dia pula yang menyoal Atsuke. " Saya... Atsuke Horikita...," Atsuke bercakap perlahan lahan. " Apa?!!!" Permaisuri  Hana terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Atsuke. Tiba tiba mata permaisuri Hana bengenang...dia ingat kisah silam satu masa dahulu...

*****

" Saya rasa kasihan pada Atsuke ni, perlukah dia pergi...?"Permaisuri Hana bertanya.

Raja Hatsuke hanya mengangguk angguk.

Permaisuri Hana mengesat air mata yang menggambarkan kesedihan...sudah menjadi adat bahawa anak sulung diraja di Kerajaan WaltzForever ini haruslah dipisahkan dari alam mereka. Penduduk di situ sama sekali tidak akan percaya pada kerabat diraja, lagi lagi anak sulung kerana dianggap akan membawa kecelakaan dan musibah. Lalu tanpa menuggu, Raja Hatsuke membawa anak sulungnya itu ke alam manusia  dengan menggunakan tongkat saktinya...Permaisuri Hana jatuh terduduk  selepas anak sulung yang baru dilahirkan seminggu yang lalu sudah pergi...

Secara diam diam Permaisuri Hana menghantar penyiasat yang handal daripada penduduk WalltzForever untuk memastikan anaknya selamat...penyiasat tersebut diupah dengan wang emas yang tidak terkira nilainya....selagi dia tidak tahu perkembangan anaknya, selagi itulah dia tidak akan duduk diam....ya lah,mana ibu yang tidak sayangkan anaknya,lagi lagi anaknya itu baru dilahirkan...tiba tiba dia terasa sedih mengenangkan anaknnya, Puteri Atsuke Horikita...


*****

"Maaf tuanku, tetapi saya mahu bertanya sedikit, suami tuanku...errr... Raja Hatsuke Horikita?" Atsuke bertannya pada Permaisuri Hana yang sejak tadi merenung tanah. Atsuke juga sedar air mata permaisuri tersebut sudah tumpah beberapa titis ke atas tanah. Orang orang kerdil yang lain masih tunduk pada Permaisuri Hana, jadi pasti mereka tidak sedar hal ini. "Ehem..." Atsuke berdehem pada Permaisuri Hana. Permaisuri Hana tersentak. " Kamu ulang balik pertanyaan kamu tu?" Hana membalas soalan Atsuke dengan soalan juga. Atsuke cepat cepat menjawab setelah menyedari muka permaisuri itu mula merah padam," saya bertanya, suami tuanku...errr.. Raja Hatsuke Horikita?". Permaisuri Hana terkedu,' bagaimana dia tahu,'... "ya, ya," dia mengangguk seraya berkata selepas Atsuke bedehem sekali lagi.

"Mari,kita pulang, Atsu...errr...anakku," Permaisuri hana teragak agak untuk bercakap dengan Atsuke. Atuseke terus mengangguk tanpa berfikir panjang.  Atsuke mula berfikir tentang rupa istana yang bakal dilihatnya sebentar lagi...

' Tak sabarnya,' Atsuke tersengih sengih sepanjang perjalanan ke istana...

*****







I'm Princess Atsuke! (malay)Where stories live. Discover now